Industri penerbangan global sememangnya masih dilabelkan sebagai sebuah industri yang didominasi oleh kru lelaki terutamanya bagi posisi kritikal seperti juruterbang pesawat, jurutera pesawat dan posisi kepimpinan.
Biarpun diakui bahawa kaum wanita masih ketinggalan dari memiliki jumlah kru yang signifikan dalam industri penting ini, itu tidak bermaksud tiada inisiatif yang dilakukan untuk mempertingkatkan kehadiran lebih ramai kru wanita berkaliber di awan biru.
Bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia baru-baru ini, syarikat penerbangan komersil dari Singapura iaitu Scoot telah meraikan momen di mana salah satu pesawatnya diterbangkan oleh 100 peratus kru wanita.
Pesawat TR676/677 yang berlepas dari Singapura ke Chiang Mai, Thailand sebelum patah balik ke destinasi asal itu dikemudi oleh Kapten Vanessa Khaw; pegawai ‘First Officer’, Robyn Alexander dan empat orang anak kapal wanita termasuklah Noor Seha, Lis Ho, Kanpayat Saekwan dan Siti Zubaidah.
Menariknya, Siti Zubaidah yang telah berkhidmat bersama Scoot selama lebih enam tahun merupakan satu-satunya kru yang berasal dari Malaysia di dalam pesawat tersebut.
Ads
(Dari kiri, belakang): Noor Seha, Robyn Alexander (First Officer), Kapten Vanessa Khaw dan Siti Zubaidah. (Dari kiri, hadapan): Lis Ho dan Kanyapat Saekwan.
Kata Siti Zubaidah, pengalaman berkhidmat pada tarikh 8 Mac bersempena Hari Wanita Sedunia pada tahun ini memberi makna yang cukup mendalam; bukan sahaja kepada syarikat penerbangan berkenaan dan kru seperti dirinya tetapi juga kepada gadis-gadis muda yang bercita-cita untuk berkhidmat dalam industri penerbangan satu hari kelak.
“Pengalaman saya di Scoot merupakan satu pengalaman yang membina pola karier saya dan menginspirasikan.
“Bersama-sama mentor saya dan pasukan saya yang selalu memberi sokongan, saya sedar bahawa dengan minat dan azam yang tinggi; golongan wanita boleh ‘terbang tinggi’ dalam dunia penerbangan dan lebih lagi,” kata Siti.
Ads
Come on girls!
Korang juga boleh mencipta nama dalam industri yang didominasi lelaki. Syarikat seperti Scoot telah membuktikan komitmennya untuk memupuk kejayaan profesion tanpa mengira jantina dan REMAJA percaya, kini terdapat lebih banyak syarikat di luar sana yang turut membuka pintu kepada lebih ramai kru wanita.
Ads
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pesawat yang membawa 100 peratus penumpang dan kru wanita untuk mendarat di Iran sempena tarikh kelahiran puteri Nabi Muhammad SAW, Fatimah al-Zahra.
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Program eBelia RM150 termasuk memaparkan syarat kelayakan, tarikh dan cara claim kredit eWallet :
APA ITU PROGRAM EBELIA?
Program eBelia adalah satu bantuan khas daripada Kerajaan buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi yang layak akan menerima kredit eWallet bernilai RM150 secara one-off.
TARIKH BAYARAN PROGRAM EBELIA
Dalam pembentangan PEMERKASA, penebusan eWallet dalam program eBelia boleh dibuat bermula pada bulan Jun 2021.
KATEGORI LAYAK CLAIM EBELIA RM150
Bagi golongan yang layak membuat penebusan eBelia eWallet berjumlah RM150 adalah iaitu :
Belia berumur 18 hingga 20 tahun
Penuntut sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
CARA CLAIM KREDIT EWALLET RM150 melalui aplikasi Touch n’ Go
Untuk pengguna baru :
Untuk penguna aplikasi Touch n’ Go sedia ada :
Verify akaun korang seperti step dibawah
Namun begitu, seperti mana sebelum ini penebusan eWallet boleh dibuat menerusi aplikasi Touch n’ Go, GrabPay atau Boost.
Untuk keterangan lanjut tentang Program eBelia, sila layari ke laman web rasmi https://www.mof.gov.my/.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sejak diumumkan oleh Perdana Menteri mengenai perlaksanaan sambutan Hari Batik Malaysia, rata-rata orang awam menyambut baik perlaksanaannya kerana melihat ia sebagai satu lagi cara memakmurkan identiti negara yang bersatu-padu di antara masyarakat majmuknya.
Inisiatif yang dilaksanakan semalam (3 Disember 2021) itu juga dilihat turut menerima sokongan mereka yang bukan dalam kalangan warganegara Malaysia. Contoh terbaik dapat dilihan di Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara semalam apabila sebahagian besar kakitangan kedutaan mengenakan pakaian batik.
Menerusi hantaran di Facebook kedutaan tersebut, mereka menyambut baik sambutan Hari Batik Malaysia dan turut mempromosikannya.
“Mewakili pihak kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, selamat menyambut Hari Batik Malaysia. Kami berbangga untuk mengenakan pakaian batik hari ini.
“Jika anda turut memakai batik pada hari ini, kongsikan gambar di ruangan komen,” catat mereka pada muat naik tersebut. Tinjauan
Biarpun ada kedengaran beberapa ‘pendapat nakal’ terutamanya yang berbaur politik mengenai perlaksanaan Hari Batik Malaysia ini, namun REMAJA merasakan wajar bagi kita semua memandang inisiatif ini dari sudut pandangan positif agar semangat nasionalisme rakyat kita dapat terus dipupuk dan tidak dilupakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah namanya orang muda dan bujang memang jaranglah nak melekat di ruang dapur. Akhirnya beras pun jadi habuk dek dimakan bubuk.
Beras apabila jarang diguna atau disimpan untuk tempoh yang lama, sudah tentu akan menjemput ‘penghuni’ yang tidak diingini. Biarpun saiznya kecil, tetapi kehadiran ‘pendatang’ mirip seperti kumbang dalam beras biasanya dalam jumlah yang banyak hingga boleh menimbulkan rasa geli.
Bukan itu sahaja, beras yang dipenuhi pendatang bernama bubuk atau kutu beras ini juga akan berkurangan beratnya.
Jadi, kalau nak mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba.
Cukup mudah tak keluar belanja pun. Caranya guna oven je. Inilah tip yang dikongsikan oleh Nurhasanah Harun
6 bulan tinggal rumah…beras pun bubuk dah berkampung….sayang nak buang sebab elok lagi… Cara saya tak jemur sebab saya malas kuar rumah 🤣 lagipun sekarang cuaca hujan kannnnnn..
Panaskan oven sekejap,masuk beras dalam tray dan masuk oven lebih kurang 10 mnit biar betul2 panas semua beras tu..mati la bubuk sekali ulat2 dia…
Kalau tak ada oven tu boleh goreng tanpa minyak dalam kuali…sekejap ja agak2 panas..jangan goreng perang macam nak buat pekasam pulak 😅😅
Sebelum bakar…merayap je dia lari p bawahDah bakar…ayak buang bubuk..ambil yang bersihNi haaa….bukan bubuk je…segala habuk pun ada
Tip check beras masih elok atau tidak:
Macam mana nak tau beras masih elok? Cuba basuh beras kalau tak ada beras warna putih timbul banyak-banyak tu maknanya elok…kalau banyak timbul dan ringan tu cuba la patahkan beras tu…dalam dia ada ulat bubuk 😱😱
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam...