RM400,000 dilaburkan oleh Dato Seri Vida untuk single terbaru berserta video muziknya, berbaloi atau tidak?
Biarpun terlewat tiga jam dari waktu sebenar peluncuran single terbaru nyanyian Dato Seri Vida (DSV) berjudul Ku Ikhlaskan pada 21 Mac lalu, impak yang cuba disasarkan oleh beliau jelas dapat dirasai setelah video muziknya berjaya melangkaui satu juta tontonan dalam masa sehari saja.
Comeback DSV dalam dunia muzik telah mencuri tumpuan rakyat Malaysia setelah beliau mengeluarkan beberapa bentuk teaser sepanjang minggu lalu.
Bermula dengan gaya solekan dan video yang menunjukkan beliau menggayakan pelbagai jenis busana unik ciptaan jenama tempatan Behati, DSV terus-menerus menjadi topik perbualan warganet sehinggalah lagu serta video muziknya menemui orang ramai.
ARTIKEL BERKAITAN : Warganet Samakan Solekan Berani Vida Dengan Aina Abdul? – REMAJA
Sepanjang video itu, DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman telah menyarungkan bukan satu, bukan dua tetapi lapan busana berserta solekan berasingan demi menyerlahkan lagi imej serta mesej di sebalik lirik Ku Ikhlaskan yang ditulis olehnya sendiri.
Ku Ikhlaskan menceritakan tentang kisah cinta peribadi DSV dan ia cuba disampaikan menerusi setiap babak serta busana unik dalam video muzik ini.
Konsep : Air bunga digunakan bagi menjernihkan hati dan semangat wanita yang bergelora setelah kecundang dalam percintaan.
Konsep : Bingkai dianggap sebagai ‘pelindung’ DSV daripada ancaman cinta palsu. Mungkin juga busana ini adalah perisai DSV sewaktu terjerumus dalam permainan cinta (diibaratkan dalam bentuk permainan catur).
Konsep : Permainan catur menjadi analogi kepada hati wanita yang dipermainkan. Setelah tersungkur, DSV dilihat ‘menggelupur’ di udara persis hatinya yang berontakan. Aksesori kepala berbentuk hati pula adalah simbol kepada hatinya yang retak.
Konsep : Sebelum beralij ke fasa lebih serius dengan jejaka yang salah, DSV telah ‘memerdekakan’ diri daripada cinta palsu. Menariknya, babak ini dirakam di Dataran Merdeka selari dengan mesej tersebut.
Konsep : Babak akhir Ku Ikhlaskan menceritakan tentang cinta yang satu, cinta kepada Ilahi. Manusia hanya menaburkan cinta sementara, sebalik cinta kepada Yang Esa pasti berkekalan sampai bila-bila.
*
Selain lima busana ini, DSV turut mencuri perhatian dalam persalinan serba metalik di awal video muzik; dalam busana merah jambu menyala (dengan aksesori kepala yang pernah dipakai oleh Kaka Azraff sewaktu menjayakan persembahan Anugerah Juara Lagu ke-35) dan busana merah jambu cair dengan perincian pleats yang menggambarkan rasa gembira yang berpucuk dalam hati DSV sewaktu bercinta.
Amacam, onz tak effort yang diberikan oleh DSV dan pasukannya ini? Dengan tontonan yang telah mencecah angka satu juta, tak sia-sia DSV komited dengan penggambaran video muzik selama 10 hari. Lagipun, penonton pun disajikan dengan kameo Abang Qu kan sebagai penyeri video, eh!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.