Kecoh apabila foto Ahli Parlimen Muar yang baru dilantik, YB Syed Saddiq bersama ‘teman wanita’ nya tersebar di media sosial, baru-baru ini.
Populariti Syed Saddiq yang memuncak selepas memenangi kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum minggu lalu membuatkan followers dan rakan media lain untuk cuba mengorek mengenai ‘rahsia hati’ lelaki berusia 25 tahun ini. Itu perkara biasa, apabila sudah bergelar public figure yang lebih menonjol ke hadapan – pastinya semua orang nak tahu tentang kehidupannya dari A-Z.
Selepas foto tersebut viral, Syed Saddiq terpaksa tampil ke hadapan untuk memaklumkan perempuan di dalam foto itu bukanlah teman wanitanya.
Malah menurutnya, “Saya hanya pernah berjumpa sekali dengan dia dan waktu itu pun, dia hendak mengambil foto dengan saya. Kalau dia ada boyfriend, habislah boyfriend dia call saya sampai ke malam!”
Di Twitter pula, Syed Saddiq memuat naik foto cheeky bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dengan caption yang berbunyi, “Ibu saya memesan, dia perlu membuka sistem tender terbuka untuk memilih calon wanita pilihannya untuk saya.”
Sudah tentulah, apabila jawapannya sudah berbunyi sedemikian, soalan seterus yang menerpa adalah, ciri-ciri wanita bagaimana yang dicari oleh Syed Saddiq?
Ads
“Pertama, dia perlulah ‘sekepala’ dengan saya.
Dia harus mudah gel dengan diri saya, contohnya kami boleh berbincang mengenai isu semasa, boleh ketawa sama-sama dan dia kena menerima lawak hambar saya. (ketawa)
“Dalam bab personaliti pula, saya inginkan gadis yang tidaklah terlalu serius sangat kerana saya sendiri sudah terikat dengan kerja yang serius sepanjang hari. Namun, dia perlu memahami diri saya yang semakin sibuk dengan kerjaya sekarang sebagai ahli parlimen. Yes, ia agak menyusahkan but I have another responsibility now.”
Ads
Rakan kami di Pesona Pengantin sempat bertanya soalan cepumas, bila nak kahwin – Syed Saddiq?
“Saya tak target bila pun. Kalau boleh sekarang, saya ingin fokus kepada ibu dan ayah dulu. Saya ingin membantu mereka sehingga ibu boleh bersara dan berehat. Mungkin 2 atau 3 tahun lagi?”
Tak lama lagi tu Syed Saddiq. So girls, boleh start berangan dari sekarang okay!
Guys, sebelum menamatkan zaman bujang ada beberapa perkara yang korang perlu lakukan bersama BFF.
Iye la, selepas ni dia akan lebih banyak masa dengan pasangannya dan mungkin saja korang tidak lagi selalu dapat melakukan aktiviti-aktiviti menarik bersama.
Tidaklah kami katakan hubungan persahabatan tu menjadi renggang. Tapi, mungkin tak sebebas dulu kan?
So, sebelum melepaskan BFF ke pangkuan orang lain, apa kata nikmati masa sepuas-puasnya dengan melakukan perkara-perkara seperti berikut:
1. Travel
Mesti banyak plan percutian korang yang tak dapat ditunaikan lagi kan? So, inilah masanya untuk pergi melancong bersama-sama ke lokasi impian yang pernah dirancang.
2. Lawat kolej/sekolah lama
Tempat pertama kali korang berjumpa dengan BFF biasanya di tempat belajar. Tak salah rasanya kalau nak mengimbau semula detik manis korang bersama. Mesti banyak momen-momen yang tak dapat korang lupakan kan?
3. Masa untuk buang semua barangan pemberian ex bf/gf
Kalau nak bakar, bakar je la. Hiks! Tak guna nak simpan kenangan lama kan. Kalau tak kuat nak buat, ajak kawan korang turut serta dalam acara ‘penghapusan’ ni. Hehe..
4. Aktiviti lasak
Bungee jumping or scuba diving. Why not? Buat perkara yang korang belum pernah buat walaupun untuk sekali seumur hidup.
5. Spa & shopping therapy
Kalau dapat buat body massage dan mani-pedi di spa dengan kawan-kawan mesti best kan? Lepas habis treatment, kita shoppingggg. Aktiviti ini confirm boleh buat korang hilang stres.
6. Kelas zumba
Dah nak kahwin mesti nak jaga badan kan? Apa kata beberapa bulan sebelum majlis kahwin, ajak la kawan-kawan teman masuk kelas zumba. Barulah syok ada geng.
7. Photoshoot
Tak salah kalau sesekali nak feeling-feeling model bergambar cantik-cantik depan kamera. Buat photoshoot ramai-ramai mesti best kan?
8. Bachelorette party!
Macam tak biasa pula tengok kawan-kawan celebrate bakal pengantin kan. So, apa lagi let’s do this!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes buli yang telah dibongkarkan oleh bekas ahli grup K-pop perempuan, AOA baru-baru ini telah menjadi topik perbualan hangat remaja.
Bukan hanya peminat hiburan Kpop terkejut dengan pembongkaran oleh Mina tersebut. Topik ini telah diperdebatkan melebihi skop hiburan saja – ia melibatkan lebih ramai remaja yang berdepan dengan isu buli sama seperti Mina.
Bagi korang yang baharu mendengar akan kes ini, ia melibatkan perbuatan buli ketua kumpulan AOA, Jimin terhadap salah seorang ahlinya, Mina selama 10 tahun terutamanya dari segi emosi. Ini sekaligus mendesak Mina untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut setelah mencapai ‘limit’ pada tahun lalu.
WHOA, 10 tahun dia mendiamkan diri.
Kes buli ini bukan saja membuka mata pihak pengurusannya, tetapi juga membuka mata dunia bahawa isu buli masih berleluasa boleh menjadi serius sehingga perlu bertahan selama 10 tahun.
*
Ini bukan lagi satu kes baharu. And most likely, it will not just go away.
NAMUN, bagi korang yang pernah berdepan dengan kes buli ataupun sedang berdepan dengan pembuli sekarang, REMAJA mempunyai beberapa langkah yang ingin kami syorkan.
Ya, bukan mudah untuk kita berhadapan dengan si pembuli and stand up for ourselves. Bagaimanapun, ia adalah langkah terbaik daripada membiarkan hal ini berleluasa seperti yang dihadapi oleh Mina.
So guys, please SAY NO to bullying!
Membuli bukanlah satu budaya yang cool, yang kelakar dan ia tidak menjadikan korang lebih popular. Membuli boleh mendatangkan kesan yang amat mendalam terhadap mangsanya.
Adakah korang ingin perkara yang sama dihadapi oleh rakan baik ataupun adik-beradik korang sendiri?
Portal hiburan Korea Selatan, Dispatch hari ini melaporkan ahli kumpulan EXO, Kai kini sedang bercinta dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie!
Foto yang dipercayai ditangkap pada 25 Disember lalu (wow malam Krismas) itu menyaksikan Kai menjemput Jennie di luar asrama tempat tinggal ahli Blackpink. Mereka kemudiannya didapati berpimpin tangan ketiga menghabiskan masa di sebuah taman sambil sibuk mengambil gambar.
Aigoo! Menurut Dispatch lagi, Kai dan Jennie pernah didapati bersama di Paris pada Oktober lalu untuk menghadiri minggu fesyen Paris 2019. Namun Kai dijadualkan untuk acara Gucci manakala Jennie pula ke acara Chanel.
Adakah itu bibit-bibit pertemuan mereka berdua?? Anyway, wakil pengurusan SM Entertainment dan YG Entertainment masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan ura-ura tersebut.
* * *
REMAJA melihat kembali kepada 5 pasangan selebriti muda Korea yang pernah bercinta sebelum ini. Jom tengok nasib percintaan mereka:
Tiffany & Nickhun
Pasangan SM Entertainment ini berpisah selepas 1 tahun setengah bersama pada 2015 atas komitmen kerja di luar negara. Dek kerana kurang berjumpa, Tiffany dan Nickhun terpaksa mengenepikan soal cinta dulu.
Bae Suzy & Lee Dong Wook
Ramai pada awalnya terkejut kerana mereka mempunyai perbezaan usia sejauh 13 tahun!
Mungkin usia menjadi faktor mereka berpisah selepas hanya 4 bulan bersama. Poor Suzy, dia terpaksa menerima kecaman kerana hubungan yang tak menjadi sehingga dilabelkan sebagai Taylor Swift Korea Selatan.
Bae Suzy & Lee Minho
Walaupun ramai merasakan Suzy & Minho amatlah sesuai, nampaknya jodoh mereka tak kekal lama. Setelah tiga tahun dilaporkan bersama, akhirnya mereka berpisah atas sebab peribadi.
Lee Minho juga sekarang sedang berkhidmat untuk latihan ketenteraan sehingga awal tahun ini.
Taeyeon & Baekhyun
Okay, foto di atas hanyalah fan-fiction yang diedit oleh peminat. Namun hubungan Taeyeon SNSD dan Baekhyun EXO sejak 2014/2015 merupakan antara hubungan paling kontroversi di media K-Pop kerana ia ditentang habis-habisan oleh peminat EXO.
Taeyeon mengambil keputusan untuk meminta maaf (walaupun dia tak perlu pun) sementara Baekhyun dilihat menjauhkan diri dan tidak mempertahankan Taeyeon daripada kritikan serta ancaman haters.
Lee Kwang Soo & Lee Sun Bin
Ini satu lagi kisah yang baru diketahui semalam setelah pihak pengurusan Kwang Soo mengiyakan khabar angin tersebut.
Kwang Soo dan Sun Bin bertemu di set Running Man dan beberapa bulan selepas itu, mereka bertukar menjadi pasangan kekasih sambil memperkenalkan diri kepada keluarga masing-masing.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...