#GirlPower! Koi Sie Yan Buktikan Gimnas Negara Bukan Je Cantik Tapi Antara Terhebat Di Dunia

Share

 

Tahniah kami ucapkan kepada gimnas remaja, Koi Sie Yan dan rakan sepasukan, Amy Kwan yang telah menghadiahkan satu emas, tiga perak dan satu gangsa di Kejohanan Antarabangsa Marine Gracew.

 

Meskipun masing-masing baru berusia 19 tahun dan 23 tahun, mereka berdua telah menunjukkan prestasi konsisten sejak Sukan SEA Kuala Lumpur  2017 dan Sukan Komanwel awal tahun ini.

 

Instagram

 

Kejayaan menggondol pingat di Bulgaria minggu ini adalah persiapan terakhir terbaik untuk gimnas negara sebelum menghadapi Sukan Asia Jakarta-Palembang dari 18 Ogos hingga 2 September ini.

Sie Yan umpamanya telah menghiasi kolum Girl Power untuk Majalah REMAJA isu Julai – September 2018 kali ini. Ada sebab mengapa dia diangkat sebagai antara personaliti remaja perempuan yang mempunyai kekuatan luar biasa untuk mencapai cita-cita mereka.

Pergerakan Sie Yan yang lincah ketika di arena gimnastik berirama membuatkannya antara atlet negara yang semakin lama semakin menyerlah.

“Sejak kecil lagi, saya perlu belajar untuk mengimbangi gaya elegan dan skil tangkas bagi setiap persembahan saya. Bukan mudah ya, ia memakan masa bertahun-tahun untuk saya buatkan semua aksi saya kelihatan ‘mudah’ dan effortless.”

Bagi Sie Yan, tiada apparatus yang menjadi kegemaran tungga untuknya. Walaupun dulu dia sukakan apparatus clubs kerana mudah mahir, namun apabila sudah perlu bertanding untuk 5 jenis apparatus iaitu tali, bola, riben, hoop dan clubs, Sie Yan perlu menyukai kesemuanya sekali.

 

Sie Yan dan Amy Kwan (di belakang) mewakili Malaysia di Bulgaria.

 

“Saya tahun Sukan Asia tidak mudah. Ramai gimnas bertaraf dunia terutamanya dari China yang akan bertanding. Pingat yang kami raih daripada kejohanan di Bulgaria ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk sentiasa berfikir kami boleh!” katanya lagi.

Penulis sempat bertanya apakah rutin Sie Yan setiap kali dia pergi bertanding di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

“Tentulah peluang untuk bertukar button batch dan pin Malaysia dengan atlet negara lain. Saya rasakan sudah menjadi tradition untuk saya kumpulkan sebanyak mungkin pin cantik daripada negara lain. Semasa di (Sukan Komanwel) Gold Coast, sempat jugalah saya dapatkan pin daripada atlet Kanada, India, Afrika Selatan, Australia dan lain-lain.”

 

Foto: Akmar Azimi Stylist: FZ

 

Seperti yang Sie Yan katakan tadi, bukan mudah untuk menjadi atlet gimnastik berirama. Bukan sekadar kena nampak cantik je tau! Kualiti dan skil itu lebih penting bagi mencuri perhatian juri.

“Rutin latihan saya boleh dikatakan padat. Saya mulakan dengan 1 jam ryhthmic ballet, stretching setengah jam, rutin tanpa apparatus setengah jam, dan barulah kami mulakan latihan penuh.

“Jika dapat parut atau kesan kecederaan itu biasalah. Memang tak best tetapi ia akan mengingatkan saya semula kepada kesusahan dan pengorbanan kami sebagai atlet serta coach yang selalu tak berputus asa.

 

Instagram

 

Apapun kami ucapkan ALL THE BEST kepada skuad gimnas negara untuk persediaan Sukan Asia kurang sebulan dari sekarang. Artikel lanjut bersama Koi Sie Yan boleh dibaca dalam Majalah Remaja isu Julai – September 2018, kini di pasaran.

 

#GirlPower

Published by
FZ