Sebagai wanita Malaysia, tona dan tona asas (undertone) wajah masing-masing semua berbeza kerana ada yang mempunyai undertone hijau, kemerahan serta kebiruan.
Sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai berbilang latar belakang dan tona kulit, kamu perlu bijak memilih warna foundation yang sesuai dengan kulit.
CERAH KEMERAHAN
Kulit putih kemerahan sesuai dipadankan dengan foundation cerah.
Kamu boleh memilih Maybelline FIT ME Matte + Poreless Liquid Foundation daripada variasi Porcelain, Ivory, Natural Ivory dan Light Beige untuk disesuaikan dengan jenis kulit cerah kemerah-merahan.
Walaupun foundation membuatkan wajah lebih berseri, kamu harus berhati-hati ketika mengaplikasinya. Jika tidak kena caranya, kulit wajah akan kelihatan lebih pucat.
Jika bersiap di dalam bilik yang agak gelap, gunakan vanity mirror supaya kamu jelas melihat hasilnya. Iyalah, kadangkala foundation bercapuk dan tidak sekata. Apapun, natural lighting merupakan pilihan terbaik.
KUNING LANGSAT & KEPERANGAN
Jika urat nadi pada tangan kamu kelihatan biru kehijauan atau hijau kebiruan, jenis tona kulit kamu adalah natural atau pun kuning langsat. Kamu boleh mencari shade Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation seperti Yellow, Beige, Golden, Medium Buff atau pun Classic Ivory.
Biasanya, individu yang memiliki jenis kulit medium tidak susah untuk memilih warna yang sesuai agar warna kulit sekata dengan solekan dan terlihat natural. Kadangkala ada juga beauty guru yang memilih warna foundation kategori kuning langsat yang lebih gelap sedikit agar memberi ilusi 3 dimensi pada bentuk wajah.
SAWO MATANG
Biasanya, kulit dengan tona asas sawo matang agak sukar untuk mencari warna foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Pilih Maybelline FIT ME Matte + Poreless Liquid Foundation dengan pilihan shade seperti Warm Honey, Golden Caramel, Coconut, Cappucino atau Classic Tan untuk memperlihatkan kulit wajah yang flawless!
Penting untuk memilih warna yang sesuai supaya wajah sentiasa berseri dan tidak nampak bercapuk.
BTW, pilih berus, beauty blender atau patting device yang betul bagi memastikan calitan foundation memenuhi celah-celah wajah yang tidak dapat dicapai dengan jari kamu.
Cara sapuan juga perlu dilakukan dengan betul. Mulakan sapuan ke bawah, ikut arah bulu roma kulit wajah. Hasilnya, foundation akan lebih sekata dan tekstur pun menjadi lebih flawless.
***
Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation menawarkan 25 tona warna bersesuaian dengan jenis kulit wanita Malaysia. Selain itu, ia juga mudah untuk diratakan dengan warna asal kulit wajah kerana bersifat buildable
. Sebab itulah wajah kelihatan natural seperti tidak memakai solekan.Tidak perlu lagi untuk kamu cover up wajah dengan solekan tebal, kan.
Lagipun, ia mempunyai keistimewaan kemasan matte pada kulit wajah. Jadi kulit tidak lagi kelihatan berminyak pada siang tengah hari. Bukan itu saja, kemasan foundation ini juga membolehkan liang pori-pori kamu untuk tidak lagi kelihatan. Flawless finish but still look naturally you.
Sebagai remaja perempuan Malaysia, kamu patut berbangga dengan warna kulit sendiri. Sedangkan remaja di negara Barat pun sibuk menggelapkan kulit, inikan kita yang sudah sedia ada mempunyai kulit wajah yang cantik!