Di Milan dan Paris saja, Neelofa tak berkesempatan untuk berehat setelah dia terlibat untuk menghadiri beberapa pertunjukan utama di dua buah kota fesyen itu.
Ini termasuklah pertunjukan fesyen Prada, Max Mara, Fendi, Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Dior dan jenama sepatu terkenal Giuseppe Zanotti.
Terbaru, Neelofa terpilih untuk sesi Instagram Takeover bersama majalah fesyen terkenal dunia, Vogue Italia.
Menerusi Instagram Story majalah tersebut, Neelofa dipaparkan dalam beberapa video ketika sedang bersiap sedia sebelum menghadiri pertunjukan fesyen Miu Miu di Paris pada malam ini.
Untuk pengetahuan, Miu Miu ialah jenama yang mempunyai talian kepada Prada. Cuma identiti dan stail kedua-dua jenama mewah ini yang membezakannya.
Menurut Miuccia Prada sendiri, proses rekaan di Miu Miu adalah berbeza dengan Prada. Miu Miu tidak sekompleks Prada dan ia adalah lebih ‘remaja’ dan spontan.
Apapun, REMAJA cukup berbangga melihat kelibat Dewi Remaja 2009/2010 itu di minggu fesyen antarabangsa sepanjang tempoh sebulan ini.
Bukan mudah untuk sampai ke tahap Neelofa yang diletakkan sebaris dengan sosialit dan fesyenista antarabangsa.
Tetapi kerana itulah hanya akan ada seorang Neelofa saja. Dia telah membuktikan semangat #GirlPower itu bukanlah omong-omong kosong. Jika minat dan usaha ada, tiada apa yang mustahil.
P.S: Tak sabar nak tengok gaya Neelofa di Miu Miu nanti.
*