#GirlPower : Gigih Kerja, Pelajar Perempuan Bolot Gelaran ‘Queen Of Part Timer’

Share

 

Pada zaman sekarang, ramai remaja yang terus bekerja selepas menamatkan persekolahan. Kadangkala ia berlaku bukan sekadar faktor kewangan, namun kerana mereka ingin mencari pengalaman dalam hidup.

Ada yang berpendapat pelajar yang membuat kerja sambilan ketika belajar akan mudah terganggu konsentrasinya, selalu keletihan dan akhirnya ponteng kuliah.

Pendapat itu sama sekali tidak dipersetujui oleh Nurin Alina Abdul Halim, 22 yang membuktikan kerja sambilan tidak menganggu pembelajarannya.

Viral di laman media TikTok baru-baru ini apabila apabila Nurin memuat naik video menunjukkan dirinya memakai baju seragam dari enam syarikat berbeza.

Pelajar yang menetap di Kota Damansara itu tidak menyangka videonya akan tular kerana ia hanya dihasilkan disebabkan trend video bertukar-tukar baju di TikTok.

Semasa Nurin sedang mengemas bilik dan terjumpa semula kesemua baju seragam yang pernah dipakainya semasa bekerja, perasaan rindu kepada pekerjaannya datang dan dia pun merakam video tersebut

“Saya tak putus asa melakukan kerja sambilan kerana saya nak kaya dengan pengalaman. Bukan duit saya pentingkan tetapi saya hargai pengalaman.

“Pengalaman ini bukan sahaja mematangkan saya tetapi banyak mengubah saya dari segi cara berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan banyak lagi.”

Nurin yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam telah mula bekerja sambilan sejak 4 tahun yang lalu ketika berusia 18 tahun.

Setiap kali tiba cuti semester, dia tak terlepas daripada mencari kerja sambilan seperti di Jakel Kuala Terengganu, Texas Chicken dan Nandos di One Utama, McDonald’s Bandar Utama, Kyochon Setia City Mall dan Ikea Damansara.

“Kerja sambilan bukan bermaksud Sabtu dan Ahad sahaja. Selalunya saya bekerja dua tiga bulan terus masa cuti semester,” 

Jadi korang, tak kiralah apa saja ujian dan kesusahan hidup yang kita lalui sebagai pelajar, yang penting adalah kita perlukan matlamat dan tahu apa yang diinginkan dalam kehidupan.

Tahniah Nurin! #GirlPower

Published by
Nana