
Dalam dunia media sosial, tempoh masa seminggu je sudah mencukupi untuk kita saksikan perubahan pada fungsi aplikasi.
Terbaru, platform kegemaran ramai remaja kini iaitu Twitter sudah mengumumkan bahawa mereka akan menambah baik aplikasi media sosial tersebut dengan fungsi stories yang popular di Snapchat, Facebook, Instagram dan WhatsApp.
Tidak lama lagi, korang boleh memuat naik video pendek sebagai pengganti kepada ruang status.
Fungsi News Camera ini nampaknya telahpun dicuba pakai oleh jurutera teknikal iaitu Jane Manchune Wong dan penasihat media sosial, Matt Navara.
Melalui perkongsian screenshot mereka berdua, kita sekarang mengetahui yang ia dipanggil sebagai ‘Moments’ dan bukannya ‘Stories’ seperti di Instagram.
Namun itu hanyalah sekadar eksperimen Twitter buat masa ini.
Mereka masih sedang dalam proses mengkaji fungsi sebenarnya dan final look fungsi tersebut mungkin akan tampil berbeza dengan screenshot yang telah tersebar. Tak sabar nak cuba!
6 Cara Mudah Ini Boleh Bersihkan Komputer Korang Dengan Berkesan

Tak kira berapa kerap korang bersihkan habuk yang melekat pada komputer, ia tetap saja bertebaran bebas dan mengganggu rutin pekerjaan kerana boleh membuatkan korang asyik rasa nak terbersin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan komputer sentiasa bersih dan terhindar daripada kotoran habuk.
Jom check 6 cara mudah yang korang boleh try ni!
1. Lap skrin
Bagi menghilangkan kotoran habuk di komputer, ramai yang sering menggunakan kertas tisu untuk mengelap skrin. Namun begitu, kotoran tersebut akhirnya jatuh ke bawah dan melekat pada keyboard.
Selain itu, kain lap yang kasar akan meninggalkan kesan dan lebih teruk lagi, ia mampu untuk mencalarkan skrin komputer.
Hanya kain microfiber yang sesuai untuk membersihkan skrin komputer. Jenis fabrik ini tidak meninggalkan kesan dan ia cukup lembut untuk mengelap skrin.
2. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik
Jangan sesekali menggunakan bahan-bahan pembersih daripada alkohol, ammonia atau aseton. Cecair yang agresif ini boleh mengeluarkan cat daripada setiap button pada keyboard dan boleh merosakkan skrin komputer korang.
Untuk lebih selamat, gunakan cuka putih yang dicampur bersama air sebagai bahan pembersih. Celupkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan selamat.
3. Hapuskan calar
Gunakan sedikit ubat gigi untuk kerja-kerja menggilap. Namun, jangan terlalu banyak dan calit kan pada kain microfiber, kemudian lap pada skrin komputer.
Biar sehingga kering dan selepas itu, lap dengan kain yang sedikit basah.
4. Guna hairdryer
Kotoran habuk pada keyboard dapat dikeluarkan dengan mudah oleh alat pengering rambut. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan kotoran daripada unit sistem:
a. Cabut wayar komputer dan keluarkan wayar tersebut. Cabut dinding CPU dengan pemutar skru.
b. Tiup unit tersebut dengan menggunakan suhu yang tidak panas.
5. Bersihkan habuk dari tempat yang sukar
Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, korang boleh menggunakan bulb syringe. Ia mudah untuk meniup keluar habuk dari tempat seperti radiator dan CPU.
6. Bersihkan keyboard
Kawasan mungkin agak leceh untuk dibersihkan kerana kedudukan keypad yang berlubang-lubang. Apa perlu korang buat? Ikuti cara ini untuk membersihkannya:
a. Sama seperti tadi, korang juga boleh menggunakan cuka putih yang dicampur dengan air, kemudiankan celupkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celahan-celahan butang keypad tersebut.
b. Ambil apa-apa alatan yang nipis seperti pisau sapu mentega dan tutup bahagian hujung pisau tersebut dengan kain microfiber. Kotoran dapat dikeluarkan dengan mudah.
Nah, lepas ni tak ada lagi alasan nak tengok komputer korang penuh habuk kan? Guna saja cara yang dikongsi ini kerana sememangnya mudah dan berkesan.
Semoga bermanfaat.
Hanya Hingga Julai Je, Pengguna Samsung Boleh Trade In Untuk Dapatkan Galaxy S10

Isi Kandungan
Toggle
Bateri phone cepat ‘kong’, atau
Skrin phone semakin kelabu (ke mata aku?), atau
Fail gambar, video dan dokumen tak boleh transfer ke PC..
Macam familiar?
Biasalah, bila sudah gunakan smartphone untuk tempoh lebih 4 ke 5 tahun, semua masalah ‘keturunan’ ni akan melanda korang. Nak tukar phone, sayang. Ataupun bajet tiada.
Haa, Samsung ada berita baik untuk korang yang mencari-cari alasan untuk menukar. Hujung minggu lalu, Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan kempen #iChanged di mana ia menampilkan pengguna baru Samsung yang telah bertukar ke jenama tersebut disebabkan tarikan fungsi baru smartphone Samsung.

Salah satu tarikan tersebut ialah perisian Smart Switch yang membolehkan penggunanya bebas mengalihkan (transfer) foto, muzik, video dan contacts korang daripada telefon pintar sedia ada ke telefon Samsung yang baru. Ia menampung peranti iOS dan Android, jadi korang tak perlu risau.
Kempen ini juga menggalakkan korang untuk mencuba model telefon terbaru Samsung seperti Galaxy S10 dengan cukup mudah. Hanya untuk tempoh 2 bulan saja dari 31 Mei hingga 31 Julai 2019, Samsung menyediakan promosi yang – boom! – out of this world.
Korang boleh trade in telefon pintar lama (yang sudah bermasalah lah..) untuk mendapatkan Galaxy S10 dan gajet percuma berupa 1 Galaxy Buds bernilai RM499!
Bagi yang tidak mahu trade in dan hanya ingin membeli Galaxy S10, korang pun akan pulang bersama Galaxy Fit-e bernilai RM139, secara percuma.
Untuk info lanjut, klik di sini.
Untunglah dapat phone Raya ~
Instagram Reels Sudah Dilancarkan, Bakal Jadi Pesaing Kepada TikTok?

Instagram telah pun melancarkan ciri Instagram Reels secara rasminya di peringkat global dan apa yang menarik, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri seperti TikTok.
Instagram Reels menawarkan kemudahan menyunting dan berkongsi video 15 saat serta menambahnya dengan audio serta beberapa kesan penuras tambahan dalam menjadikan video tersebut menjadi lebih menarik.
Ciri ini boleh dikongsikan melalui Feed dan sekiranya akaun korang tidak private, ia turut akan dipertontonkan pada bahagian Reels di Explore.
Instagram Reels ini telah diperkenalkan secara berperingkat di lebih kurang 50 negara, termasuklah Amerika Syarikat, Jepun, Australia, India dan beberapa negara lain.
Seakan aplikasi TikTok, korang boleh membuat video pendek Reels yang diiringi dengan pilihan muzik dan efek melalui aplikasi Instagram.
Pengguna boleh melakukan pilihan Reels pada bahagian dimana korang berkongsi story di Instagram, atau feed mahu pun direct message. Jika dikongsi di IG Story, ia kan hilang dalam tempoh 24 jam. Namun, jika di feed, ia akan kekal di Instagram feed korang. Ciri ini dijangka akan boleh diakses oleh semua dalam beberapa hari ini.
Ha, tak sabar nak tunggu bagaimanalah agaknya rupa pesaing TikTok ini kan? Hiks!
Mungkinkah selepas ini pengguna TikTok akan beralih arah? Sama-sama kita nantikan..
Sumber: kompas.com