Satu-persatu penyanyi wanita kelahiran Malaysia diiktiraf sama tinggi menerusi papan iklan New York Times Square. Setelah kemunculan penyanyi berbakat termasuklah Yuna, Layla Sania, Dolla dan Iman Troye, kini giliran pelantun lagu Sepi, Fool dan Semalam; Aina Abdul pula yang dipaparkan menerusi kempen EQUAL oleh Spotify.
Menerusi hantaran video TikTok oleh akaun @musicainspirati itu, wajah Aina dalam persalinan elegan serba putih terserlah pada papan iklan itu.
Dengan pemilihan ini, Aina telah mencatatkan satu lagi langkah ‘milestone’ dalam karier seninya. Tambah istimewa apabila pemilihan ini jatuh pada bulan sambutan Hari Wanita Sedunia.
Menerusi video pendek oleh Spotify, Aina mengumumkan bahawa dia telah terpilih sebagai duta kempen EQUAL pada bulan ini.
“Sertai saya untuk memperkasakan lagi wanita di Spotify. Dengarkan trek terbaru saya, “Fool” dan muzik-muzik oleh penyanyi wanita lain dalam playlist Spotify : EQUAL Singapore & Malaysia.
“Marilah kita raikan wanita, tanpa mengira hari,” katanya.
Ads
Untuk pengetahuan, kempen Equal ini menyenaraikan beberapa kategori ‘playlist’ yang mewakili penyanyi daripada pelbagai negara.
Aina yang merupakan salah seorang penerus legasi muzik tanah air dengan masa depan cerah sebagai penyanyi serta pencipta lagu telah lama menjadi sebutan sebagai individu yang layak diberikan pengiktirafan sedemikian rupa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gejala kanser di kalangan masyarakat sememangnya tidak mengenali faktor usia, latar belakang, status dan betapa aktifnya gaya hidup seseorang itu.
Sempena bulan kesedaran Kanser Prostat sepanjang November ini, ramai lelaki di seluruh dunia dilihat telah bersuara untuk bercerita mengenai pengalaman mereka sendiri yang terpaksa berdepan dengan simptom kanser prostat. Salah seorang daripada mereka ialah Dato Seri Nazir Tun Razak.
Beliau baru-baru ini bercakap bersama Nu Ideaktiv menerusi kempen Fight Against Cancer mengenai pengalamannya sendiri yang terkejut apabila mendapat tahu disahkan menghidap kanser prostat.
Menurut peminat kelab bola sepak Chelsea ini, “Semasa muda saya memang aktif dalam bidang sukan. Saya suka main squasy, di UK dulu saya banyak main ragbi dan juga bola sepak. Saya seorang yang agak competitive, jadi bila main itu kena menang lah.
Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
“Pada usia 13 tahun, saya dihantar ke boarding school di UK. Di situ mereka tak kisah sama ada saya anak PM ke anak siapa ke. Semua pelajar baru akan dibuli. Jadi saya kena belajar untuk tinggal bersendirian dan berjauhan daripada keluarga, buat kawan dan belajar untuk menjadi kuat.
“Setelah 10 tahun saya di UK, saya pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja di bahagian perbankan yang sangat competitive. Setiap hari dari pagi hingga malam, saya akan bekerja lebih 16 jam di pejabat. Bila difikirkan semula, apabila hidup tak seimbang seperti inilah yang menjadi faktor saya mendapat penyakit ini,” kata adik kepada Perdana Menteri keenam Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun Razak.
Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
Tambah beliau, kanser prostat amat berbahaya untuk lelaki kerana pesakit tidak akan mempunyai sebarang simptom.
“Apabila saya lakukan MRI, doktor memberitahu ada pembesaran dalam prostat. Jadi saya lakukan pemeriksaan biopsy dan confirm, saya berdepan dengan kanser prostat yang agresif. Katanya, saya perlu lakukan pembedahan dengan segera untuk mengelak ia daripada merebak ke seluruh badan,
“Kanser prostat memang tiada simptom, memang mengejut. Tambahan pula bila mendengar perkataan kanser tu, terus takut.
“Alhamdulillah semasa mendapat keputusan biopsy, doktor berkata kanser saya masih di stage 2 dan saya dibenarkan untuk membuat pembedahan kerana ia belum merebak.
“Dari situ, saya hanya berfikiran positif. Orang kata personaliti saya ini ibarat glass half full. Saya fikir positif saja dan saya katakan kepada diri sendiri saya boleh menang. Cuma bila saya perlu memberitahu anak-anak, itu agak sukar sedikit kerana mereka masih muda. Isteri sayalah yang bercakap secara terus-terang dengan anak-anak, jadi mereka tidak menjadi emotional.
Bersama anak kembar beliau, Arman & Marissa yang kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana di United Kingdom. Sumber Foto: Instagram Nazir Razak.
“Dari segi kawan-kawan pun, saya hanya memberitahu kepada mereka yang boleh memberi nasihat yang bagus dan tidak terlalu emotional. Saya pilih kawan-kawan yang rapat dan jujur. Saya katakan kepada mereka usah beritahu kes saya ini kepada orang lain,” jelasnya lagi.
Hendak Menolong Orang Lain
Kata orang, jika kita sendiri tak berdepan dengan sesuatu masalah, kita tidak akan tahu apakah perasaan sebagai pesakit atau mangsa. Sebaik saja Dato Seri Nazir pulih sepenuhnya selepas menjalani pembedahan dan rawatan, beliau merasakan dirinya amat bertuah dan ingin menolong orang lain terutamanya lelaki yang berdepan dengan isu kanser prostat.
“Lelaki ini biasalah, malu bila nak bercakap tentang kanser prostat dan enggan memberitahu masalah mereka.
“Berbeza sama sekali dengan cara orang di UK berfikir. Di sana, ramai pemain bola sepak dan kelab bola sepak itu sendiri yang terbuka untuk bercerita mengenai prostat kanser menerusi kempen mereka. Ini kerana gejala kanser ini amat penting.
“Walaupun kita takut mendengar perkataan kanser, kanser prostat ini adalah jenis kanser yang paling senang untuk kita dapatkan rawatan jika mengesannya dengan awal serta pantas bertindak.
“Jadi pesanan saya kepada lelaki di luar sana, ambil tindakan secara lebih awal. Bagi yang telah pulih pula dan mereka yang tidak dijangkiti penyakit ini, kita orang lelaki kena keluar, bercakap dan sebarkan kesedaran mengenai kanser prostat,” simpul beliau.
Tonton temuramah penuh mengenai perjalanan Dato Seri Nazir Razak berdepan dengan penyakit yang digeruni ramai ini, di bawah.
Gwyneth Paltrow dilaporkan telah memenangi kes mahkamahnya berhubung perlanggaran ski tahun 2016 di pusat peranginan ski Utah selepas juri memutuskan Khamis lalu bahawa bintang filem itu tidak bersalah atas kemalangan itu.
Gwyneth Paltrow dan peguamnya Steve Owens tersenyum selepas keputusan dalam perbicaraan tuntutannya dibaca.
Selain itu, juri turut menolak aduan Terry Sanderson, seorang pesara optometris yang menyaman pelakon terkenal itu atas kecederaan yang dialaminya apabila kedua-duanya terbabas semasa ski di trak pemula.
Juri memihak kepada Paltrow selepas lapan hari kes berjalan di bilik mahkamah yang disiarkan secara langsung bagi tontonan awam.
Sesi mahkamah itu bersiaran secara langsung selama lapan hari.
“Saya merasakan bahawa dakwaan dari Sanderson akan menjejaskan integriti saya,” kata pelakon filem Iron Man itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya. Dia juga berterima kasih kepada hakim dan juri atas usaha mereka.
Gwyneth Paltrow terkenal dengan watak Pepper Potts yang merupakan isteri kepada karakter Iron Man.
Peguamnya, Steve Owens, menambah dalam satu kenyataan yang dibacanya di luar mahkamah bahawa “Gwyneth merupakan seorang yang percaya akan konsep ‘berani kerana benar’ dan situasi ini membuktikan bahawa dia seorang yang akan menegakkan keadilan dan kejujuran.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NPR, The Sun, Forbes
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Istana Budaya berubah imej sepanjang persembahan Ella Unplugged in Kuala Lumpur malam semalam. Mana tidaknya, Ella membawa Istana Budaya ke era 80an dimana muzik Rock menjadi kegilaan. Persembahan yang berdurasi selama 2 jam itu, dibahagikan kepada 3 segmen Peace (Akustik), Love (Asli), dan Rindu (Rock and Roll).
Jika diberi nama unplugged, pasti persembahan bercirikan akustik bukan? Tapi tidak pada Ella, pada segman akhir, Ella membawa rakan seperuangannya seperti LORD, Edrie Hashim ke pentas Istana Budaya sambil mengimbau kembali kenangan dengan gesekkan gitar lagu Dua Insan, Puteri Kota, Kesal, Bayangan, Gerimis Cinta dan Gemilang dan banyak lagi.
Usia Ratu Rock itu bukan penghalang untuk beraksi lincah di atas pentas. Meskipun sudah bergelar isteri, malah berhijab, namun showmanship wanita itu tidak sedikit pun kurang. Suara Ella masih maintain persis 20 tahun lepas. Kagum betul peminat-peminat Ella tengok semalam.
Tak senang duduk peminat yang berada di dalam Panggung Sari Istana Budaya. Rasa macam nak bangun dan turut headbanging. Tahniah REMAJA uacpkan kepada Projekt Ella Sdn Bhd, dan seluruh team produksi kerana mengembalikan zaman kegilangan Ratu Rock Malaysia.
Tiket masih lagi dijual untuk malam ini dan malam esok. Ella Unplugged in Kuala Lumpur berkampung di Istana Budaya selama 3 hari! Pada yang telepas malam semalam, tiket masih dijual di kaunter Istana Budaya malam ini dan malam esok.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...