Aktiviti bertukang sinonim sebagai pekerjaan yang dilakukan oleh kaum lelaki sama ada sebagai sumber mencari rezeki ataupun sekadar hobi.
Tidak pelik jika kita melihat lelaki melakukan kerja-kerja bertukang kerana lazimnya masyarakat kita menganggapnya suatu pekerjaan biasa bagi kaum Adam.
Namun, bukan hanya lelaki sahaja yang mampu melakukan kerja-kerja bertukang ini tau. Gadis bernama Auni Hazwani membuktikan bahawa dia juga mampu melakukannya. Buktinya, gadis yang berasal dari Kuantan ini telah mengubah suai sendiri dapur kediaman ibunya.
“Sebelum ini ayah pernah renovate bahagian dapur rumah kami. Tapi pada masa itu ia dilakukan dengan agak berterabur dan catnya pula bercampur-campur warna. Saya tidak selesa melihat keadaan itu dan memberi idea kepada mak untuk mengubah suai semula dapur tersebut.”
Ads
Dapur asal
“Mak saya seorang peniaga dan dia sering menggunakan dapur untuk membuat kuih. Dia juga suka menyimpan barang-barang lama. Oleh kerana itu saya berhajat mengubah suai dapur baru untuk mak supaya dia lebih selesa bekerja di situ.
“Setelah mak bersetuju, dengan bantuan ayah juga, kami berjaya renovate dapur dengan kos hanya RM1,500. Jika mengambil upah orang luar, harganya mungkin cecah hingga belasan ribu. Jadi, bila buat sendiri ia dapat menjimatkan wang dan lebih puas hati,” jelas Auni.
Ditanya bagaimana dia boleh melakukan kerja-kerja bertukang ini, Auni berkata dia memang mempunyai minat dengan kerja seni dan hanya belajar sendiri.
Ads
“Saya tidak melanjutkan pelajaran dalam bidang pertukangan pun, sebaliknya saya mengambil jurusan dakwah semasa di universiti. Tetapi, disebabkan minat mendalam kepada bidang seni, saya mengambil inisiatif belajar sendiri. Pada mulanya hanya minat kepada bidang lukisan, lama-kelamaan minat itu menjurus kepada buat kerja-kerja kayu pula.
“Sekarang ni pun, saya mengambil upah membuat almari, perabot dan kerusi meja pada waktu siang. Pada sebelah petang pula, saya pergi mengajar kelas Fardhu Ain,” katanya lagi.
Auni turut berkongsi cerita bagaimana dirimahir melakukan kerja-kerja kayu. Semuanya atas inisiatif sendiri ketika dia bertemu dengan penjual kayu dan sempat menimba ilmu daripadanya. Selain itu juga, dia banyak mencari rujukan dengan menonton video tutorial di YouTube.
Ads
Lihat sahaja bagaimana hasilnya. Memang menakjubkan!
Kerja ubah suai di bawah ini dilakukan Auni dalam tempoh masa lebih kurang dua bulan sahaja.
Apa-apa pun kami ucapkan tahniah kepada Auni Hazwani kerana telah berjaya membuktikan bahawa kaum wanita juga mampu melakukan kerja-kerja bertukang yang lazimnya dipelopori oleh kaum lelaki.
https://www.youtube.com/watch?v=jutgN4EnqF0
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah syarikat perniagaan juga mengalami kerugian besar kerana terpaksa menutup premis sepanjang arahan PKP dilaksanakan.
Kalau korang perasan, pawagam di seluruh Lembah Klang antara yang terkesan teruk kerana premis mereka sudah tidak lagi beroperasi sejak Oktober tahun lalu. Bayangkan bagaimana nasib pekerja mereka? Bagaimana pula majikan mahu membayar gaji pekerja sedangkan perniagaan tidak dibenarkan beroperasi?
Ekoran daripada situasi ini, pihak TGV Cinemas telah mengambil inisiatif menjual popcorn diluar premis mereka. Ini bagi membantu membayar gaji pekerja dan melepaskan rindu buat pelanggan yang sudah lama tidak menikmati keenakan popcorn yang dijual di pawagam.
Kalau ada yang dah rindu nak makan popcorn tu, bolehlah terus ke cawangan-cawangan tersebut ya. Korang juga boleh membuat pesanan secara online melalui Grab Food dan FoodPanda tau. Ia secara tidak langsung dapat juga kita membantu mereka memberi sedikit pendapatan.
Bukan calang-calang orang yang dijemput untuk memasuki rumah yang beralamat no.10, Downing Street. Alamat ini sangat popular dan banyak digambarkan dalam filem mahupun drama. Dalam budaya sinema dan skrin, ia paling popular menerusi siri The Crown yang mana 10 Downing Street digambarkan memiliki hubungan erat dengan Queen Elizabeth II.
Merupakan kediaman dan pejabat rasmi Perdana Meteri United Kingdom, 10 Downing Street yang terletak di Jalan Downing dalam Bandar Westminster berusia lebih 300 tahun dan memiliki 100 bilik.
Dr Amalina Che Bakri telah diundang ke sini untuk memberi kesedaran dan menjawab persoalan secara atas talian mengenai Covid-19. Kehadirannya ke sana telah diciap oleh twitter rasmi Organisasi Kerajaan United Kingdom @10downingstreet.
Sedia menjawab soalan di 10 Downing Street.
Dalam tinjauan Remaja ke Instagram Dr. Amalina, wanita anggun yang baru bergelar isteri Mac lalu ini berkata, “Ketika meningkat dewasa, saya banyak melihat 10 Downing Street @ 10downingstreet di berita dan filem-filem (Love Actually adalah kegemaran saya!). Semestinya saya tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan pintu ikonik ini.
“Semalam, saya telah diberi kesempatan dalam satu jemputan istimewa untuk melakukan sesi soal jawab mengenai vaksin Covid-19. Terima kasih kepada pasukan No.10, anda sangat hebat! Terima kasih atas semua pertanyaan anda. Saya akan segera kembali ke sana lagi untuk sesi lain di Instagram mereka!”
Bersama suami tercinta pada Hari Raya yang lalu.
Bangga melihat kejayaan anak Malaysia seperti Dr. Amalina. Dia yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya menjadi lambang kegigihan dan juga ikon kepada anak muda negara ini. Dalam perkembangan lain, baru-baru ini dia disenarai pendek untuk menerima anugerah Women of Future South East Asia 2021
Pelakon meningkat naik ini semakin menjadi bualan ramai apabila kini figuranya banyak tampil dalam naskhah tempatan.
Memiliki paras rupa yang cantik lagi ayu, pemilik nama Qasrina Karim ini sering disamakan dengan pelakon dan usahawan popular, Mira Filzah dek kerana dikatakan mempunyai paras rupa yang sama.
Bertanya mengenai caranya kekal yakin sebagai seorang anak seni, Qasrina yang lebih disapa Qas memberitahu dirinya lebih yakin apabila menggayakan pakaian yang tampak cantik pada pandangannya.
Selain itu, bintang berusia 27 tahun ini juga berkongsi kini lebih suka mengenakan penampilan yang ringkas dan minimalis.
“Bagi Qas sendiri, untuk penampilan apabila saya memakai baju yang cantik, saya rasa lebih yakin.
“Sebelum ini, saya lebih suka menggayakan pakaian yang berwarna-warni, pastel dan bercorak.
“Tetapi kini, gaya Qas lebih simple dan juga minimalis,” katanya kepada Remaja.
Pelakon naskhah popular Imam Instant Ustazah Scammer itu berkongsi perkara demikian ditemu ramah di pertunjukan fesyen koleksi baharu Zaimi Zulkafli untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2023), yang berlangsung baru-baru ini.
“Untuk koleksi terbaharu Zaimi Zulkafli yang bertemakan ‘Perjalanan. Ya, perjalanan seorang pereka, inspirasinya sepanjang dalam bidang ini,” tuturnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...