Sejak single comeback kumpulan K-pop popular, Blackpink dilancarkan beberapa minggu lalu, penerimaan peminat dan orang ramai terhadap ‘How You Like That’ sememangnya hangat!
Bukan saja dimainkan di corong-corong radio, malah rekod yang dicatatkan oleh Blackpink menerusi penstriman Spotify dan YouTube juga berjaya memecahkan rekod.
ARTIKEL BERKAITAN : 3 Minit Terlalu Pendek, BLINKS Tak Puas
‘How You Like That’ bukan sekadar single yang catchy dan mudah didengari sebagai halwa telinga harian. Ia juga mempunyai langkah tarian yang addictive dan ingin dicuba oleh ramai remaja yang gemarkan musik bergenre rancak seperti ini.
Antara yang meminatinya termasuklah penyanyi, Didi Astillah, Neeta Manisha dan dua lagi rakan mereka iaitu Maria Devonne Escobia serta Emily.
Setelah Didi memuat naik video dance cover ‘How You Like That’ di akaun Instagram-nya semalam, ramai yang tampil memuji betapa smart-nya dance step yang mereka lakukan secara berempat. Haa agak-agak mereka berebut tak untuk menjadi ahli Blackpink yang mana? Hehe..
Video berdurasi 1 minit 20 saat itu dirakam dan disunting oleh Cameox.
Mengambil lokasi di sekitar bangunan Linc Kuala Lumpur untuk dijadikan latar belakang menarik, Didi mengaku mereka seronok untuk berlatih.
Katanya kepada REMAJA, mereka telahpun berlatih seminggu lalu namun hampir tidak jadi merekod video disebabkan jadual padat masing.
“Kami hanya sempat berlatih untuk 2 jam saja dah terus rekod pada hari seterusnya. Buat masa ini, Didi dan geng belum ada perancangan untuk merekod apa-apa dance cover untuk lagu K-pop lain. Lagipun, Didi tak adalah pandai sangat menari. Hanya sekadar suka-suka saja.
“Kalau korang tonton video How You Like That ini pun, dua orang rakan Didi yang betul-betul mahir menari. Didi dan Neeta bukanlah penari profesional,” jelasnya yang berterima kasih untuk komen positif dari followers.
Usaha mereka untuk berlatih bersungguh-sungguh nyata berbaloi apabila ramai yang memuji.
@mhdboi_xx dan @wanie.san berkata dance cover itu terlalu sekejap dan tidak puas menontonnya.
@nxjihahhhh pula beranggapan bahawa video ini pasti lebih menarik sekiranya kakak Didi iaitu Bella Astillah juga terlibat sama. Kami pasti Bella pun akan enjoy, tapi nak buat macam mana kan. Si dia sedang berbadan dua.
Seorang lagi pengguna Instagram bernama @nnurqistina.__ pula inginkan dance cover untuk single Twice iaitu More & More pula!
*
Haihh, itulah tak puas kan.
Buat masa ini, Didi Astillah sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘Keluarga Pasar’ dan sedang terlibat dengan projek terbaru bersama Sunsilk Co Creations yang boleh didapati di stor Watsons.
Sementara nak tengok hasil video dance cover lain daripada Didi, cer tengok mengapa YG Entertainment sanggup untuk berbelanja besar demi lagu comeback seperti ‘How You Like That’.
Baru Faham Mengapa YG Entertainment Tak Kisah Belanja Besar Untuk Set Video Blackpink