Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis influencer yang menggayakan hijab pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas, Yuna dengan gaya selendang dengan aksesori topi beanie, Neelofa yang baru berniqab serta Hanis Zalikha dengan gaya hijab on point walaupun bersahaja.
Bagaimana pula apabila selebriti Hollywood pula yang berhijab?
Mereka menyarung hijab bukanlah kerana tuntutan agama, tetapi sekadar ingin menghormati agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka kunjungi.
Contohnya seperti penyanyi Camila Cabello yang memuat naik 2 foto dirinya berhijab semasa berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi. Serious sister nampak cantik!
Camila berada di sana semasa siri festival muzik RedFest DXB 2019 tetapi penyanyi berusia 24 tahun ini sempat melawat masjid tersebut.
“Saya merasa lebih rendah diri apabila melawat ke negara orang dan melihat budaya mereka. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidaklah jauh berbeza. Seorang kanak-kanak perempuan membantu saya memakai hijab. Kami tidak bertutur bahasa yang sama tetapi dia membantu saya sambil tersenyum.
“She felt like a close friend..”
Sebelum ini, ada beberapa lagi orang selebriti yang menyarung hijab. Antaranya ialah..
Lady Gaga sedang melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki ketika rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Masih ingat lawatan Putera Williams dan Kate Middleton ke Kuala Lumpur pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan.
Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Kendall, Gigi dan beberapa model lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Kendall juga mengenakan ikatan skaf singkat untuk digayakan dengan sut lengkap daripada Versace.
Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia.
Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.
*
Cantik bukan!
Bagi remaja berhijab di luar sana, kami ingin mengucapkan Happy World Hijab Day kepada kalian semua. Semoga sentiasa istikhomah dan yakin dengan imej sebagai perempuan berhijab.