Datin Vivy Yusof, sepotong nama yang tidak perlu diperkenal lagi dalam industri fesyen tanah air. Cemerlang dalam bidang keusahawanan, figura ini antara wanita yang menjadi sumber inspirasi masyarakat di luar sana terutama golongan wanita.
Setiap manusia tidak akan lari dari membuat kesilapan. Pernah dikritik dan dilemparkan pelbagai tuduhan negatif dari warganet sebelum ini, pengasas FashionValet and dUCK Group ini juga dilihat sebagai seorang wanita yang berjiwa ‘kental’ dan tidak pernah sekalipun melenting kembali apabila berlaku perkara sebegitu rupa.
Ya, sudah pastinya sifat yang ada pada dirinya itu membuatkan Vivy juga antara seorang figura wanita yang cukup berpengaruh menerusi industri fesyen tempatan termasuk antarabangsa. Selain, mempunyai para peminat dan penyokong tersendiri sejak dia ‘di bawah’ sehingga ke hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Nawaitu, Senyum &…” Ini Rupanya ‘Rahsia’ Siti Nurhaliza Untuk Sentiasa Dimurahkan RezekiRemaja sempat menemu bual ibu kepada empat cahaya mata ini, dia berkongsi sambutan hari wanita adalah sebuah hari yang cukup teristimewa untuk mendedikasikan dan menghargai semua wanita yang ada dalam kehidupan setiap insan.
“Hari wanita ini special kerana inilah satu hari yang kita dedikasikan untuk mengenang dan menghargai semua wanita dalam hidup kita. Kita sebagai wanita memainkan banyak peranan, saya pun ialah ibu kepada empat orang anak. Jadi, saya tahu sebagai wanita kita bahagikan kepada banyak pieces.
“Kekuatan dalam diri; Saya rasa orang di luar sana sukakan saya kerana saya honest, saya lakukan kesalahan namun saya meminta maaf secara terbuka kepada mereka. Mungkin juga mereka mengikut sejak zaman Blogger lagi, maka saya rasa mereka mengenali dan menyayangi saya.
“Mereka menganggap saya sebagai rakan, dan saya pun begitu. Apabila saya dikritik atau tuduhan, mereka ada dengan saya. Jadi, saya susah untuk sedih lama-lama kerana saya mempunyai penyokong yang ada untuk saya,” tuturnya.
‘Jangan takut untuk lakukan kesilapan’
Beauty with brains, dalam pada itu, graduan undang-undang ini turut berkongsi tip untuk menceburi dalam bidang keusahawanan adalah usah terlalu berfikir (overthinking)
sehingga impian untuk memiliki sebuah perniagaan terkubur begitu sahaja.Justeru itu, pemilik nukilan The First Decade by Vivy Yusof ini menekankan kepada para usahawan baharu terutama wanita agar tidak takut untuk melakukan kesilapan kerana lumrah sebuah perniagaan ada naik dan turunnnya.
“Bagi saya, satu tip untuk menceburi bidang keusahawanan adalah jangan overthink kerana saya rasa ramai yang mempunyai bakat dan idea namun apabila kita sering fikir, fikir dan fikir maka ia terus tak jadi. Jadi, kita haruslah sentiasa optimis dan positif, jika orang lain beri kritikan, kita sebagai usahawan cari jalan bagaimana untuk memperbaiki.
“Menerusi buku saya pula, saya menceritakan turun naik sebagai seorang usahawan wanita. Saya harap juga sedikit sebanyak dapat memberi semangat terutama kepada usahawan muda.
“Para wanita atau remaja di luar sana yang kita jangan takut untuk lakukan kesilapan, menggapai impian kerana apa jua yang kita lakukan pasti ada naik dan turunnya. Okay sahaja, jangan takut. Failure don’t kill you,” ujarnya.
Mempunyai latar belakang pendidikan yang cukup hebat, ikon fesyen popular ini turut menitipkan pesanan buat generasi muda agar mengutamakan pelajaran terlebih dahulu berbanding ‘tergesa-gesa’ mengejar untuk menjadi seorang pempengaruh di media sosial.
“Selain itu, pendidikan juga adalah penting bukan kerana sesuatu subjek, tetapi pengalaman yang kita peroleh. Kita belum matang lagi, jadi kita perlu pengalaman hidup belajar itu sendiri.
“Menjadi seorang pelajar adalah sebuah pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Tidak perlu terburu-buru, saya rasakan anak muda sekarang ini terlalu memilih untuk menjadi pempengaruh , jadi kaya dan sebagainya. Chill, take your time and enjoy your youth,” katanya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Vivy Yusof