Perkataan ‘mustahil’ tiada dalam kamus mereka berempat..
Biarpun anugerah Grammy yang berlangsung pada hari ini diadakan dalam senario berbeza tanpa kehadiran penonton dan rata-rata disaksikan oleh calon setiap kategori saja, itu tidak bermakna ia akan berlalu tanpa mencatatkan sejarah.
Ibarat satu penghormatan kepada bulan sambutan Hari Wanita Sedunia Mac ini, tiga orang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan (Hi Blue Ivy!) telah mencipta rekod tersendiri pada tahun ini.
Beyoncé yang menerima pencalonan terbanyak pada edisi tahun ini telahpun dinobatkan selaku penyanyi wanita paling banyak memenangi anugerah Grammy’s dalam sejarah penganjurannya. Rekod itu sebelum ini dipeggang oleh penyanyi bernama Alison Krauss.
Setelah Beyoncé diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Album RnB Terbaik, beliau sekaligus telah secara rasminya membawa pulang 28 trofi Grammy’s setakat ini.
Malah, Beyoncé juga menyamai rekod Adele sebagai artis paling banyak membawa pulang anugerah dalam satu acara Grammy’s setelah memenangi 6 daripada 8 pencalonan yang melibatkannya.
Phew! Memang Queen Bey betul.
Penyanyi popular ini turut tidak ketinggalan mencatat sejarah setelah kembali merampas kategori Album Tahunan bagi album Folklore. Ini sekaligus merupakan kemenangan ketiga Taylor Swift dalam kategori ini selepas Fearless (2010) dan 1989 (2016).
Taylor adalah artis wanita pertama yang berjaya menyamai rekod Frank Sinatra, Paul Simon dan Stevie Wonder itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Harry Styles Trending Menangi Grammy’s Pertama, Ini Reaksi Taylor Swift – REMAJA
Biarpun sebilangan warganet tidak bersetuju dengan kemenangan Billie dalam kategori Lagu Tahunan untuk Everything I Wanted kerana berpendapat Megan Thee Stallion selayaknya membawa pulang kategori itu, tuah ternyata menjadi milik Billie pada tahun ini.
Ini setelah dia memenangi satu lagi kategori utama iait Lagu Terbaik Yang Ditulis Untuk Media Visual. Ia menerusi lagu No Time To Die yang direkodkan untuk filem James Bond.
Menariknya, ini adalah kemenangan pertama mana-mana lagu bagi kategori tersebut untuk sebuah filem yang masih belum dilancarkan. Ia berikutan penangguhan tayangan di pawagam akibat pandemik COVID-19.
Pada usia 9 tahun, anak sulung kepada pasangan Beyoncé dan Jay-Z ini telahpun bergelar pemenang anugerah Grammy! (Apalah yang kita buat semasa berusia 9 tahun?!)
Ia adalah menerusi kategori Video Muzik Terbaik untuk lagu ibunya, Brown Skin Girl. Blue adalah pemenang kedua termuda dalam sejarah Grammy’s.
BACA LAGI : GirlPower – Kenali Puteri Sultan-Sultan Di Malaysia