Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Bakal Hiasi Dada Langit Rabu Ini

Share

Rabu ini, 25 Mei 2021, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh. Lebih unik, Super Flower Blood Moon ini terjadi apabila matahari, bumi dan bulan berada dalam kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi, akan berlakunya fenomena bulan penuh.

Saat itu, bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.

Istilah supermoon pertama kali dikemukakan oleh ahli astronomi, Richard Nolle pada tahun 1979. Fenomena ini hanya berlaku sekali dalam setahun. Hal ini sangat dinantikan oleh para penggemar astronomi

.

Fenomena ini mengakibatkan kedudukan bulan menjadi lebih dekat dengan bumi berbanding biasa. Bulan sebenarnya berputar dalam paksinya yang berbentuk bujur dan bukannya bulat. Ada masanya bulan akan berada dekat dengan Bumi dan kejadian ini akan mencetuskan fenomena supermoon.

Menurut Ketua Pengarah MYSA, Tuan Hj. Azlikamil Napiah; ketika berlakunya gerhana, bulan dengan perlahan akan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan selama 14 minit dan kembali ke warna asalnya dalam tempoh lima jam.

Di Malaysia, keadaan ini boleh disaksikan pada 26 Mei (Rabu) ini bermula jam 4.47 petang sehingga 9.50 malam.

Di sebalik fenomena gerhana bulan yang bakal disaksikan oleh jutaan orang di dunia ini, perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan nota ringkas berkenaan gerhana bulan penuh. Malah, umat Islam digalakkan untuk solat sunat gerhana bulan.

  • Berlaku ketika fasa bulan purnama.
  • Bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.
  • Bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap(umbra)
  • Warna permukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.
  • Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar (magnitud 1.009)
  • Solat Sunat Khusuf(Gerhana Bulan) disyariatkan untuk fenomena ini.
  • Ketika Bulan terbit di ufuk Timur, gerhana sudah berada di fasa kemuncak.
  • Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi atau dikenali sebagai Perigee (357,460km)

Bagi peminat astronomi, jangan lepaskan peluang melihat fenomena ini Rabu nanti.

Published by
Nana