Mungkin tidak semua berpeluang menjejakkan kaki ke bandar New York, tetapi kami yakin rata-rata daripada masyarakat dunia sudah mengetahui betapa meriahnya tempat tumpuan pelancong itu.
New York Time Square antara lokasi tumpuan utama di bandar Amerika Syarikat dengan suasana dikelilingi papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) yang tersergam indah.
Bukan calang-calang jenama atau wajah yang berpeluang dipaparkan di papan iklan tersebut, tetapi penyanyi kelahiran Malaysia, Yunalis Zarai pernah menghiasi ruangan itu sewaktu pelancaran album Rougue.
Terbaharu, kumpulan Dolla turut berjaya muncul di papan iklan tersohor New York Times Square menerusi kempen EQUAL oleh penstriman digital Spotify.
Menurut wakil Dolla, terdapat 35 senarai lagu atau playlist EQUAL yang meliputi selebriti dari 50 negara, dimana Dolla sebagai wajah hadapan adalah wakil bagi senarai lagu EQUAL Malaysia dan Singapura.
Foto papan iklan kempen ini turut dimuat naik di laman rasmi Instagram dolla.official dan rata-rata peminat melahirkan rasa bangga serta mengucapkan tahniah atas pencapaian ini.
Siapa sahaja yang tidak mengimpikan untuk berada di tengah kota mewah itu bukan? Apa-apa pun kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Dolla dan semoga terus sukses dalam industri hiburan tanah air.
Sumber: (1)
Roti Nak Tamat Tempoh, Jom Try Buat Korean Cheesy Garlic Bread. Jangan Membazir!
Roti yang sudah atau hendak expired jangan dibuang. Elak pembaziran jadi jom buat roti Korea yang viral tu.
Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang viral di Korea akan menjadi kegilaan dan ikutan masyarakat di negara kita. Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan ‘penangan’ roti korean cheesy garlic bread. Ramai yang kecewa juga bila roti ini selalu out of stok kerana permintaan yang terlalu banyak.
So, kali ini apa kata kita try buat sendiri Korean Cheesy Garlic Bread tapi special sikit sebab mengunakan roti gardenia korang yang tak habis tu. Lagi sedap katanya!
Jom kita tengok resepi Korean Garlic Bread guna roti Gardenia oleh saudari Munierah Eyra.
Nampak simple tapi sedap.
KOREAN GARLIC BREAD ROTI GARDENIA
Hari ni buat korean garlic bread viral tu.
Memandangkan ada roti kat rumah tak habis, jadinya saya cuba resepi Korean garlic Bread guna roti Gardenia ikut resepi page Halal N’ Taste.
Wahhhhh tak sangka lagi sedap rupanya guna ,Kalau ikut selera tekak saya, memang yang ni lagi sedap!!!
Tapi kalau yang suka pakai roti bun ok jer, saya buat dua-dua sekali nak compare mana lagi sedap.
Bagi saya roti Gardenia pilihan hati.
Untuk resepi ni saya tambah serbuk badam dekat atas roti bagi rasa crunchy gitew…
Dah tak sabar kan?
Jom tengok resepi Korean Garlic Bread yang simple dan sangat sedap ni.
BAHAN-BAHAN
roti gardenia/roti bun
Sebuk badam @ badam cincang
BAHAN A
1 ketul butter
1 biji telur
3-5 ulas bawang putih
1 sudu madu @ gula
Parsley
BAHAN B
250gm Cream cheese
2 sudu susu pekat
3 susu susu cair / susu segar
CARA-CARANYA
1. CAIRKAN BUTTER & TUMIS BAWANG PUTIH
Mula-mula cairkan butter.
Kemudian masukkan bawang putih dan tumis seketika.
Biarkan sejuk dulu lepas ni baru masukkan telur.
2. SEBATIKAN BAHAN A
Kemudian masukkan sebiji telur yang dah dikocak ke dalam butter tadi.
Lepastu masukkan 1 sudu madu tau, baru taburkan daun parsley kering.
Kacau hingga sebati.
OK siap bahan A.
3. CAMPUR BAHAN B
Kemudian kita masukkan pula cream cheese ke dalam satu mangkuk lain.
Campurkan cream cheese dengan susu pekat.
Kemudian masukkan susu cair atau susu segar.
Sebatikan bersama dan ketepikan.
4. SAPU DEKAT ROTIKemudian ambil sekeping roti buang bahagian kulitnya.
Letakkan cream cheese tadi dan lipat 2.
Kelim pada bahagian tepi dengan garfu supaya tidak terbuka ketika membakar.
5. BAKAR
Celup roti kedalam bahan A tadi dan susun di atas dulang pembakar.
Saya taburkan almond sikit nak bagi garing.
Bakar pada suhu 160°c selama 10minit atau sehingga masak dan garing.
Inilah hasilnya…
Siap dihidangkan, bolehlah makan panas-panas.
Memang sedap… Garing di luar, lembut dan lemak berkrim di dalam.
Fuh!
Memang terliur tengok.
P/S: Yang nak cuba buat guna roti bun pun boleh juga.
Step sama jer, cuma belah roti bun tu mcm ni ,paipkan celah-celah dia tu dengan cream cheese tadi…
Lepas tu sapu butter dekat atas macam ni.
Tabur almond sikit dan bakar.
Tadaa…. Siap!
Sedap juga guna roti bun ni. Tapi saya lagi suka yang guna roti Gardenia tu.
Pilihan masing-masing kan…
So, lepas ni bolehlah cuba resepi Korean Garlic Bread ni especially kalau ada banyak roti tak habis. Mesti kejap je licin.
Mudah sangat kan?
Untuk info, Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak dapat pergi Korea, kita nikmati dulu resepi roti yang popular dari Korea ni. Hiks
Sumber : Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Serangan Panik Boleh Berulang! Jeongyeon TWICE Jadi Mangsa Kali Kedua
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para Once, peminat memberikan sokongan mereka melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon
Kurang dari setahun yang lalu, ahli kumpulan K-pop TWICE iaitu Jeongyeon pernah dilaporkan berdepan serangan panik dan ‘psychological anxiety’. Disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada Oktober 2020 itu, penyanyi tersebut mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada aktiviti bersama TWICE demi memulihkan kesihatan mentalnya.
Malangnya, Jeongyeon tidak terlibat dalam sesi promosi album kedua kumpulannya berjudul Eyes Wide Open. Hanya tiga bulan kemudian, dia kembali menyertai ahli TWICE lain sempena acara Seoul Music Awards ke-30 pada Januari tahun ini.
Malang sekali apabila syarikat label kepada TWICE iaitu JYP Entertainment berkongsi pada 18 Ogos 2021 bahawa Jeongyeon disahkan berdepan semula serangan panik dan ‘psychological anxiety’ yang sama. Oleh yang demikian, dia dijangka akan berehat bermula minggu ini hinggalah waktu yang ditentukan nanti.
“Jeongyeon sekarang sedang berdepan serangan panik dan psychological anxiety. Walaupun Jeongyeon semakin pulih selari dengan jadual (bersama TWICE) dengan mengambil tindakan pemulihan, kami mementingkan kesihatan artis kami sebagai isu yang lebih utama.
“Oleh itu, setelah perbincangan dalaman dilakukan dan disertai langkah-langkah perubatan profesional, kami memutuskan agar Jeongyeon tempoh masa mencukupi untuk berehat dan pulih semula.
“Setelah berbincang dengan Jeongyeon sendiri dan ahli-ahli TWICE lain, kami ingin memaklumkan bahawa Jeongyeon tidak dapat menyertai aktiviti TWICE buat sementara waktu ini. Sebaagi syarikat label artis tersebut, kami akan menyediakan prosedur terbaik untuk Jeongyeon pulih dalam tempoh waktu mencukupi.
“Dengan itu, kami memohon agar anda semua teruskan memberi sokongan kepadanya,” catat mereka.
Untuk pengetahuan, Jeongyeon bukanlah ahli pertama yang berdepan isu kesihatan mental kebelakangan ini.
Sekitar pertengahan tahu 2019, seorang lagi ahli TWICE iaitu Mina juga tidak muncul semasa konsert jelajah dunia TWICELIGHTS berikutan isu yang sama dan disebabkan rasa tidak yakin melakukan persembahan di atas pentas. Hampir enam bulan juga Mina tidak muncul bersama kumpulannya di lokasi terbuka (tidak termasuk penggambaran dan rakaman).
Nampaknya, bukan kita saja yang berdepan serangan panik dan anxiety. Kumpulan sepopular TWICE juga memahami apa yang kita lalui. Malah, ia juga boleh berlaku berulang kali walaupun telah mendapatkan rawatan dan kaunseling sebelum ini.
Dengan perkhabaran menduka citakan ini bagi para ONCE (peminat TWICE), mereta telah memberikan sokongan melalui penggunaan tanda pagar #WeLoveYouJeongyeon.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi cara menenangkan diri sebagaimana yang pernah ditunjukkan dalam drama Korea popular, It’s Okay Not To Be Okay.
ARTIKEL BERKAITAN : K-Drama ‘It’s Okay Not To Be Okay’ Ajar Butterfly Hug Untuk Kesihatan Mental – REMAJA
Aedy Ashraf Tidak Menolak Jika Ada Projek ‘Spin-Off’ Bagi Watak Tongki
Keputusan mematikan watak Tongki pada episod kedua drama Budak Tebing 3 pada episod kedua, Khamis minggu lepas telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat drama bersiri itu.
Tidak dinafikan, watak Tongki lakonan Aedy Ashraf telah menjadi penguat jalan cerita drama Budak Tebing di samping gandingan utamanya, Adam Lee yang membawakan watak Arif.
Bagaimanapun, Aedy sendiri telah mengusulkan kepada penerbit dan pihak saluran TV3 agar Tongki ‘dimatikan’ demi memberi peluang untuk watak-watak lain dikembangkan.
ARTIKEL BERKAITAN: Aedy Ashraf Dedah Idea ‘Mem4tikan’ Watak Tongki Dalam Budak Tebing 3 Datang Daripadanya – REMAJA
Aedy ketika ditemui REMAJA memahami kerinduan peminat terhadap watak yang dipopularkan olehnya itu apabila Budak Tebing 3 memasuki episod-episod berikutnya pada minggu ini. Pelakon berusia 29 tahun ini turut merasai sentimen rindu tersebut.
“Tipulah jika saya kata saya tidak sayangkan karakter Tongki dan drama Budak Tebing. Pada masa yang sama, saya rasakan penting untuk saya ‘keluar’ daripada kepomping Tongki,” ujarnya.
Pada masa yang sama, Aedy juga tidak menolak sekiranya mana-mana pihak berminat untuk mencipta naskah ‘spin off’ melibatkan dia sebagai Tongki pada masa akan datang.
“Mana tahu pada masa akan datang, kita akan terbitkan cerita ‘spin off’ seperti filem atau supertele berdasarkan watak Tongki. Prekuel ke, mana tahu?
“Saya akui ‘Tongki’ telah memberi impak besar serta mesej berguna kepada penonton remaja drama Budak Tebing.
“Tidak kira di mana kita berada dan dalam apa jua situasi, Tongki mengajar kita semua bahawa kesabaran dan persahabatan akan ‘membawa’ kita jauh.
“Bagi saya, mesej ini yang membuatkan ramai penonton ‘melekat dengan Tongki kerana mereka mudah relate dengan cerita kehidupannya,” dedah Aedy.
Terdahulu, REMAJA semalam telah berkongsi mengenai sebab utama Aedy Ashraf memutuskan untuk ‘menamatkan hayat’ watak Tongki dalam drama Budak Tebing musim ketiga selepas berbincang dengan pihak penerbitan serta saluran TV.
Menerusi perkongsian REMAJA di Facebook dan Instagram, rata-rata penonton setia Budak Tebing dari musim pertama dan kedua tidak bersetuju dengan ketiadaan Tongki lakonan Aedy selepas ini.
Mereka turut meluahkan rasa kurang senang dengan ketiadaan dua lagi pelakon yang menjayakan watak lama iaitu Bella Dowanna (Laura) dan Fariz Isqandar (Yoyol).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.