Gigi Hadid ‘Halau’ Tukang Kacau Di Chanel, Lihat 5 Lagi Insiden Pernah Berlaku

Share

 

You go, girl!

 

Saban tahun semasa musim pertunjukan fesyen sedunia, pasti ada saja drama yang berlaku di atas pentas runway.

Terbaru semalam semasa pertunjukan koleksi Spring Summer 2020 oleh Channel di Minggu Fesyen Paris, seorang YouTuber Perancis bernama Marie S’Infiltre bertindak untuk menceroboh naik ke pentas.

Dengan menyarungkan pakaian mirip stail Chanel dan bertopi hitam, Marie dengan selamba saja menyertai barisan model lain di akhir acara tersebut.

Sekuriti pula tidak dapat bertindak pantas untuk menariknya ke tepi disebabkan pakaiannya itu.

Namun selepas berdiri di hadapan model terkenal Gigi Hadid, dia segera ditepis dan Marie dipaksa ke tepi oleh model berusia 24 tahun itu.

Gigi certainly did not look impressed. Namun, dia dipuji oleh netizen kerana pantas mengambil tindakan dengan tenang.

Ini bukanlah insiden baru semasa minggu fesyen antarabangsa.

Lihat 5 lagi insiden ‘popular’ ini.

 

2013

Nina Ricci

Pada tahun 2013, pertunjukan fesyen Nina Ricci di Paris dicemari insiden 2 wanita Ukraine tidak berbaju yang keluar ke pentas dengan slogan ‘Model don’t go brothel’ dan ‘Fashion Dictaterror’ pada badan.

Model yang berjalan pada waktu itu ialah Hollie-May Saker dan menulis, “Mereka cuba untuk mengangkat skirt saya dari belakang dan saya menumbuk salah seorang dari mereka. Hollie bagaimanapun kekal profesional dan terus berjalan.

 

2015

Rick Owens

Seorang model lelaki pula menyuarakan pandangan politiknya terhadap Canselor Jerman, Angela Merkel dan mempamerkan mesej ‘Please Kill Angela Merkel-Not’.

Model bernama Jera itu kemudiannya ditumbuk oleh pereka fesyen, Rick Owens selepas dia kembali ke belakang petang.

Jenama itu terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk menidakkan sebarang kaitan di antara mereka dengan protes model tersebut.

 

2015

Wild North

Semasa acara Toronto Fashion Week berlangsung, salah seorang tetamu bertindak membawa poster dengan mesej cintakan haiwan. Ia berbunyi, “The Wild North. FUR = Cruelty. This is not fashion this is violence.”

Wanita itu kemudiannya dibawa keluar oleh sekuriti.

 

2018

Mary Katrantzou

Minggu Fesyen London sememangnya terkenal dengan penunjuk perasaan terutamanya bagi isu anti-bulu haiwan.

Tahun lalu, pertunjukan Mary Kantrantzou menjadi mangsa apabila seorang penunjuk perasaan naik ke pentas runway dan menjerit, “Kamu patut malu kerana menyokong ini”.


 Kelakarnya, Mary ialah antara pereka fesyen yang tidak menyokong penggunaan bulu haiwan dan hanya menggunakan bulu tiruan untuk koleksi fesyennya.

 

2019

Gucci

Nampaknya, bukan Chanel saja dicemari insiden yang tak diingini pada tahun ini.

Di Gucci, model bernama Ayesha Tan Jones mengangkat tapak tangannya yang tertulis mesej, “Mental Health Is Not Fashion”. Ini berlaku selepas beberapa orang model dipakaikan baju straight jackets yang sinonim dengan pesakit mental.

Gucci mempertahankan koleksi Spring Summer 2020 tersebut dan berkata, Gucci tidak akan menjual straight jackets itu di stor. Ia hanya dipamerkan sebagai mesej bagaimana masyarakat sekarang memendamkan personaliti masing-masing dan takut untuk meluahkannya.

Ayesha kemudian menulis di Instagram mengapa dia bertindak sedemikian.

“Sebagai model yang telah diuji dengan isu kesihatan mental, kawan-kawan dan ahli keluarga saya juga pernah melalui isu seperti depresi, anxiety, bipolar dan skizofrenia. Saya kecewa apabila jenama popular seperti Gucci tidak sensitif terhadap konsep mereka.”

Ayesha bagaimanapun tidak dihalau dari pentas runway Chanel itu.

 

*

HEY GIRLS WE’RE BACK!

 

Published by
FZ