Nama seorang anak muda Malaysia baru-baru ini mendapat sambutan di media sosial kerana kelebihan istimewanya yang tidak terjangkau dek akal!
ARTIKEL BERKAITAN: #GIRLPOWER: ‘The Singing Pilot’ Ini Curi Perhatian Apabila Muncul Di Uji Bakat Hero Dewi Remaja 2023
Pada 19 Mei, Punithamalar Rajashekar berjaya meraih Rekod Dunia Guinness untuk masa terpantas menyusun kepingan di atas papan catur sambil ditutup matanya.
Menyusun 32 buah catur sambil menutup mata mungkin kelihatan mustahil, lebih-lebih lagi dengan rekod dunia 1.02 minit sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki dari India.
Tetapi pemain berusia 10 tahun ini berjaya melakukannya dalam masa 45.72 saat sahaja! Wowzerz sangat…
Anda mungkin menganggap pencapaiannya adalah hasil latihan intensif selama berbulan-bulan, membiasakan dirinya dengan aturan buah catur dan mengaturnya melalui sentuhan.
Namun pencapaian hebat ini dicapai disebabkan anugerah luar biasa yang didakwa dimilikinya iaitu keupayaan untuk “melihat” apa yang ada di hadapannya, walaupun dengan mata tertutup!
“Ia tidak sukar kerana saya merasakan ia sama seperti menyelesaikan tugas tanpa penutup mata. Sama seperti bagaimana semua orang melihat dengan mata terbuka, saya dapat melihat perkara yang sama walaupun dengan mata tertutup,” jelas gadis muda ini.
Sekadar info, pencapaian gadis itu bukan perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini dia juga telah mendapat gelaran naib juara dalam “Kids Got Talent” Malaysia tahun ini, melayakkannya untuk mengikuti uji bakat untuk musim terbaru “America’s Got Talent”.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: FMT