
Bagai kena tema dengan sambutan Hari Wanita : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.

Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel semalam.
Untuk info, kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan beregu Badminton ini kerana membanggakan nama Malaysia. Semoga ramai lagi wanita diluar sana semangat berjuang dalam apa jua yang dilalui tanpa mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.
Sumber : Bernama
Peserta Miss Universe New Zealand Ini Anggap Insiden Tembak Umpama Mimpi Ngeri

Tidak mudah bagi umat Islam di Malaysia terutamanya untuk menerima berita insiden tembak secara rambang yang berlaku semalam di Christchurch New Zealand.
Apatah lagi umat Islam yang berada di negera itu dan menganggap New Zealand sebagai ‘rumah’ mereka.
Bercakap dengan rakan media di NONA hari ini, anak kelahiran Malaysia iaitu Nurul Zuriantie Shamsul menganggap kejadian yang berlaku di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood sebagai mimpi ngeri yang sukar sekali untuk diterima oleh penduduk di New Zealand.
Walaupun kini menerap di Hamilton North Island (kira-kira 677 km dari Christchurch), Nurul secara peribadi turut terkesan dengannya.
”Pada waktu kejadian, saya sedang berkeseorangan menunaikan solat Zuhur di sebuah masjid berdekatan dengan rumah. Hanya selepas 10 minit ia berlaku, saya mendapat tahu mengenai berita itu.
”Terus tegak bulu roma kerana tak menyangka ia akan berlaku di dalam kawasan masjid. Bimbang juga jika mereka boleh berada di masjid di sini (North Island).
”My heart breaks completely. Kejadian semalam bukan saja tindakan kejam di mata umat Islam tetapi juga di mata masyarakat sedunia. Walaupun tindakannya tak mencerminkan New Zealand selamat dan tenang seperti yang saya kenali sejak 16 tahun lalu, saya percaya ia tidak berjaya untuk meruntuhkan moral masyarakat New Zealand yang cintakan keharmonian budaya dan agama,” kata peserta Top 5 pertandingan Miss Universe New Zealand 2018 itu.
BACA: Semua Video Dengan Klip FB Live Pengganas Christchurch Dipadam Satu-Persatu
Tambahnya lagi, “Mari kita sama-sama doakan kesejahteraan ahli keluyarga mangsa dan semoga Allah mengurniakan darjah tertinggi Syurga buat mereka yang terkorban. Kepada rakan-rakan seIslam saya di New Zealand, jaga diri dan kuatkan iman. Semoga Allah melindungi kita semua di jalan yang benar. Amin.
”Saya percaya kita perlu pelajari untuk menerima perbezaan sesama kita untuk mengenali erti hormat,” kata gadis Melayu berusia 21 tahun itu.
Tular Di Media Sosial, Pusat Kuarantin MAEPS Bakal Dibuka Semula?

Baru sahaja awal bulan ini Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 menutup operasinya, kini tular di media sosial bahawa PKRC ini bakal dibuka semula gara-gara kes COVID-19 yang meningkat naik.
BACA: Setelah 14 Bulan Menabur Bakti, Pusat Kuarantin MAEPS Akhirnya Bakal Dihentikan Operasi



Menurut laman Facebook Majlis Perbandaran Kajang, mereka mengeluarkan laporan bantuan logistik MAEPS bagi mencari skuad pantas untuk menyusun semula kemudahan di Pusat Kuarantin Dewan A dan membantu persediaan pusat kuarantin MAEPS Serdang bersama-sama dengan beberapa agensi lain.



Namun, belum ada pengumuman rasmi dibuat dan sama-sama kita doakan agar semua urusan pesakit COVID-19 dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Bagi Kelancaran Lalu Lintas, Pintu Masuk Malaysia-Singapura Dikecualikan Bayar Tol Seminggu

Jika sebelum ini, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Pintu Sempadan Thailand-Malaysia Dibuka Mulai 1 April, Ini SOP Lengkap
Terbaru satu lagi negara jiran kita memberi ‘green light‘ untuk membuka sempadan iaitu Singapura.

Menariknya lagi, kerajaan bersetuju memberi pengecualian bayaran tol di plaza-plaza tol di pintu masuk Malaysia-Singapura selama tujuh hari bermula 1 April ini. Wow!
Semua jenis kenderaan
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berkata pengecualian bayaran tol tersebut melibatkan semua jenis kenderaan yang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuh Raya Linkedua).
“Ia adalah selaras dengan pendekatan untuk memudahcara perjalanan rentas sempadan dengan Singapura. Pengecualian ini adalah untuk rakyat Malaysia dan pengguna menambah nilai atau memperbaharui ‘Touch and Go’ dan ‘Smart Tag’.
“Pemberian pengecualian bayaran tol ini melibatkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua plaza tol yang terlibat sepanjang tempoh tersebut.
“Keputusan ini turut mengambil kira penutupan sempadan Malaysia dan Singapura sejak dua tahun lalu dan bagi memastikan kelancaran lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut dengan pembukaan sempadan laluan darat ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, pengecualian itu adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.
Apalagi, boleh la buka puasa di Singapura nanti…Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
BACA LAGI : Individu Lengkap Dos Vaksin Dibenarkan Ke Singapura Melalu VTL Darat Mulai 20 Disember
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Awani