Personaliti media sosial dan juga seorang doktor, Dr. Malar Santhi Santherasegapan menzahirkan rasa terharu apabila menerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.
Wanita berusia 40 tahun itu tidak menyangka usahanya berkongsi ilmu dalam bidang perubatan di media sosial selain tugasan hakikinya sebagai doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor telah dihargai dan diberi pengiktirafan.
“Anugerah ini diberi kepada saya kerana khidmat doktor yang diberikan bukan sahaja di dalam tempat kerja sahaja, tetapi juga memikul tanggungjawab dan etika doktor di luar waktu kerja, dengan menjalankan tugas doktor di mana jua, pada setiap waktu.
“Dalam erti kata lain, sambil bekerja sepenuh masa ketika pandemik Covid-19 berlaku, saya juga meluangkan masa lapang untuk reach out kepada orang ramai sebagai doktor di media sosial, yang mana sekaligus memenuhi kriteria Anugerah Pekerja Contoh. Di dalam dan di luar waktu kerja katanya…
“Saya masih tidak tahu adakah ini jawapan tepat… Saya masih tertanya tanya. Layakkah aku? Sesuai ke aku? Dan. Saya masih kelu..,” coretnya.
Ads
Berita gembira tersebut dikongsikan Dr. Malar menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.
Menitipkan rasa kesyukuran, Dr. Malar atau lebih dikenali Celoteh Dr. Malar itu turut menyifatkan anugerah yang diraih sebagai pemangkin semangat untuk terus berkongsi tip kesihatan berguna kepada rakyat di negara ini.
“Demi #followerscelotehdrmalar dan mewakili semua frontliners di Malaysia, saya terima anugerah ini dengan penuh kesyukuran.
Ads
“Saya sedar dengan ini, tanggungjawab atas bahu ni makin berat. Namun, saya janji saya akan buat yang terbaik,lebih baik, selagi mampu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, wanita itu turut mengambil peluang untuk berterima kasih kepada suami tercinta serta orang-orang tersayang yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya serta tanggungjawab sosial yang dilakukan selama ini.
Ads
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan pempengaruh yang lain turut tidak terlepas untuk menzahirkan ucapan tahniah buat wanita tersebut.
Untuk pengetahuan, celoteh Dr. Malar mendapat sambutan di semua platform media sosial terutama di Facebook dan TikTok serta dikenali ramai di sejak Mac 2020 selepas beliau aktif berkongsi tips mengenai COVID-19 dan vaksin.
Lebih menarik, perkongsian itu disampaikan dalam bahasa Melayu sekali gus menarik perhatian semua golongan masyarakat di negara ini selain disampaikan dengan cara yang lebih mudah difahami.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semagaimana kita tahu, kebanyakan kawasan di Lembah Klang mengalami masalah air selama empat hari bermula hari ini. Hal ini disebabkan oleh pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).
Memandangkan sudah menjadi keperluan buat setiap keluarga untuk memiliki bekalan air yang ditapis dan bersih melalui penyediaan mesin penapis air di rumah.
Baru-baru ini, terdapat sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemanas air yang dibiarkan berfungsi tanpa bekalan air akan menyebabkan overheating dan boleh mengakibatkan kebakaran.
Jadi, jangan lupa tutup suis bagi mesin penapis air dirumah jika kawasan korang turut mengalami gangguan air. Yelah malang tak berbau kan.
Setelah pengumuman mengenai pengenaan semula caj RM1 oleh bank-bank bagi transaksi mesin ATM yang melibatkan pelanggan bank berlainan akan dikuatkuasakan bermula 1 Februari 2022 di seluruh negara; seperti dijangka, bantahan pantas didengari oleh rakyat tempatan.
Tinjauan REMAJA di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata warganet tidak bersetuju dengan keputusan yang disifatkan sebagai tidak sensitif terhadap keadaan semasa.
Dengan kenaikan harga barangan runcit terutamanya sayur-sayuran yang tular sejak bulan lalu, pengangguran rakyat yang masih tiada jalan penyelesaian dek musim pandemik yang melanda sejak tahun lalu dan beberapa faktor lain yang mengekang kondisi kewangan yang selesa untuk rakyat; tidak hairanlah mereka berang dengan keputusan tersebut.
Bagi mereka, usah dipandang kecilnya nilai RM1 itu untuk sesetengah kelompok tapi seharusnya, pandanglah dari sudut kutipan bank pada setiap bulan hanya menerusi pengenalan semula caj RM1 ini.
Mengikut penilaian pemerhati, pihak bank dengan mudah mampu mengumpul lebih dari RM10 juta pada setiap bulan hanya menerusi caj mesin ATM ini dan jumlah tersebut bukanlah sedikit. Ia mampu untuk meengubah ekonomi bagi kelompok rakyat yang setiap hari perlu memerah tenaga bagi mengisi perut seisi keluarga.
Tambahan pula, tidak semua mesin ATM daripada bank pelanggan itu ada di semua lokasi. Suka atau tidak, sekiranya kita kekurangan wang tunai dalam tangan, terpaksa jugalah kita berurusan dengan mesin ATM paling hampir dengan kita dan membayar caj RM1.
Untuk pengetahuan korang, caj sistem MEPS sebelum ini telah dikecualikan oleh kerajaan pada 6 April 2020. Langkah tersebut agar rakyat tidak terbeban semasa pengeluaran wang tunai di mesin ATM berbeza semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.
Namun jika mereka merasakan sudah tiba masanya untuk caj RM1 dikembalikan semula hanya kerana PKP sudah tidak dilaksanakan, tidakkah mereka merasakan bahawa rakyat masih terbeban dengan tempias kesan daripada musim pandemik yang masih dapat dirasai. Lagipun, kebanyakan bank di Malaysia telah melaporkan keuntungan pun semasa suku ketiga 2021 berakhir pada 30 September lalu.
Sebagai contoh mengikut laporan Sinar Harian, Public Bank untung bersih RM4.28 bilion diikuti oleh Maybank (RM1.68 bilion), RHB Bank (RM635 bilion) dan Bank Islam (RM101 juta). Hhm, tak kan tak cukup lagi kan.
Diharap kerajaan dapatlah meneliti situasi semasa yang perlu dihadapi oleh rakyat sekarang dan fikirkan solusi terbaik untuk meringankan beban kami semua.
*
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak cukup tidur ni merupakan perkara yang biasa terutama sekali buat kita yang masih muda. Kadangkala ada diantara kita yang terpaksa berjaga malam hanya kerana ada beberapa tugasan yang masih tidak sempat kita siapkan, ianya biasa terjadi terutama sekali kepada golongan students lah kan..
Kita selalu dengar, yang orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Korang tahu tak sebenarnya kalau korang tidur kurang daripada 7 jam sehari, badan korang akan mula memberi tindakbalas?
Kekurangan tidur bakal memberikan efek kepada 3 sistem dalam tubuh badan manusia, antaranya adalah sistem imun, sistem penghadaman dan juga sistem respiratori.
Apabila seseorang itu tidur, sistem imun kita akan menghasilkan antibodi yang akan melawan infeksi luar dan juga Cytokines. Ianya menggunakan bahan ini didalam tubuh badan kita untuk melawan virus dan juga bakteria.
Kekurangan tidur bakal melemahkan sistem imun badan kita dan akan menyebabkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk terkena jangkitan penyakit terutama sekali virus dan bakteria. Badan kita mungkin tidak akan berdaya untuk melawan ‘penceroboh’ ini yang telah memasuki badan kita.
Kesan seterusnya ialah terhadap sistem respiratori manusia, kalau korang pernah tahu tentang satu penyakit ini yang dipanggil ‘Sleep Apnea’, ianya merupakan salah satu penyakit yang boleh menggangu waktu tidur korang jika korang menghidapinya.
Ini akan menyebabkan korang untuk kerap terjaga pada waktu malam, dan mungkin akan menyebabkan korang lebih terdedah kepada infeksi respiratori seperti selsema. Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan korang untuk terkena penyakit paru yang kronik!
Akhir sekali, sistem penghadaman korang juga boleh terganggu jika korang kekurangan tidur. Kalau korang nak tahu sebenarnya kekurangan tidur juga adalah faktor penyumbang kepada penyakit obesiti! Tetapi ianya hanya jika korang makan berlebihan dan kurang aktiviti senaman lah.
Tetapi jika difikir secara logik, sememangnya jika tubuh badan kita penat dan tak cukup rehat, badan kita akan berasa lesu dan kita pun tidak mahu untuk bergerak terlalu banyak kerana badan kita berasa penat.
Selain itu, kekurangan tidur juga boleh mengurangkan kadar insulin yang dirembes oleh tubuh badan kita. Insulin ini membantu untuk mengekalkan paras gula dalam darah kita.
Jadi, bagi korang yang suka sangat stay up sampai tengah malam tu, kena lebih berhati-hati lah okay selepas ni? Cuba untuk cukupkan waktu tidur korang, dan jagalah kesihatan diri.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...