Berita

Gimme The Mic Malaysia: Bakat Baharu, Prestasi Luar Biasa! Ini Penonton Muda Mahukan!

Share

Bagi penonton muda, rancangan realiti seperti Gimme The Mic Malaysia memiliki daya tarikan yang istimewa.

Seorang penonton muda berkongsi pandangannya mengenai mengapa rancangan ini menarik dan patut untuk diteruskan.

Menurut penonton yang dikenali sebagai Nur Khumaira Roshizad, daya tarik utama program tersebut adalah kerana ia memberi peluang kepada mereka yang mungkin tidak dikenali secara meluas untuk tampil dan menyerlah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Disamakan Seperti Aina Abdul Dalam Gimme The Mic Malaysia, Berikut Fakta Menarik Shazreen Shaharum

“Apa yang membuatkan program ini menarik untuk ditonton bagi saya sebagai penonton muda adalah kerana saya suka tonton rancangan seperti ini.

“Selain itu, saya suka program seperti ini kerana tidak mengetengahkan mereka yang dah popular dan kita sebagai penonton tak tahu pun latar belakangnya,” katanya.

Tambah penonton berusia 24 tahun ini juga, Gimme The Mic dianggap sebagai platform penting untuk bakat-bakat baharu untuk menempa nama di persada seni tanah air.

“Dengan adanya program-program seperti ini, dapat buat satu platform untuk mereka menyerlah bakat mahupun lakukan comeback,” kata penonton tersebut.

Bagi pemilik nama Muhammad Khairul Izuan Khairuddin pula, keunikan rancangan ini terletak pada kesungguhan peserta yang bukan hanya mahu terkenal, tetapi juga mahu membuktikan kemampuan mereka dalam industri.

Malah, penonton berusia 24 tahun ini turut berpendapat bahawa program seperti ini wajar diteruskan kerana ia memberi ruang kepada individu di luar sana untuk mengembangkan bakat mereka.

“Bagi saya program sebegini wajar diteruskan kerana sebagai penonton apa yang saya nampak adalah Gimme The Mic ini beri ruang kepada mereka di luar sana untuk mengembangkan lagi bakat,” tuturnya.

Selain itu, dia menyarankan agar program-program seperti ini tidak hanya memfokuskan kepada peserta muda sahaja.

“Kekalkan sahaja pelbagai umur dan jangan letakkan syarat-syarat kepada umur yang tertentu sahaja, terutama hanya tertumpu kepada orang muda kerana kita sebagai penonton mahu lihat kepelbagaikan dalam sesebuah rancangan realiti,” tambahnya.

Jelasnya lagi, kepelbagaian umur dalam program bukan sahaja menunjukkan personaliti yang berbeza tetapi juga memberikan pelbagai cara dalam membawa diri serta tahap keyakinan diri yang pelbagai.

Secara keseluruhan, pandangan daripada kedua penonton muda ini menunjukkan bahawa Gimme The Mic mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada peserta baru.

Dengan mengutamakan kepelbagaian dan memberi peluang kepada semua lapisan umur, rancangan ini dapat terus memikat hati penonton dan mengembangkan industri muzik tempatan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN