Jangan terkejut para beauty enthusiast, terbaru jenama kosmetik popular dengan penangan highlighter dan membuatkan ramai jadi taksub berkongsi berita penutupan di media sosialnya!
Berita tentang penutup jenama besar bukan satu benda yang asing lagi di zaman pandemik COVID-19 ini.
Memberi kenyataan di Instagram, Becca Cosmetics menjelaskan bagaimana pandemik ini memberi kesan kepada mereka dan nekad menamatkan jenama pada September ini.
“Di Becca, kami turut menerima impak global Covid-19, dan kami harus membuat keputusan yang memilukan untuk menutup jenama Becca pada akhir Septemer 2021.
Produk pilihan warna yang lebih tan membuatkan ramai pengguna taksub dan mahukan efek glowing seperti dicium matahari.
Untuk info, kosmetik BECCA ini ditubuhkan di Perth, Australia pada tahun 2001 oleh jurusolek Rebecca Morrice Williams. Label ini sering didapati melalui kedai-kedai Sephora seluruh Malaysia , dan BECCA Shimmering Skin Perfector® di bawah naungan Champagne Pop merupakan produk paling laku dan favourite ramai. Namun, jenama ini kemudian diambil alih oleh Estée Lauder pada tahun 2016.