Twitter sekali lagi berkuasa apabila hashtag Go Back Modi menjadi trending Worldwide! Pada mulanya, REMAJA tertanya-tanya, mengapa ia trending? Setelah melihat secara terperinci, ia berikutan kes Perdana Menteri Narendra Modi tidak melayan rakyat secara sama rata. Menurut laporan NDTV, Perdana Menteri India itu dikecam netizen setelah gagal melawat salah satu daerah Chennei yang banyak memberi sumbangan tanaman terhadap India.

Rakyat India dikhabarkan kesal dengan tindakan Modi dimana beliau memberi sumbangan  kepada daerah Madurai dan menganak tirikan daerah di Tamil Nadu. Ekoran, dari itu #gobackmodi diguna oleh mereka di Twitter untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Perdana Menteri mereka yang dianggap sebagai berat sebelah.

 

Giliran Netizen India Pula Bersuara Di Twitter. #GoBackModi Trending WorldwideSeperti biasa warga Twitter India tidak akan terlepas daripada menjadikan insiden ini sebagai “bahan” hiburan. Selain daripada tweet-tweet biasa, mereka mengeluarkan memes dan troll buat Perdana Menteri yang dikatakan tidak adil itu.

Ads

Ads

Ads

Insiden ini mengingatkan REMAJA terhadap apa yang berlaku di Malaysia ketika PRU14 tahun lalu. Suara rakyat hari ini, memang luar biasa. Apa-apa pun, REMAJA berharap agar negara India kekal aman.

 

Sumber: IndiaToday 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI