#GirlPower: 10 Hari Sebelum Angkasawan Wanita Pertama Arab Saudi Berlepas Ke ISS

Share

Tiada apa yang mustahil buat kaum Hawa!

Ia jelas terbukti setelah seorang penyelidik kanser payudara dari Arab Saudi kini sedang menantikan gilirannya untuk berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa atau ISS pada 21 Mei kelak.

Menurut kenyataan agensi angkasa Amerika Syarikat, NASA seperti yang dilaporkan ole Anadolu Agency (AA), wanita yang dikenali sebagai Rayyanah Barnawi itu akan menyertai misi ‘Axiom Space 2’ selama 10 hari di ISS bersama-sama seorang angkasawan lelaki, Ali AlQarni yang juga berasal dari Arab Saudi.

Rayyanah Barnawi

Mengikut perancangan awal, misi berkenaan dijadualkan berlancar pada 8 Mei lalu di Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat sebelum ia ditunda ke 21 Mei pada kira-kira jam 5.37 petang (waktu EDT) oleh NASA dan Axiom Space.

Pemilihan Rayyanah untuk ke ISS ini sekaligus meletakkan dirinya dalam sejarah dunia sains Arab Saudi selaku wanita pertama dari negara berkenaan yang akan berlepas ke ruang angkasa.

Di ISS kelak, kedua-dua individu itu akan menyertai angkasawan dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang kini sudahpun bertapak di ISS bagi mengelolakan misi enam bulan di sana.

Mereka juga akan disertai oleh angkasawan wanita, Peggy Whiston dan perintis perniagaan merangkap juruterbang, John Shoffner yang merupakan sebahagian daripada  misi Axiom Space 2.

Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan tentang angkasawan wanita pertama dari negara UAE sekaligus menjadi angkasawan wanita pertama berdarah Arab yang diserap untuk menyertai misi penorakaan angkasa lepas anjuran NASA. Nora telahpun mengenepikan 4,000 pemohon lain dari seluruh dunia untuk misi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower : Kenali Nora Al-Matrooshi, Angkasawan Arab Wanita Pertama Di Dunia – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ