Bukan calang-calang orang boleh tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma Xi yang merupakan sebuah pertubuhan profesional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai disiplin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Namun bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa, Ainil Asyikin binti Norazman membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai selagi usaha dan kerja keras mengiringi. Menerusi maklumat yang tertulis di laman Linkedin miliknya, Ainil cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 9A+.
Meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik. Dia merupakan graduan Princeton University, New Jersey yang berstatus sebagai sebuah universiti bertaraf ivy league, telah menerima anugerah The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research bagi kajiannya yang bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.
Seiring dengan penganugerahan ini, Ainil yang merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal & Aeroangkasa telah menerima wang tunai bernilai USD$2’000.00 dan turut tercalon untuk berada dalam pertubuhan Sigma Xi.
Ads
Dalam satu siaran yang dimuat naik oleh laman Facebook MARA USA, terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).
Menurut kenyataan itu lagi, “Kecemerlangan Ainil tidak bermula di sini, malah beliau merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan bagi sesi 2014 dan penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan beliau membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.”
Dalam tinjauan REMAJA ke laman Facebook Ainil, salah satu hantaran terpampang di situ yang menarik perhatian adalah status yang dimuat naik oleh ibunya.
Ads
“Satu misi yang berjaya. Kemasukan ke university bertaraf Ivy League, empat tahun susah dan senang menjadi seorang Princetonian. Gembira dan tahniah diucapkan kepada Ainil Azman, class of 2022. Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal & Aero Angkasa.
“Kamu membanggakan kami. Terima kasih kepada MARA dan Princeton yang secara langsung menjadikan anak kami sebagai anak angkat institusi ini. Dia melakukan segalanya termasuklah minor dalam bidang keusahawanan. Tiada sorotan tetapi kami tetap berbangga dengannya. The ONE Malaysian on the parade,” ujar wanita itu bangga dengan pencapaian anak perempuannya.
Kejayaan Ainil merupakan satu penanda aras dan seharusnya dijadikan inspirasi oleh remaja-remaja di Malaysia untuk menjadi yang terbaik.
Tahniah sekali lagi REMAJA ucapkan kepada Ainil!
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bintang muda sukan berbasikal negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mencipta sejarah apabila berjaya meraih pingat emas dalam acara keirin wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) yang dilangsungkan di New Delhi, India.
Dalam pertandingan itu, Nurul Izzati yang kini berusia 20 tahun bejaya mengetepikan saingan daripada Tong Mengqi yang berasal dari China yang menduduki kedudukan kedua sekaligus merangkul pingat perak
Manakala, seorang lagi atlet Malaysia, Anis Amira Rosidi melengkapkan kedudukan di podium dengan meraih pingat gangsa.
Kejayaan yang ditempa Nurul Izzah menjadi titik pembakar semangat kepada pasukan berbasikan wanita negara untuk mara lebih maju. Kali terakhir atlet Malaysia berjaya memperoleh emas dalam acara ini adalah menerusi Fatehah Mustapa pada tahun 2012.
Sebelum ini, pada Rabu lalu Nurul Izzah terlebih dahulu meraih pingat perak dalam acara wanita berpasukan bersama Anis Amira dan Nurul Aliana Syafika Azizan dan kemudiannya pada Jumaat dia meraih pingat gangsa dalam acara pecut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di saat pasukan Malaysia yang berbilang sukan mewakili negara kini berada di Birmingham, United Kingdom (UK) sempena temasya Sukan Komanwel 2022, lain pula ceritanya dengan pasukan gimnastik berirama atau gimrama Malaysia.
Amat malang bagi atlet gimrama yang bertanding pada edisi kali setelah dua orang jurulatih pasukan yang berasal dari Rusia sedang berdepan isu sekatan kemasukan yang dikenakan oleh kerajaan UK ke atas warga Rusia disebabkan konflik Rusia-Ukraine.
Kongsi Afrita Ariany Nasril yang merupakan Setiausaha Kehormat Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), para atlet yang sudahpun berada di Birmingham tidak mempunyai pilihan, selain melakukan latihan menerusi interaksi secara dalam talian (online) bersama jurulatih mereka yang tersekat di Malaysia sekarang.
Kata Afrita kepada BERNAMA, dua jurulatih yang tidak didedahkan namanya itu sedang cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini disamping terus memberikan sokongan kepada para gimnas di sana menerusi perhubungan ‘Zoom’.
Manakala Afrita dan jurulatih tempatan, Chrystal Lim Win Chean telahpun berada di Birmingham bagi membantu melancarkan sesi latihan tersebut.
Latihan dalam talian ini dilakukan secara serentak selama lima jam pada setiap hari sebelum acara dilangsungkan bermula 4 Ogos ini di Arena Birmingham.
Terdahulu, media melaporkan bahawa dua jurulatih Rusia tersebut mungkin akan berdepan masalah visa seperti yang diberitahu oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Biarpun berdepan kekangan ini, para gimnas yang terdiri daripada Koi Sie Yan, Ng Joe Ee dan Izzah Amzan serta pasukan gimnastik berirama Malaysia ingin terus memberi tumpuan mencapai misi mereka untuk memperolehi satu pingat emas bagi edisi kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelari pecut terkenal negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi melakar sejarah tersendiri apabila dia berjaya memecahkan kemarau 41 tahun kem olahraga dalam acara 100m Sukan Asia dengan memenangi pingat gangsa sebentar tadi.
Azeem berjaya mencatat masa 10.11s berada di belakang Xie Zhenye dari China yang merekodkan catatan 9.97s untuk bergelar juara, manakala bintang muda Thailand, Puripol Boonson dengan masa 10.02s untuk meraih pingat perak.
Biarpun tidak berjaya memecahkan rekod kebangsaan miliknya iaitu 10.09 saat, kejayaan Azeem dilihat sebagai satu suntikan semangat terutamanya untuk pasukan Malaysia dalam sukan olahraga.
Imbas kembali, kali terakhir Malaysia berjaya memenangi pingat dalam acara sukan tersebut adalah pada tahun 1982 di New Delhi menerusi prestasi cemerlang Datuk Rabuan Pit.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebuah syarikat penerbangan Iran mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan khas hanya untuk golongan wanita sahaja.Memetik laporan agensi berita rasmi IRNA, pesawat Aseman Airlines itu...