#GirlPower : Setelah 12 Tahun, Beregu Badminton Wanita Malaysia Kembali Juarai Terbuka Switzwerland

Share

Bagai kena tema dengan sambutan Hari Wanita : WANITA BANGKIT MENDEPANI CABARAN, beregu wanita Pearly Tan dan M Thinaah mengharumkan nama Malaysia setelah muncul juara dalam Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

BWF itu menjadi milik pertama mereka dan menjadi pemain sulung Malaysia muncul selaku juara wanita dalam kejohanan itu.

Sumber Gambar : The Star

Bintang yang sedang meningkat dan berada pada tangga ke-30 ranking dunia, beraksi cemerlang untuk menjuarai Terbuka Switzerland dengan menumpaskan gandingan adik beradik, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-19, 21-12 dalam final sulung Jelajah Dunia mereka di St Jakobshalle, Basel semalam.

Untuk info, kali terakhir pemain Malaysia menjuarai Terbuka Switzwerland ialah Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki dan beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong pada 2009.

Tahniah kami ucapkan buat pasangan beregu Badminton ini kerana membanggakan nama Malaysia. Semoga ramai lagi wanita diluar sana semangat berjuang dalam apa jua yang dilalui tanpa mengenal penat lelah dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Sumber : Bernama

Published by
Nana