Giliran Itali Gusar Covid-19, 3 Pemain Juventus Dikuarantin

Share

 

Semakin lama, semakin merebak wabak Covid-19 di luar China.

 

Selepas Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong, kini ia melanda benua Eropah pula dengan Itali mencatatkan angka yang semakin tinggi.

Setakat hari ini saja, sebanyak 34 kes kematian telah dicatatkan di negara tersebut daripada lebih 1700 kes jangkitan yang direkodkan.

Malang nyata tidak berbau apabila 3 daripada jumlah tersebut terdiri daripada pemain bola sepak bawah 23 tahun daripada kelab terkenal, Juventus.

Serta-merta, Juventus mengisytiharkan darurat terhadap kesemua sesi latihan manakala 3 pemain yang dijangkiti tersebut dimasukkan ke dalam pusat kuarantin.

Penahanan tersebut di rumah mereka akan berlanjutan hingga 8 Mac ini setelah mereka menunjukkan tanda-tanda dijangkiti.

Implikasinya, perlawanan di antara Juventus dan Inter Milan yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu ini telah ditundakan hingga bulan mei kelak. Malah lebih banyak pertembungan sukan turut dijangka ditundakan ke tarikh akan datang setelah keadaan kembali stabil.

*

Di rantau ASEAN, keadaan masih lagi terkawal walaupun Indonesia sudah mula mencatatkan beberapa kes pertama mereka.

 

 

Published by
FZ