Lumrah seorang wanita masa kini tidak sama dengan wanita pada zaman dahulu. Wanita sekarang kebanyakan mempunyai pekerjaan yang baik dan berkerjaya. #GirlBoss katanya!
Amira Rafik dan Myra antara finalis Hero Dewi Remaja 2023 yang bakal menceriakan kaca skrin televisyen anda tidak lama lagi. Tapi korang tahu tak sebenarnya dua Dewi ini mempunyai karier masing-masing sebelum ini? Haaaa…don’t play play okay!
Berasal dari keluarga yang mempunyai perniagaan masing-masing, Amira Rafik, dewi berusia 23 tahun ini secara tidak langsung menyimpan cita-cita untuk bergelar seorang usahawan wanita suatu hari nanti.
Mempunyai diploma dalam pengurusan perniagaan, gadis kacukan Pakistan ini percaya bahawa karier merupakan perkara penting yang harus dimiliki setiap wanita.
“Sebelum ini saya bekerja sebagai seorang admin di sebuah klinik di Subang Jaya. Iya, sejujurnya agak berbeza dari bidang asal saya belajar dahulu (ketawa). Tapi saya amat menyukai kerjaya ini kerana banyak perkara baru yang saya pelajari setiap hari.
“Kerjaya bagi saya amat penting terutama bagi seorang gadis sebab saya suka membantu orang dan spend money dekat orang tersayang,” jelasnya lagi.
Anak bongsu dari empat adik beradik ini juga mengakui bahawa meski dirinya tidak mempunyai pengalaman dalam industri seni seperti finalis lain, dirinya yakin untuk mengubah persepsi orang ramai ke arah lebih positif.
Ads
“Berbanding dengan rakan-rakan lain, sangat jauh perbezaan pengalaman dan ilmu di dada. Terutama dari aspek bekerja dalam dunia seni hiburan. Pengikut saya di Instagram pun tidak sampai 1,000 orang.
“Namun saya enggan menganggap itu satu kelemahan dan mahu belajar secukupnya tentang lakonan, mengacara dan sebagainya,” komennya lagi.
Manakala bagi si cantik manis, Myra pula, dirinya dahulu bekerja sebagai agen hartanah di Kuala Lumpur. Maka pengalaman yang dikumpul menerusi karier tersebut digunakan sebaiknya di Hero Dewi Remaja 2023.
“Myra dulu kerja sebagai agen hartanah dan hampir setiap hari jumpa orang berlainan untuk melakukan konsultasi. Jadi bila dah masuk Hero Dewi Remaja ini, sedikit sebanyak soft skills berkomunikasi itu dapat digunakan dalam mempromosikan diri saya dan mengeratkan hubungan dengan peserta lain,” jelasnya.
Ads
Kini berehat sebentar dari menyambung pelajaran dalam bidang perniagaan, Myra turut akui bahawa mempunyai sumber kewangan sendiri amat penting bagi seseorang individu itu. Tanpa perlu mengambil kira gender dan status orang tersebut.
“Dulu ketika Myra jadi agen hartanah, selalu jumpa dengan pasangan yang struggle dapatkan rumah kerana hanya si suami yang bekerja.
Tidak salah untuk menjadi seorang suri rumah, namun kerana situasi zaman sekarang yang harga barang makin naik, pihak isteri juga perlu mempunyai kerjaya sendiri,” jelasnya lagi.
Mempunyai karier yang stabil di usia muda bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Namun dua insan berbakat ini berjaya membuktikan bahawa usaha mampu mengatasi segala-galanya. Goodluck korang!
**
Ads
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah Aween Ismail dari Dewi Remaja 2018/2019 dan Nina Amin dari Dewi Remaja 2019, kini tiba giliran pemilik gelaran Dewi Inspirasi yang baharu bagi edisi 2022.
Tahniah diucapkan kepada Keeran Praval, 25 yang telahpun dinobatkan sebagai Dewi Inspirasi pada malam kemuncak Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu.
Menyifatkan kemenangan tersebut langsung tidak pernah terlintas di fikirannya memandangkan ramai finalis lain yang turut layak untuk diberikan gelaran tersebut, Keeran sewaktu ditemui merasakan gelaran ‘inspirasi’ itu sendiri adalah satu tanggungjawab berat yang perlu dipikulnya selepas ini.
“Tidak pernah terfikir pun untuk memenangi gelaran Dewi Inspirasi ini. Niat saya datang pada malam ini (Sabtu lalu) hanyalah untuk enjoy the show. Ini juga adalah malam terakhir untuk saya bertemu dengan 15 rakan-rakan saya yang lain.
“Namun biila diberikan kepercayaan oleh pihak produksi dan team Dewi Remaja 2022 untuk menggalas gelaran Dewi Inspirasi, tentunya saya merasa bertuah dan sangat-sangat berbangga kerana bagi saya, ini bukanlah gelaran yang biasa-biasa.
“Berat tanggungjawabnya dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk membawanya,” kata Keeran yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang.
Perjalanan Keeran dalam pencarian Dewi Remaja 2022 terhenti di episod separuh akhir apabila dia akur, prestasi sepuluh orang rakannya dalam cabaran pementasan teater pada waktu itu lebih memberikan warna berbanding dirinya yang membawakan watak primadona. Begitupun, Keeran tidak sesekali berhenti memberikan komitmen dalam setiap sesuatu yang dilakukan dan dirinya juga disenangi oleh rakan-rakan finalis yang lain.
“Inspirasi itu bagi saya adalah pemilikan nilai-nilai positif di dalam diri yang perlu saya gunakan untuk dijadikan contoh kepada masyarakat di luar sana terutamanya remaja yang lebih muda daripada kami.
“Usia saya yang lebih matang daripada 15 finalis lain mungkin menjadikan saya lebih tenang dalam berdepan apa saja cabaran yang melanda sepanjang empat bulan ini. Jadi bila saya perlu membuat sesuatu keputusan, saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak membuat apa-apa keputusan yang tidak berasas,” katanya.
Tanpa Pengalaman Industri, Keeran Tetap Yakin
Bercakap mengenai perancangannya selepas ini, graduan Sarjana Muda Keusahawanan & Inovasi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia ini membulatkan misinya untuk menapak dalam industri seni hiburan tanah air.
Biarpun dirinya boleh dianggap masih hijau tanpa berbekalkan pengalaman industri sebelum ini baik dalam bidang lakonan atau pengacaraan, Keeran tetap yakin potensi serta bakat yang dimilikinya boleh diasah untuk pergi jauh.
“Saya ingin kembangkan sayap saya seluas-luasnya dalam industri ini dan akan mengambil mana-mana peluang yang hadir untuk saya.
“Tambahan pul; Tracie, Malle dan saya sedang merancang untuk menetap bersama selepas ini di Kuala Lumpur dan akan terus menembus masuk ke dalam industri.
“Ya, perlahan-lahan chemistry di antara kami bertiga bertambah erat selepas menetap serumah sepanjang pencarian. Kami juga mudah sekepala dalam cara membawa diri. Jadi saya selesa dengan Malle dan Tracie,” ujarnya.
Tahniah Keeran Praval!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap tahun, acara Kuala Lumpur Fashion Week (KLFWRTW) yang bertempat di Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi tumpuan pemerhati dan peminat fesyen di Malaysia dan negara serantau.
Yes, fashion speaks louder than words.
Bagi yang betul-betul meminati fesyen, mereka berada di situ bukan sekadar untuk mengambil gambar cantik. Mereka juga bukan berada di situ hanya demi membuktikan mereka adalah sebahagian daripada fashion crowd. Tetapi mereka menghadirinya untuk 1)support, 2)update & 3) meraikan fesyen.
Sebahagian daripada alumni Dewi Remaja turut tak akan terlepas ke KLFWRTW.
Merekalah sebahagian daripada ‘kuasa’ hebat dunia fesyen di Malaysia. Apa je yang disarung pasti akan bertukar viral. Apa saja stail baru yang digayakan, pasti ada yang nak mencuba. REMAJA recap semula 5 Dewi yang pernah mengungguli pentas catwalk sempena KLFWRTW.
01
Scha Alyahya
Yasss, OG Dewi ini sendiri ‘membawa’ fesyen bersamanya tak kira acara yang dihadiri.
Scha juga selalu memilih sendiri pakaian yang bersesuaian dengannya tanpa terlalu bergantung kepada khidmat profesional. Hasilnya, setiap kali dia ke sana-sini, eksperimen fesyennya selalu akan menjadi dan tak mengecewakan.
Pada tahun ini, Scha dijemput untuk berjalan di samping model untuk slot Melium Group. Dengan gaya rambut yang sekali lagi diubah, Scha kelihatan yakin dalam persalinan Roger Vivier dan Victoria Beckham.
02
Natrah Khalid
Dalam apa-apa acara fesyen di Malaysia, pasti wajah Natrah Khalid tak terlepas daripada menghiasi kempen mahupun acara peragaan pereka fesyen. Buktinya, setelah Pencarian Dewi Remaja 2014/2015, Natrah tak menoleh ke belakang dan terus mengejar impian sebagai model yang dicari-cari!
Pada tahun ini, dia berkesempatan untuk berjalan untuk acara Neonate Clothing kendalian Karl Shafek pada hari kedua.
03
Neelofa
One thing for sure, Dewi Remaja 2009/2010 ini tak gentar untuk bereksperimen dengan fesyen. Neelofa bukanlah seseorang yang akan ‘play it safe‘ semata-mata untuk kelihatan cantik di mata orang lain. Setiap kali ada acara sebesar KLFWRTW, dia akan memastikan kemunculannya mendapat perhatian peminat fesyen agar ada sesuatu yang boleh diperkatakan.
Sama ada apa yang diperkatakan itu bersifat pujian mahupun kecaman, itu bukan persoalan utama. Yang penting, Neelofa berada di situ in the spirit of celebrating fashion dan tak semua orang berpeluang untuk melakukannya.
Tahun ini, Neelofa turut menjadi jemputan Melium Group dengan menyarung jenama Max Mara.
04
Anzalna Nasir
Tak selalu kita melihat finalis Dewi Remaja 2009/2010 ini berjalan di pentas peragaan. Tetapi sekali dia diberi peluang, she just kills it!
Anzalna menyarungkan persalinan Tod’s untuk Melium Group dan ramai yang memuji presence yang dibawakan oleh Anzalna di pentas. Walaupun tidak memiliki ketinggian supermodel, itu bukanlah masalah utama buatnya yang pertama kali menjadi model peragaan pada tahun ini.
05
Izara Aishah
Pada tahun ini, Izara Aishah sempat untuk menghadiri pertunjukan fesyen Alia Bastamam pada hari pertama.
Namun pada tahun lepas, Izara turut diberikan kesempatan untuk berjalan di bawah label Farah Khan iaitu pemilik The Melium Group. Kira Izara terlebih dahulu merasa untuk berjalan di KLFWRTW lah!
Cantik, classy dan segar, Izara bagi kami adalah dewi yang sentiasa yakin untuk berada di hadapan penonton seramai ini. Lihat sajalah semasa dia menjayakan pertunjukan fesyen raya Rizalman untuk Fashion Valet awal tahun ini.
Jadi, Dewi mana yang paling menonjol untuk korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Saban tahun, ramai ternanti-nantikan kempen Raya terbaru jenama mesra muslimah, Naelofar.
Tahun 2022 tidak terkecuali apabila usahawan dan selebriti, Neelofakembali menggembirakan peminat tegar jenama tersebut setelah kempen Naelofar Raya 2022 dipertontonkan buat kali pertama pada minggu ini.
Sejak hujung minggu lalu, Lofa telahpun menarik tumpuan peminatnya dengan teka-teki siapakah bakal menggantikannya untuk paparan kempen kali ini disebabkan situasinya yang masih dalam tempoh berpantang tidak mengizinkan untuknya terlibat sama.
Rupa-rupanya, wajah terbaru Naelofar Raya tidak lain tidak bukan ialah rakan Dewi Remaja 2009/2010-nya sendiri, Izara Aishah!
Menjalin persahabatan ‘Dewi Sisterhood’ lebih 12 tahun lalu, Neelofa dan Izara yang masing-masing menempatkan diri dalam kalangan finalis Top 3 pada waktu itu masih rapat dan saling berhubung di hadapan serta belakang lensa kamera.
Menerusi kempen ini, Izara telah menggayakan koleksi hijab baharu jenama berkenaan lalu membuatkan peminat malah Neelofa sendiri untuk teruja menyaksikan semua foto-foto yang telah dirakamkan.
“MasyaAllah semua gambar cantik !!! Finally dapat juga Naelofar berwajahkan Izara for RAYA,” catat Neelofa sebelum ia dibalas Izara yang berkata, “Alhamdulillah, thank you for choosing me Kalofa.”
Rata-rata peminat tampil memuji kecantikan ibu kepada Irisa Alaia ini dalam lilitan hijab bercorak Naelofar pada kali ini. Bila lihat Izara manis menggayakannya, terus rasa nak beli kan untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini! Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...