Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, kaum lelaki tidak ketinggalan untuk meraikan kerana mereka menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh individu yang bernama wanita.
Ibu adalah wanita yang melahirkan kita di dunia ini dan kerana itu, jasa mereka amat besar kepada kita semua. Tidak kiralah ibu, kakak atau adik, semua wanita perlu dilayani dan dihormati sama rata.
Bagi finalis Hero Remaja 2020, Jabir Meftah antara individu yang boleh dikatakan sebagai ‘anak emak’. Sering kali kita melihat Jabir berkongsi video bersama ibunya di laman Instagram, keserasian dan kemesraan dua beranak ini jelas terpancar di wajah mereka.
Sebagai lelaki, perkara pertama yang harus dilakukan oleh mereka adalah dengan menghormati kaum wanita. Tidak kira sama ada keluarga mahu pun rakan-rakan, setiap wanita perlu dihormati demi menjaga maruah dan martabat mereka.
“Bagi Jabir, benda yang paling senang untuk menghormati wanita adalah dengan melihat bagaimana ibu kita bersusah-payah membesarkan kita, bekerja dan menjaga kita. Cara paling senang untuk menghormati wanita adalah kita layan mereka sebagaimana kita melayan ibu kita sendiri. Kalau kita layan ibu kita dengan rasa hormat, itu sudah mencukupi untuk kita berbuat baik dengan wanita lain,”
“Wanita adalah pemimpin atau pembangun masa hadapan, merekalah yang akan mengandungkan dan membesarkan generasi masa hadapan. Jadi, bagaimana kita menghormati menghormati mak ayah kita, begitu jugalah yang sepatutnya kita lakukan terhadap wanita lain,” jelas Jabir.
“Jabir dibesarkan oleh ibu dan ayah untuk menjadi seorang yang sangat hormat kepada wanita. Sehinggakan bila nampak perempuan, Jabir rasa macam tak boleh nak bercakap dengan mereka. Nak pandang pun malu, apatah lagi nak bertegur,”
“So, bayangkan kalau ada crush, 7 tahun simpan sorang-sorang (hehe). Wanita ni sangat berharga seperti permata. Jabir rasa mereka sangat tinggi nilainya dan kerana itu Jabir dulu memang takut nak bercakap dengan wanita. Tapi slowly, lama-lama Jabir belajar cara-cara untuk berkomunikasi dengan baik,” katanya lagi.
“Selain itu juga, kita perlu mencontohi cara Rasulullah SAW menghormati seorang wanita. Beliau bersabda, jika engkau membenci seorang wanita sebab satu perangainya, kena ingat ada banyak lagi perangai dia yang boleh buat kita sayang kepadanya. Jadi, kita fokus pada perkara yang baik tentang wanita itu,”
“Dikesempatan ini Jabir nak mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada semua wanita-wanita di luar sana. Stay strong, always be progressive, jangan kebelakang, jangan pandang laki-laki dan perempuan yang suka menjatuhkan kita. Focus on yourself, maju kehadapan dan be the best version of yourself,” ujar Jabir.