Berita

#GirlPower Isteri Fizo Omar Kini Bergelar Pensyarah TESL. Tahniah!

Share

Isteri kepada pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar, Fazeera Nazri berkongsi berita gembira apabila dirinya dilantik sebagai pensyarah dalam bidang TESL di sebuah universiti swasta.

Berita gembira tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Ulas Isu SPM Tak Penting -“Pendidikan Bentuk Kita Jadi Individu Yang Lebih Baik”

Ujarnya, dia bersyukur kerana segala ujian dan rintangan yang dilalui olehnya sepanjang tempoh pengajiannya sebelum ini, telah membuahkan hasil.

“Alhamdulillah juga sekarang Faz dah menjadi seorang pensyarah TESL di universiti swasta dan InshaaAllah tahun depan Faz akan mulakan pengajian di peringkat Masters Degree.

“Kalau lah Faz tahu 4 tahun lepas yang semua apa yang Faz ada sekarang ni bakal terjadi, Faz akan syukur dan hadapinya dengan tenang,” katanya.

Dalam hantaran sama, Fazeera turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya menamatkan pengajian peringkat ijazah dengan cemerlang.

Menurut Faz, pada awalnya dia tidak pernah terfikir untuk sambung belajar di peringkat ijazah memandangkan dia sudah mempunyai kerjaya pada waktu itu.

“Tak pernah terfikir untuk sambung belajar sebab Faz lalai, alpa, dengan gaji 5 angka, breakfast di London, lunch di Paris, apartment mewah disediakan oleh syarikat.  

“Mana tak lupa nya, nak shopping groceries pun di Australia. Terus tak ingat nak sambung belajar, sampailah sesuatu terjadi pada Faz pada tarikh 20 Julai 2020” tulisnya.

Di akhir coretannya, dia yang lebih disapa Faz sempat mengucapkan penghargaan buat seluruh ahli keluarganya termasuk suami tercinta kerana sentiasa memberi sokongan.

“Allah tarik apa yang Faz ada dulu dan digantikan dengan yang lebih baik. Alhamdulillah juga, dengan support dari family, @fizoomar dan ibu mertua Faz, keluarga Faz, Faz dapat anugerah dekan untuk my bachelors,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: IG Fazeera Nazri
Published by
Fath