Tidak salah sekiranya kami katakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah mempamerkan beberapa kejutan sepanjang ia berlangsung dua minggu ini.
Dari kejutan juara dunia tumpas di pusingan awal, pencapaian atlet muda dalam acara masing-masing dan juga dari segi pengenalan sukan baru di peringkat Olimpik. Banyak betul kejutan yang kita telah saksikan.
ARTIKEL BERKAITAN : Juara Yang Kecundang Di Olimpik Tokyo 2020 – REMAJA
Salah satu perkara baharu yang nampaknya ingin diperkenalkan oleh sekelompok atlet dunia pada Tokyo 2020 adalah mengenai tata pemakaian mereka dalam acara tertentu.
Sekiranya pada minggu lalu, skuad gimnas Jerman yang menggantikan pakaian jenis leotard kepada unitard semasa mengambil bahagian dalam pusingan awal acara gimnastik wanita berkumpulan telah memperolehi perhatian menakjubkan daripada penggiat media seluruh dunia.
BACA LAGI : Menentang ‘Sexualisation’ Wanita, Gimnas Jerman Pilih Pakaian Unitard – REMAJA
Perubahan pada pakaian yang lebih bersederhana dan sopan itu mendapat sokongan ramai atas faktor tuntutan agama dan cerminan imej wanita yang tidak lagi dijadikan objek pandangan seksual. Alasan utama skuad Jerman itu untuk menunjukkan bahawa penting bagi mana-mana atlet wanita merasa selesa semasa bertanding juga dipuji ramai.
View this post on Instagram
Memasuki minggu kedua Sukan Olimpik, Pusat Gimnastik Ariake di Tokyo sekali lagi melihat perubahan pemakaian para gimnas dan kali ini ia membabitkan skuad gimnas berirama Ukraine.
View this post on Instagram
Mereka telah bertanding dalam acara kelayakan individu all-around dengan mempertaruhkan gimnas bernama Khrystyna Pogranichna dan Victoria Onoprienko dan masing-masing melayakkan diri ke peringkat akhir yang berlangsung pada hari ini dpada kedudukan kesembilan dan kesepuluh.
Menariknya, biarpun mereka tidak menolak pemakaian leotard dalam beberapa acara apparatus yang disertai; ada ketika di mana dua orang gimnas ini memilih pemakaian unitard.
Ini terjadi semasa Victoria beraksi untuk acara riben dalam unitard tanpa lengan serba merah tanpa sebarang bahagian fabrik mirip warna kulit seperti yang selalu disarungkan oleh gimnas berirama. Khrystyna juga kelihatan cukup anggun dalam persalinan berseluar panjang hitam dengan perincian silver pada bahagian dada, bahu dan lengan; juga semasa acara riben.
Pada acara bola pula, Victoria kembali memilih uniform sopan serba hitam.
View this post on Instagram
Manakala rata-rata media fesyen dunia melaporkan keunikan uniform Khrystyna serba hitam yang mempamerkan corak retro pada bahagia bodice.
View this post on Instagram
Jelas, Ukraine juga tidak mengekang gimnas mereka untuk berseluar panjang semasa bertanding di pentas segah Sukan Olimpik. Ia sekaligus memberikan harapan kepada lebih ramai gimnas perempuan seluruh dunia untuk menceburi bidang sukan ini dengan selesa.
*
Di Malaysia sendiri, penulis tahu ramai sebenarnya kanak-kanak perempuan teringin menyertai skuad gimnastik dan gimnastik berirama. Namun disebabkan ketetapan pemakaian para gimnas, ramai ibu bapa yang sukar membenarkan anak mereka menceburinya.
Dengan perkembangan terbaru ini, diharap dunia sukan terutamanya untuk gimnastik dan gimnastik berirama lebih terbuka dalam soal pemakaian atlet berpotensi mereka.