Baru berusia 25 tahun namun dia sudah bergelar juara dunia, dan mengungguli beberapa pertandingan tenis antarabangsa.
Kini nama Naomi Osaka semakin bersinar dan menjadi perhatian ramai. Naomi yang merupakan anak kacukan yang mana ibunya merupakan warga jati Hokkaido, Jepun dan ayahnya pula merupakan lelaki asal dari dari daerah Jacmel, Haiti. Memiliki dua kewarganegaraan dia membesar di AS namun bertanding mewakili negara kelahirannya iaitu Jepun.
ARTIKEL BERKAITAN : Naomi Osaka ‘Boikot’ Media, Tarik Diri Daripada French Open Selepas Disaman
Namun, apa yang dicemburui oleh anak muda diluar sana ialah kekayaan yang dimiliki gadis ini. Diusia 25 tahun, Naomi dilaporkan memiliki harta bernilai AS$51 bersamaan RM230 juta!
Pandai Jana Pendapatan
Forbes mendedahkan Naomi menerima bayaran paling mahal sekali gus menjadikan beliau atlet wanita paling kaya dan di dunia. Malah, menerusi laporan Cosmopolitan
pula Naomi dikatakan tidak hanya menjana wang daripada kejohanan tenis yang dimenangi, beliau pandai menggandakan pendapatan menerusi pelaburan hartanah, perniagaan, produk penjagaan kulitnya dan endorsement.Naomi salah seorang atlet yang mempunyai ciri kebolehpasaran yang tinggi dan ia menjadikannya kaya-raya.
Berikut 10 fakta menginspirasikan mengenainya:
7. Pada tahun 2022, Naomi meninggalkan syarikat pengurusan IMG yang telah bersamanya sejak 2016 untuk menubuhkan agensi pengurusan sukan sendiri, Evolve bersama ejennya Stuart Duguid. Kedua-duanya telah menandatangani perjanjian dengan pelanggan pertama mereka iaitu bintang tenis Australia Nick Kyrgios. Pada tahun sebelum itu, Naomi menjadi pemilik bersama North Carolina Courage dalam Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan Amerika Syarikat.
8. Naomi turut aktif dalam pelaburan hartanah. Pada 2019, beliau membeli kediaman Nick Jonas di Beverly Hills dengan harga AS$6.9 juta. Dua tahun selepas itu beliau berjaya mendapatkan rumah agam Nick dan Vanessa Lachey di Los Angeles dengan harga AS$6.3 juta.
9. Menurut Celebrity Nett Worth
, nilai bersih Naomi pada tahun 2022 adalah dianggarkan AS$45 juta.10. Tidak hanya menikmati kekayaan sendirian, atlet muda ini juga berkongsi rezeki. Naomi juga suka menyumbang dan dia menghabiskan masa bekerja dengan banyak badan amal, termasuk Play Academy, UNICEF. Tidak lupa asal-usul, Naomi menubuhkan yayasannya sendiri iaitu Yayasan Osaka yang menawarkan pendidikan berkaitan sukan tenis kepada kanak-kanak di Haiti.
Hebat betul Naomi ni…..Cayalah!
BACA LAGI :Siapa Bintang Tenis 18 Tahun, EMMA RADUCANU Yang Bakal Jadi Jutawan?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.