Semakin berjaya seseorang itu semakin banyaklah dugaan dan tohmahan yang mereka akan hadapi. Itu adalah satu perkara lumrah dengan dunia era digital kini di mana semua orang merasakan pendapat mereka sangat penting.

Begitu juga dengan supermodel jelita terkenal, Gigi Hadid yang sudah banyak kali terpaksa berdepan dengan orang yang mempersoalkan kejayaannya.

Gigi Hadid Tepis Dakwaan Dia Berjaya Hanya Disebabkan Kekayaan Ibu Bapa
Gigi Hadid dilaporkan mengumpul pendapatan berjumlah USD13 juta sepanjang tahun lalu.

BACA: 10 Tip Kecantikan Diamalkan Oleh Gigi Hadid

Mungkin ada antara korang tak tahu bahawa Gigi Hadid yang kini bersuia 23 tahun membesar bersama dua lagi adik-beradik Bella dan Anwar merupakan anak kepada jutawan hartanah Mohamed Hadid dan bekas model, Yolanda Hadid.

Ads

Membesar di dalam keluarga yang senang sudah pasti menjadikan hidup Gigi lebih mudah dan mendapat peluang untuk memperbaiki diri dengan lebih baik.

Namun dia sesekali tidak bersetuju jika ada pihak yang mempersoalkan usahanya untuk berjaya. Menurut Gigi kejayaannya tidak datang hanya kerana dia datang daripada sebuah keluarga yang senang. Dalam sebuah acara jenama Reebok dihadiri pada 16 November lalu, Gigi sekali lagi terpaksa mempertahankan dirinya daripada tuduhan melulu seperti itu.

Ads
Gigi Hadid Tepis Dakwaan Dia Berjaya Hanya Disebabkan Kekayaan Ibu Bapa
Hadid Siblings!

“Ada pihak cukup lantang mengatakan saya tidak layak berada di tempat saya sekarang kerana saya berasal daripada sebuah keluarga yang berjaya. Tapi mereka tak tahu bahawa mereka berdua merupakan insan-insan yang bekerja sangat keras.

“Ayah saya seorang bekas pelarian dan ibu saya membesar di sebuah ladang. Mereka berdua berpindah ke New York bekerja mencari rezeki untuk menampung keluarga. Dengan kerja keras itu saya cuba mengikut jejak langkah dengan tidak mengambil mudah tentang kerja dan karier”.

Ads

Jelas Gigi lagi, sejak kecil dia juga pernah berdepan dengan anak-anak orang kaya yang menggunakan alasan kekayaan untuk tidak bekerja keras. Dan mereka bukanlah contoh yang baik baginya.

Ini bukanlah kali pertama Gigi terpaksa bersuara dan dia juga sedar ramai rakan-rakannya dalam dunia peragawan berasal daripada latar belakang yang agak susah. Namun, dia sentiasa mengagumi dan kerja keras mereka. Baginya apa yang penting ialah etika dalam bekerja. Jangan mengambil mudah tugasan yang diberikan dan sentiasa memberikan yang terbaik.

Well done, Gigi!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI