Girl Power! 8 Pemimpin Wanita Negara Yang Bukan Sekadar ‘Pemanas Kerusi’

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Jumlah ahli parlimen wanita sejak 1999 dilihat konsisten. Mungkin ‘terlalu konsisten’ sehinggakan tiada peningkatan signifikan.

 

Disebabkan itulah, terdapat laungan kuat oleh beberapa para aktivis wanita di Malaysia yang menyeru agar representasi wanita di dalam pemerintahan negara ditingkatkan sehingga 30 peratus. Ini adalah bagi peringkat negeri mahupun untuk peringkat nasional.

30 peratus di peringkat negeri bermaksud sekurang-kurangnya 3 orang exco wanita dan di peringkat negara pula, sekurang-kurangnya 8 orang menteri wanita.

Pada peringkat penamaan calon tempoh hari, rata-rata persatuan aktivis wanita yang dianggotai oleh wanita belia (berumur 25-35 tahun) gembira apabila lebih ramai calon wanita diperkenalkan oleh parti kerajaan mahupun pembangkang.

Namun semalam, ketika kerajaan negeri Selangor mengumumkan barisan exco negeri tersebut, hanya DUA orang wanita yang dipilih iaitu Haniza Mohamed Talha (Lembah Jaya) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Seri Serdang).

 

Barisan exco negeri Selangor yang diumumkan semalam.

 

Apa jadi dengan bayangan 30 peratus wakil wanita dalam pemerintahan, you may ask? Hanya seorang saja lagi wakil wanita yang perlu dipilih, seorang je untuk membentuk 30 peratus. Akhirnya, rakyat selangor terpaksa berpuas hati dengan hanya dua. Sigh.

Kerajaan Selangor merupakan negeri pertama yang telah membuat pengumuman. Sama-samalah kita tunggu bagaimana situasinya di negeri lain pula.

But for now, jom lihat siapa 10 calon wanita yang mampu mengoyang dunia pemerintahan Malaysia, GIRL POWER!

 

01

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail

(Timbalan Perdana Menteri)

Buat kali pertama dalam sejarah, Malaysia akan mempunyai Timbalan Perdana Menteri wanita dan itu adalah satu pencapaian yang amat tidak disangka-sangka akan berlaku.

Malah, Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut mengucapkan tahniah atas perlantikan tersebut dan merasa bangga sejarah dapat dicatatkan. “Walaupun kami berbeza pandangan politik tetapi sebagai seorang ibu dan pemimpin wanita, saya yakin Wan Azizah boleh melakukan tugasan dengan baik insyaAllah,” kata beliau.

 

02

Tan Sri Dr. Zati Akhtar Aziz

(Majlis Penasihat Elit – Council of Elders)

Daripada lima orang ahli cendikiawan yang dipilih oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk menyertai Majlis Penasihat Elit Kabinet, Tan Sri Zeti Aziz merupakan satu-satunya wanita di situ.

Dengan pengalaman 16 tahun sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri positif terhadap pemulihan semula ekonomi negara  seperti yang pernah berlaku pada pertengahan 1990-an di bawah era pentadbiran Tun M.

 

03

Hannah Yeoh

Ahli Parlimen Segambut

Bekas ahli DUN Subang Jaya ini berkata rakyat kini lebih yakin untuk menyumbang ke arah ekonomi negara dan kekal tinggal di negara ini.

“Suasana kini lebih positif, sudah tiba masa lebih ramai generasi muda untuk menyertai barisan penjawat awam. Kita perlukan guru, doktor dan jurutera yang bagus untuk membangunkan negara.”

 

04

Rina Harun

Ahli Parlimen Titiwangsa

Walaupun masih ramai netizen yang tidak mengenali siapa beliau, Rina Harun sebenarnya merupakan Ketua sayap wanita bagi Bersatu. Walaupun dilihat kurang popular berbanding Ketua saya pemuda parti tersebut iaitu Syed Saddiq, Rina dilihat berdedikasi bagi membangunkan wanita di negara ini.

“2 hari selepas saya dilantik, saya memutuskan untuk mengelilingi negara bagi berkempen. Bagi saya peringkat akar umbi itu penting. Biarlah Tun M, Presiden Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Mukhriz dan Syed Saddiq bercakap manakala saya pula lakukan ground work.

“Takkanlah kita nak semua bercakap, kan? Kerja tetap kerja.”

 

05

Dr. Norlela Ariffin

Ahli Dun Penanti

Beliau merupakan salah seorang ahli politik wanita PKR yang berani untuk berhadapan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng and that says a lot of things.

Dr. Norlela pernah disebut-sebut akan menggantikan Parlimen Kajang yang dipegang oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah (Parlimen Pandan). Bukan calang-calang orang boleh memegang kerusi panas itu. Tetapi Dr. Norlela masih dengan prinsipnya untuk bertanding di DUN Penanti, Pulau Pinang.

Antara usaha berjaya di bawah Dr. Norlela adalah menutup kilang haram di Sungai Lembu, projek mengurangan banjir dan pembinaan infrastruktur seperti kompleks sukan serta dewan serbaguna.

 

06

Young Syefura Othman

Ahli Dun Ketari

Calon muda dan penerima Dana Sinar Haria, Young Shefura Othman tak menyangka boleh menang kawasan yang ditandinginya. Young Syefura atau mesra dengan panggilan Rara ini mencuri perhatian netizen muda dengan gaya fesyennya sepanjang tempoh berkempen.

YB berusia 28 tahun ini selesa memadankan baju kurung moden dan baju kebaya labuh dengan tudung matching

semasa turun padang. “Mereka kenali saya, dan ingin mengambil gambar terutamanya remaja perempuan. Saya bukanlah pakar fesyen tetapi saya akan memakai mengikut situasi.”

 

 

07

Rubiah Wang

Ahli Parlimen Kota Samarehan

Bukan saja Rubiah mengalahkan dua lagi calon lelaki daripada parti PKR dan PAS, malah majoriti yang dimenanginya juga jauh meninggalkan pencabar. Undian yang diterimanya pada kali ini juga meningkat berbanding pada PRU ke-13.

Rubiah membuktikan walaupun dia mewakili parti yang tidak popular di kalangan netizen, penduduk Kota Samarahan masih yakin dengan kepimpinannya sebagai calon di situ.

 

08

Nurul Izzah Anwar

Ahli Parlimen Permatang Pauh

Nurul Izzah yang juga memangku jawatan Naib Presiden PKR mengekalkan komitmennya untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi menyokong kebebasan media.

Usaha itu dilihat beliau untuk membentuk persekitaran media yang terbuka dan untuk meraikan kebenaran.

“Kita perlu adil menerima kritikan dalam membina negara. Sejak 2012, sudah saya siapkan dokumentasi bagi memansuhkan akta yang mengekang kebebasan media. InsyaAllah, tak lama lagi.”

 

Published by
FZ