Tidak semua orang memiliki zaman kanak-kanak yang membahagiakan. Bagi sesetengah anak kecil yang dilahirkan di negara bergolak, tersepit di celah-celah perang merupakan perkara malang.

Inilah yang terjadi kepada model terkenal berusia 22 tahun ini. Adut Akech dilahirkan di Sudan Selatan pada 25 Disember 1999 namaun disebabkan perang saudara yang berlaku,dia kemudian menghabiskan masa kecilnya di kem pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kakuma, Kenya sehingga umur tujuh tahun. Selepas itu keluarganya ditempatkan di Adelaide dan dia menjadi warganegara sah Australia.

#GirlPower: Dari Kehidupan Di Kem Pelarian, Kini Adut Akech Wajah Global Jenama Kecantikan Antarabangsa
Ketika diangkat sebagai ‘Model of The Year’ 2019. Sumber gambar: Instagram Adut Akech

Mula di dekati oleh agensi peragaan ketika berusia 13 dan 14 tahun namun begitu dia hanya memulakan langkah sebagai peragawati ketika berusia 16 tahun dan bernaung di bawah agensi terkenal di Australia, Chadwicks Models. Kerjayanya mula memecut laju saat dia direkrut oleh jenama Saint Laurent sebagai model eksklusif mereka untuk musim bunga/panas 2017.

Ads

Sejak itu wanita kelahiran Sudan Selatan ini tidak menoleh kebelakang lagi dan menakluk dunia peragaan dengan keunikan yang dimilikinya. Dia tersenarai antara 50 model terbaik di dunia oleh models.com dan dinobatkan sebagai ‘Model of The Year’  tahun 2019 oleh British Fashion Council.

WAJAH ESTEE LAUDER

Ads
#GirlPower: Dari Kehidupan Di Kem Pelarian, Kini Adut Akech Wajah Global Jenama Kecantikan Antarabangsa
Kempen bersama Estee Lauder. Sumber gambar: Instagram Adut Akech

Khabar terbaru, dia telah dilamar oleh jenama kecantikan terkenal, Estee Lauder sebagai duta global. Oleh itu dia akan tampil dalam iklan dalaman butik, kempen digital, media cetak dan televisyen bagi rangkaian penjagaan kulit serta solekan.

Ads

Menyifatkan pemilihannya sebagai satu impian yang menjadi kenyataan, Adut berkata dalam satu penyataan, “Estee Lauder memiliki sejarah yang hebat dan cerita Puan Estee Lauder terus menajdi inspirasi wanita seluruh dunia. Sepertinya, saya berharap dapat memeberikan inspirasi kepada wanita yang berada di setiap ceruk dunia supaya tidak mengalah dan terus ikut impian yang ingin dicapai.”

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI