Firman Allah taala dalam surah Ar Rum ayat 41 yang bermaksud, telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Malah Baginda Rasulullah SAW juga telah menyatakan akan terjadi beberapa perkara dan adalah petanda menjelangnya hari Kiamat termasuklah kematian yang menyerang kamu sekalian bagaikan penyakit yang menyerang kambing sehingga mati tiba-tiba.
Jika sebelum ini kita agak panik dengan penularan Corona Virus atau nama barunya Covit-19 melanda wilayah China dan merebak dengan pantas ke beberapa buah negara termasuk Malaysia, terkini giliran Afrika pula dilanda wabak misteri.
Menurut laporan Independent, epedemik misteri ini dicatat kali pertama di Negara Benue, sebelah tenggara Ibu Kota Abuja di mana penduduknya mengalami simptom muntah-muntah, bengkak dan alami diare (cirit birit) dan seterusnya meninggal dunia tanpa sempat rawatan dilakukan.
Setakat berita ini ditulis, 15 orang sudah meninggal kurang dalam tempoh seminggu namun angka dijangkiti sudah mencecah 104 orang. Lebih menakutkan dalam tempoh dua hari dijangkiti, pesakit akan maut akibat penyakit misteri tersebut.
Menurut akhbar Daily Post pada 3 Februari lalu, jumlah orang yang terkena penyakit misteri ini meningkat menjadi 104 kata Senator Nigeria, Abba Moro.
Dalam satu keputusan Senat, Kementerian Kesihatan disedak untuk mencari penyebab kepada penyakit misteri ini menular.
Abba Moro juga menyerukan agar Nigeria Centres for Disease Control (NCDC) segera menetapkan langkah-langkah pengawasan untuk mengekang penularan wabak misteri ini terus menular.
Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Nigeria, Osagie Ehanire mengatakan, penyakit yang merebak itu bukan seperti demam Ebola atau Lassa.
Wabak Ebola dan Lassa merupakan dua virus yang pernah menggemparkan negara-negara di Afrika suatu masa dahulu.
Osagie Ehanire turut menyatakan , NCDC telah mengisytiharkan darurat di kawasan berkenaan.
Nyata, al-Quran yang diturunkan lebih 1400 tahun dahulu sudah menyatakan segala-galanya dan kita sebagai umat Islam harus mempersiapkan diri dan tidak harus leka dengan tipu daya dunia.