#GirlPower: Bukan Calang-Calang Pelakon! Sara Mack Lubis Juga Seorang Peguam, Hasrat Mahu Bantu Wanita Tertindas

Share

Nama bintang muda ini mungkin baru didengari dalam industri hiburan tanah air. Pemilik nama Sara Mack Lubis ini mula bergiat aktif dalam dunia seni menerusi karya-karya ‘indie’.

Berkelulusan dalam bidang guaman dan pada masa sama sebagai seorang anak seni, ia bukanlah suatu perkara yang rumit untuk seimbangkan antara kedua karier tersebut jika ia adalah sebuah ‘passion’.

ARTIKEL BERKAITAN: Anggun Dan Ayu Pelakon ‘Layangan Putus’ Ini, Berikut Fakta Menarik Tentang Putri Marino

Memandangkan juga sebagai seorang peguam dan pelakon adalah ‘passion‘ wanita ini. Dan, sama seperti orang lain, dia juga memiliki hasrat besar yang mahu dicapai bukan sekadar sebagai pelakon malah dalam karier profesionalnya itu.

Berkongsi kepada Remaja, selain bergiat aktif dalam dunia lakonan, dia turut mempunyai hasrat untuk mengembangkan karier profesionalnya itu agar dapat membantu masyarakat di luar sana.

Dalam perancangan untuk memiliki lesen syariah, Sara juga menitipkan harapan besarnya agar dapat membantu dan membela para wanita yang kurang bernasib baik terutama buat mereka yang sedang dalam pergolakan rumah tangga.

“Saya sebenarnya seorang peguam bela dan peguam cara. Bagi mengembangkan karier saya dalam bidang ini adalah saya ingin membantu orang ramai terutama golongan wanita yang tertindas.

“Jadi, untuk tahun ini saya merancang untuk mengambil lesen syariah bagi membolehkan saya membantu wanita-wanita di luar sana, terutama suri rumah, yang tiada punca pendapatan dan keluar daripada rumah tangga yang sedang broken down atau sebagainya,” ujarnya.

Bertanya mengenai kariernya selain berlakon, pelakon naskhah terbaharu Nenek Bongkok Tiga ini memaklumkan dia turut bergiat aktif dalam sebuah organisasi aktivis kemanusiaan iaitu HungerHurts Malaysia.

Selain itu, pelakon persis wajah pelakon sweet Qismina ini berkongsi dia juga amat meminati solekan dan lukisan, sejak dia bergelar mahasiswa lagi.

“Sebenarnya saya ada perkara lain yang saya lakukan, maksudnya semasa saya di law school, saya amat sukakan solekan. Selain itu, saya juga suka paint dan saya seorang painter. Selain itu, saya juga terlibat dalam sebuah organisasi iaitu HungerHurts Malaysia,” tambah Sara.

Minatnya terhadap lakonan sejak kecil lagi. Tidak hairanlah, lakonan bintang filem Kabus ini jarang sekali menghampakan pencinta karya tanah air. Katanya, selagi diperlukan dalam industri, dia akan lakukan yang terbaik semampunya dan tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi.

“Ya, sejak kecil lagi berlakon ini adalah passion saya. Jadi, disebabkan itu saya hargai sahaja peluang yang ada untuk saya mengembangkan lagi karier bidang lakonan saya Untuk masa akan datang pula, tetap akan berada di sini selagi saya diperlukan dalam industri ini.

“Tetapi seperti apa yang saya cakap, saya ingin berikan tumpuan juga kepada karier guaman. Bagi saya, sepanjang kehidupan saya ini adalah untuk memberi perkhidmatan buat masyarakat,” tuturnya panjang.

Perkembangan terkini, Sara membintangi siri terbaharu Viu arahan Datuk Abdul Halim, berjudul Nenek Bongkok Tiga. Naskhah tersebut turut dibintangi pelakon handalan lain seperti Hun Haqeem, Syafie Naswip, Fimie Don, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykal Iskandar, Sherie Merlis, dan Sara Ali.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Sara Mack Lubis 

Published by
Fath