Saban tahun, para wanita diseluruh dunia pastinya akan mengintai ruang dan peluang bagi mereka melebarkan sayap dan ‘terbang’ ke peringkat yang lebih tinggi.
Jika sebelum ini, wanita cantik menempah kejayaan di lapangan yang lasak dan diberi tanggungjawab mengemudi pemanduan tinggi di awangan!
ARTIKEL BERKAITAN :Cantik, Bijak Dan Berani. Pakej Lengkap Milik Juruterbang Wanita MAS, Khaysha Faizal
Terkini, wanita sekali lagi ‘master’ dalam salah satu dunia yang dimanopoli kaum lelaki iaitu bidang automotif.
Ini kisah mengenai seorang wanita kelahiran Australia yang dikenali sebagai Alex Hirschi. Hirschi sebelum itu telah mencuba pelbagai pekerjaan, namun semuanya tidak memuaskan. Pun begitu, empunya diri yang mendapat gelaran Supercar Blondie enggan berputus asa.
Minat Terhadap Kereta
Minatnya terhadap kereta membuatkan beliau menyewa sebuah Bugatti dan memuat naik ulasan berkenaan kereta tersebut menerusi laman sosial. Siapa sangka, video tersebut meraih perhatian ramai. Rata-ratanya melahirkan rasa kagum dan memuji kreativitinya.
Hari ini Hirschi menjadi satu-satunya wanita yang dicari oleh pengeluar kereta mewah seperti Bugatti dan Ferarri bagi mempromosikan model terbaharu syarikat mereka.
Kritikan Kerana Seorang Wanita
Ketika mengisahkan bagaimana permulaan beliau berjinak-jinak dalam bidang automotif, wanita berkenaan berkata, pada mulanya beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri.
Beliau juga tidak lari daripada kritikan dan statusnya sebagai seorang wanita membuatkan banyak syarikat kereta menolak cadangan bekerjasama dengannya.
Pun demikian, isteri kepada jurufoto dan mantan pegawai bank itu terus mengorak langkah. Beliau antara lain menghasilkan satu video seminggu dan ia dilakukan selama 52 minggu berturut-turut.
Hasil usahanya, Hirschi yang pernah bekerja sebagai penyampai radio dan pengacara untuk Dubai Eye 103.8 mempunyai 6.5 juta pelanggan YouTube manakala pengikut Facebooknya mencecah 39 juta.
Menurut beberapa media antarabangsa, beliau merupakan salah seorang pengulas kereta wanita paling popular di dunia dan telah memandu lebih 500 supercar.
Dalam pada itu, menurut South China Morning Post, berdasarkan tinjauan pada tahun 2020, laman web perbandingan perkhidmatan kewangan British GoCompare, Hirschi dianggarkan mampu memperoleh AS$1.4 juta setahun daripada siaran media sosial yang mendapat tajaan.
Sehingga tahun 2021, nilai bersih Supercar Blondie miliknya dianggarkan berjumlah AS$17 juta. Tahun lalu, Hirschi memberitahu majalah GQ Britain bahawa dirinya amat menyukai kereta elektrik.
Semangat yang ditunjukkan wanita ini perlu dijadikan contoh. Pedulikan kata-kata orang lain dan terus maju ke hadapan. Hebatkan!
BACA : Pecah Rekod, Remaja 17 Tahun Jadi Juruterbang Termuda Terbang Solo Keliling Dunia
Sumber SCMP & Alhushairi Samsudin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.