Bintang muda sukan berbasikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang dilangsungkan di New Delhi, India.
Dalam pertandingan itu, Nurul Izzati yang kini berusia 20 tahun bejaya mengetepikan saingan daripada Tong Mengqi yang berasal dari China yang menduduki kedudukan kedua sekaligus merangkul pingat perak
Manakala, seorang lagi atlet Malaysia, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan di podium dengan meraih pingat gangsa.
Kejayaan yang ditempa Nurul Izzah menjadi titik pembakar semangat kepada pasukan berbasikan wanita negara untuk mara lebih maju. Kali terakhir atlet Malaysia berjaya memperoleh emas dalam acara ini adalah menerusi Fatehah Mustapa pada tahun 2012.
Sebelum ini, pada Rabu lalu Nurul Izzah terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan dan kemudiannya pada Jumaat dia meraih pingat gangsa dalam acara pecut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.