Kecoh apabila foto Ahli Parlimen Muar yang baru dilantik, YB Syed Saddiq bersama ‘teman wanita’ nya tersebar di media sosial, baru-baru ini.
Populariti Syed Saddiq yang memuncak selepas memenangi kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum minggu lalu membuatkan followers dan rakan media lain untuk cuba mengorek mengenai ‘rahsia hati’ lelaki berusia 25 tahun ini. Itu perkara biasa, apabila sudah bergelar public figure yang lebih menonjol ke hadapan – pastinya semua orang nak tahu tentang kehidupannya dari A-Z.
Selepas foto tersebut viral, Syed Saddiq terpaksa tampil ke hadapan untuk memaklumkan perempuan di dalam foto itu bukanlah teman wanitanya.
Malah menurutnya, “Saya hanya pernah berjumpa sekali dengan dia dan waktu itu pun, dia hendak mengambil foto dengan saya. Kalau dia ada boyfriend, habislah boyfriend dia call saya sampai ke malam!”
Di Twitter pula, Syed Saddiq memuat naik foto cheeky bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dengan caption yang berbunyi, “Ibu saya memesan, dia perlu membuka sistem tender terbuka untuk memilih calon wanita pilihannya untuk saya.”
* * * * *
Persoalannya sekarang, hatinya sudah ‘terisi’ atau belum.
Jawabnya ringkas saja, “Ya, saya masih single.” Girls, sujud syukur, lets!
Sudah tentulah, apabila jawapannya sudah berbunyi sedemikian, soalan seterus yang menerpa adalah, ciri-ciri wanita bagaimana yang dicari oleh Syed Saddiq?
“Pertama, dia perlulah ‘sekepala’ dengan saya.
Dia harus mudah gel dengan diri saya, contohnya kami boleh berbincang mengenai isu semasa, boleh ketawa sama-sama dan dia kena menerima lawak hambar saya. (ketawa)
“Dalam bab personaliti pula, saya inginkan gadis yang tidaklah terlalu serius sangat kerana saya sendiri sudah terikat dengan kerja yang serius sepanjang hari. Namun, dia perlu memahami diri saya yang semakin sibuk dengan kerjaya sekarang sebagai ahli parlimen. Yes, ia agak menyusahkan but I have another responsibility now.”
Rakan kami di Pesona Pengantin sempat bertanya soalan cepumas, bila nak kahwin – Syed Saddiq?
“Saya tak target bila pun. Kalau boleh sekarang, saya ingin fokus kepada ibu dan ayah dulu. Saya ingin membantu mereka sehingga ibu boleh bersara dan berehat. Mungkin 2 atau 3 tahun lagi?”
Tak lama lagi tu Syed Saddiq. So girls
, boleh start berangan dari sekarang okay!Hehe.