Giliran Sos Karbonara PREGO Pula Dihambat Kontroversi, KKM Sahkan Rosak & Berbau

Share

Menuju kerainan Hari Natal pada Ahad ini, pelbagai kontroversi melibatkan restoran dan bahan berasaskan masakan pula yang secara tiba-tiba timbul di Malaysia.

Terdahulu, REMAJA melaporkan tentang sebuah restoran yang menjual ayam goreng apabila ada kelibat tikus dapat dilihat oleh pelanggannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Biar Betul, Ada Restoran Jual Ayam Goreng Dengan Tikus? KKM Mohon Maklumat – REMAJA

Sementara itu, restoran Jepun Sushi King sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan minta maaf kepada pelanggan mereka yang menemui ulat dalam botol kicap yang dihidangkan di salah sebuah cawangannya.

Kedua-dua kes tersebut telahpun dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia dalam proses siasatan.

Terbaru, KKM tampil memaklumkan satu lagi isu berkenaan makanan dan ia melibatkan sos pasta berkrim ‘Carbonara Mushroom’ jenama Prego keluaran Malaysia.

KKM mengesahkan ia telah menarik balik pemasaran produk kegemaran ramai itu akibat kerosakan pada produk yang berpunca semasa pemprosesan.

Beberapa tanda kerosakan yang dikenal pasti termasuklah bau produk yang tidak menyenangkan, warna lain daripada kebiasaan, struktur berair dan lapisan cecair terpisah.

KKM menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga menasihatkan peniaga agar penjualannya dihentikan serta-merta dan agar pengguna yang telahpun membeli untuk membuangnya.

Skekiranya mereka telahpun mengambilnya, beliau berharap agar mereka bertemu pegawai perubatan jika mempunyai simptom tidak sihat atau gejala keracunan makanan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ