Semakin lama, semakin merebak wabak Covid-19 di luar China.
Selepas Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong, kini ia melanda benua Eropah pula dengan Itali mencatatkan angka yang semakin tinggi.
Setakat hari ini saja, sebanyak 34 kes kematian telah dicatatkan di negara tersebut daripada lebih 1700 kes jangkitan yang direkodkan.
Malang nyata tidak berbau apabila 3 daripada jumlah tersebut terdiri daripada pemain bola sepak bawah 23 tahun daripada kelab terkenal, Juventus.
Serta-merta, Juventus mengisytiharkan darurat terhadap kesemua sesi latihan manakala 3 pemain yang dijangkiti tersebut dimasukkan ke dalam pusat kuarantin.
Penahanan tersebut di rumah mereka akan berlanjutan hingga 8 Mac ini setelah mereka menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.
Implikasinya, perlawanan di antara Juventus dan Inter Milan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini telah ditundakan hingga bulan mei kelak. Malah lebih banyak pertembungan sukan turut dijangka ditundakan ke tarikh akan datang setelah keadaan kembali stabil.
*
Di rantau ASEAN, keadaan masih lagi terkawal walaupun Indonesia sudah mula mencatatkan beberapa kes pertama mereka.
Indonesia Sah Kes Pertama Positif Virus Corona, Dua Orang Mangsa Sudah Dilaporkan
Tip Warna Rambut ‘Ash Grey’ Tak Luntur, Azfar Heri Pesan Jangan Salahkan ‘Hair Stylist
Isi Kandungan
ToggleWarna rambut ‘Ash Grey’ memang trendy dan cool untuk korang yang nak tampil berani dan unik. Tapi nak maintain warna ni supaya tak cepat luntur bukan senang tau!
Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Azfar Heri yang menggunakan gaya balayage atau teknik pewarnaan rambut yang mengutamakan highlight secara vertikal ada memberikan tip penjagaan warna rambut ini.
ARTIKEL BERKAITAN : 9 Warna Rambut Untuk Kulit Sawo Matang, Brown Chesnut Trend 2024!
Malah, warna ini juga sesuai untuk kulit orang Asia yang sawo matang. Bagi yang tertanya-tanya cara penjagaannya, ini tipnya;
Walaupun warna kelabu asa ini tampak biasa, tetapi ia memerlukan penjagaan yang teliti untuk mengekalkan gaya elegan tersebut dalam jangka masa panjang. Tidak hairanlah, kos pewarnaan mengikut panjang rambut boleh mencecah hingga RM1,000.
1. Kos penjagaannya agak tinggi kerana anda perlu menggunakan syampu berwarna ungu.
2. Syampu pula perlu jenis melembabkan supaya rambut tidak kering dan kejung.
3. Anda yang ingin menggayakan warna ini perlu rajinkan diri melakukan treatment berkaitan.
4. Paling penting, oleskan minyak rambut sebelum tidur dan selepas bagun pagi.
5. Warna ‘ash grey’ ini mudah untuk luntur sekiranya anda kerap mencuci dengan syampu, oleh itu sebelum mewarnakannya, dapatkan pandangan daripada pakar atau minta hair stylist gelapkan sikit warnanya.
6. Jangan lupa untuk melakukan penambahan warna dalam tempoh dua atau tiga bulan sekali. Kos dianggarkan adalah lebih RM400.
Tip Lain
1. Guna Syampu dan Perapi untuk Rambut Diwarnakan
Pastikan korang pilih syampu dan perapi yang khas untuk rambut diwarnakan. Produk ni biasanya ada bahan yang tolong jaga warna dan elak rambut jadi kering. Jauhkan diri dari syampu yang ada sulfat sebab ia boleh buat warna rambut cepat pudar.
2. Cuci Rambut dengan Air Sejuk atau Suam
Cuci rambut guna air panas boleh buat kutikel rambut terbuka dan warna cepat luntur. Jadi, guna air sejuk atau suam je masa cuci rambut. Ini boleh tolong tutup kutikel dan jaga warna rambut korang.
3. Elak Matahari dan Haba Berlebihan
Terlalu banyak kena matahari atau guna alat penggaya rambut yang panas boleh buat warna rambut pudar. Pakai topi atau guna payung bila keluar rumah untuk lindungi rambut dari sinaran UV. Jangan lupa guna pelindung haba sebelum guna alat penggaya rambut.
4. Kurangkan Kekerapan Mencuci Rambut
Cuci rambut terlalu kerap boleh buat warna cepat luntur. Cuba cuci rambut dua atau tiga kali seminggu je. Kalau rambut berminyak, guna syampu kering untuk serap lebihan minyak tanpa perlu cuci dengan air.
5. Guna Produk Penjagaan Rambut Anti-Klorin
Air berklorin kat kolam renang boleh rosakkan warna rambut. Pakai penutup rambut kalis air masa berenang atau bilas rambut dengan air bersih sebelum dan selepas berenang. Ada juga produk rambut khas untuk lindungi dari klorin.
6. Buat Rawatan Rambut Berkala
Rawatan rambut kat salun boleh tolong maintain warna dan kesihatan rambut. Mintak rawatan yang sesuai dengan warna ‘Ash Grey’ macam rawatan toning untuk segarkan warna dan rawatan penghidratan untuk jaga kelembapan rambut.
7. Guna Masker Rambut Secara Berkala
Guna masker rambut seminggu sekali boleh tolong jaga kelembapan dan ketahanan warna rambut. Pilih masker yang kaya dengan nutrien dan khas untuk rambut diwarnakan.
Dengan ikut tips ni, korang boleh pastikan warna rambut ‘Ash Grey’ korang kekal cantik dan tahan lama. Jaga rambut dengan betul supaya sentiasa nampak fresh dan sihat!
BACA LAGI : Trend Rambut Holographic Ala ‘Unicorn’, Ada Berani Nak Try?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nak Kulit Secantik Gadis Korea? Ini 3 Tip Min (Miss A) Kepada Kaka Azraff
Isi Kandungan
Toggle
Bukan senang untuk program antarabangsa mengajak selebriti dari Malaysia untuk mengambil bahagian.
Jadi, apabila penyanyi lit, Kaka Azraff dijemput sebagai co-host program televisyen Korea, Get It Beauty On The Road bagi saluran tvN dan Astro Ria, kami pun turut berbangga dengan penglibatannya!
“Kaka memang sukakan all-these-beauty-stuffs. Dan kebetulan pula, Kaka dan pengacara Get It Beauty iaitu Min (Miss A) sekepala dalam muzik, fashion dan macam-macam. Jadi memang senang nak bekerjasama dengannya.”
Disebabkan selebriti Korea terkenal dengan rejim kecantikan mereka, penulis tertanya-tanya apakah antara tip yang sempat Kaka pelajari daripada hos dan para jemputan sepanjang penggambaran di Malaysia?
“Ada 3 benda basic yang mereka tekankan selalu. Barulah dapat jadi secantik gadis Korea! Antaranya adalah…
01
Praktikkan urutan muka selepas habis mencuci dan membilas. Disebabkan kulit masih lembut, urutan muka akan melegakan saraf, menganjalkan kulit dan mengelakkan muka cepat menjadi saggy.
02
Jangan takut untuk apply face oil pada muka walaupun kulit muka jenis berminyak. Ini adalah antara trik yang semua remaja di Korea gunakan. Rutin ini mengelakkan muka daripada cepat berkedut.
03
Jangan menekan muka semasa sedang mencuci dengan tangan. Muka kita cukup fragile dengan tekanan jari. Hasilkan foam terlebih dahulu menggunakan tangan dan baru cuci muka dengannya.
Patutlah cantik je diorang ni walaupun tanpa solekan tebal!
Korang nak tau tip cantik macam celebs Korea, kenalah tonton di Astro Ria & Ria HD (setiap isnin – 9.00pm) dah TVN (setiap selasa – 6.30pm)
Mahkota Juara Miss Charm International Dipersembahkan. Siapa Bakal Sambung Legasi Kavita Sidhu?
Malam ini pemenang Miss Charm International yang ketiga akan diketahui. Setelah lebih 32 tahun tidak diadakan, akhirnya pelakon, penerbit, model dan usahawan asal Malaysia, Kavita Sidhu yang bergelar Miss Charm International 1990 akan memiliki penyambung legasinya.
Wanita anggun berusia 52 tahun itu merupakan pemenang edisi kedua pertandingan tersebut.
Sudah lumrah, jika ada pertandingan ratu cantik, pasti mahkota yang bakal dimenangi oleh sang juara menjadi perhatian.
Setelah lebih tiga dekad tidak diadakan, pastinya rekaan mahkota memainkan peranan penting sebagai sebuah penanda aras. Ternyata organisasi ratu cantik ini tidak mengecewakan. Mempersembahkan rekaan mahkota kepada umum dua hari sebelum malam finale, rata-rata memuji keindahan mahkota tersebut.
Diinspirasikan dengan motif dedaunan semula jadi, mahkota ini menyerlahkan makna sebuah inspirasi dan warna kehidupan. Simbol alam semula jadi dilahirkan dan dipupuk dalam sumber asas kehidupan yang melimpah dan lembut.
ARTIKEL BERKAITAN: 32 Tahun Lalu, Kavita Sidhu Cipta Sejarah Sebagai Juara. Kini Giliran Shannen ‘Gegar’ Miss Charm International
“Daun mewakili unsur-unsur yang tulen, ringkas, segar, dan penuh daya hidup. Menggunakan imej daun dalam reka bentuk mahkota menunjukkan keindahan jiwa yang halus dan murni, membawa rasa kepercayaan dan keselamatan dan menyampaikan daya hidup yang kuat, keinginan untuk bangkit dan kelahiran semula,” kongsi organisasi Miss Charm International dalam sebuah hantaran di Facebook.
Menambah lagi mengenai bentuk mahkota yang unik, “Daun-daunnya diukir dengan jelas dan diarahkan ke bahagian dalam, yang bermaksud bahawa kecantikan dari seluruh dunia berkumpul di Miss Charm untuk bertukar dan mempromosikan keindahan individu dan negara mereka.
“Batu-batu merah seperti saripati dari seluruh dunia berkumpul di tengah-tengah untuk mencipta kuasa yang tidak terbatas, kuasa keindahan, perpaduan serta sebagai perkongsian untuk melaksanakan misi menyebarkan nilai kemanusiaan dan pengetahuan kepada masyarakat sosial.”
Seramai 38 orang peserta menyertai pertandingan Miss Charm International 2023. Siapakah yang bakal bergelar juara? Sama-sama kita nantikan.
Malaysia diwakili oleh wanita berusia 28 tahun, Shannen Jade Totten. Selain bergelar Miss Charm Malaysia, Shannen sebelum ini pernah bergelar top10 Miss Universe Malaysia 2018 dan juga naib juara Miss World Malaysia 2018.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.