Langkah penyanyi rock tempatan, Yazid Lovehunters akhirnya terhenti apabila diumumkan tersingkir pada konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada minggu kelima, yang berlangsung malam tadi.
Yazid, yang berduet dengan Ruhil Amani, menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih, sebuah lagu yang asalnya dipopularkan oleh Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Ramli Sarip.
ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura Hampir Tinggalkan Pentas GV11 Jika Inka Christie Tak Buat Kesilapan
Meskipun berusaha memberikan yang terbaik, persembahannya gagal menambat hati juri dan membuatnya berada di tempat terbawah.
Pada malam yang sama, penyanyi Sheila Abdul mencuri tumpuan apabila muncul sebagai juara konsert minggu kelima.
Persembahan bertenaga Sheila melayakkan dirinya meraih Anugerah Terpaling Adabi, sekaligus membawa pulang wang tunai RM2,000. Liza Aziz pula menduduki tempat kedua, manakala Ning Baizura berada di posisi ketiga.
Selain itu, penyanyi lagu Mungkinkah itu turut dipilih sebagai Bintang Cuckoo Paling Gempak berdasarkan undian peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: #GV11 Inka Christie Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka, Janji Single Baru Selepas Aidilfitri!
GV11 minggu keenam, yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini, dijangka menyajikan kelainan apabila barisan peserta diberikan tema Lagu Seram untuk cabaran seterusnya.
Sementara itu, Jihan Muse mengumumkan bahawa dia akan berehat daripada tugas mengacara kerana persiapan menyambut kelahiran anak ketiganya.
Tempatnya akan digantikan oleh Sherry Alhadad yang akan bergandingan dengan Nabil Ahmad sehingga ke pentas akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.