Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.
Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.
Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya
Westlife Bakal “Terbang” & Beraksi Di Malaysia, Tiket Konsert Mula Dijual 11 Oktober
Pejam celik, pejam celik rupanya grup lelaki popular dunia, Westlife sudah lebih 20 tahun bertapak di dalam industri muzik dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Shane Filan Mengaku Lebih Gembira Dengan Westlife Berbanding Solo, Ini Lagu Favourite-nya!
Salah sebuah grup lelaki paling berjaya di dalam sejarah muzik Britain yang dianggotai oleh empat lelaki kacak iaitu Nicky Byrne, Shane Filan, Kian Eganand Mark Feehily khabarnya bakal terbang ke Malaysia pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert.
Difahamkan, tiket konsert mereka akan mula dijual secara atas talian bermula pada 11 Oktober jam 11 pagi. Walau bagaimanapun, para peminat juga boleh mendapatkan tiket pra-jualan yang akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022, 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.
Detail Konsert “Westlife The Wild Dreams Tour in Malaysia” :
- Tarikh: 23rd & 24th Feb 2023
- Masa: 8.30PM
- Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur
- Harga tiket: RM884, RM794, RM594, RM494, RM394, RM294
Kumpulan ini hits dengan beberapa buah lagu seperti If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream, Queen Of My Heart, When You’re Looking Like That, You Raise Me Up, Unbreakable dan lagu ikonik mereka iaitu Flying Without Wings. Ia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman lewat 90-an di mana lagu-lagu mereka sering dimainkan di corong-corong radio.
Tidak keterlaluan untuk REMAJA simpulkan bahawa Westlife masih lagi memiliki aura sebagai grup lelaki yang boleh menandingi grup popular masa kini. Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia memandangkan rata-rata membesar dengan mendengar lagu-lagu mereka setiap hari.
Sumber: Didi / Andra, Trumpet International
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
10 Fakta Menarik Tentang Miss Universe Malaysia 2017 Dan Mengapa Kamu Perlu Mengundinya Sekarang
Hanya dalam masa 4 hari saja lagi, peminat pencarian ratu cantik sedunia akan memberikan sepenuh tumpuan kepada acara finale Miss Universe 2017.
Jika kamu menaip kata kunci ‘Miss Universe 2017 predictions‘ di kekotak browser YouTube, berpuluh-puluh video ramalan tentang siapakah yang akan memenangi gelaran tersebut sudahpun dimuat naik.
Malah, seawal bulan Februari, peminat telah menyusun siapakah TOP 5 mereka sedangkan ada lagi negara seperti Malaysia yang belum menabalkan wakil negara pada waktu itu.
Untuk Miss Universe 2017, seperti yang diketahui ramai, Samantha Katie James telah dipilih untuk mewakili Malaysia.
Samantha sendiri sudah mengapai populariti yang luar biasa di kalangan rakyat Malaysia sebelum dia bertolak ke Las Vegas.
Ini semua gara-gara kontroversi kostum nasional ‘nasi lemak daun pisang dan telur mata’ hasil rekaan pereka muda, Brian Khoo. Hey, sama ada ia kontroversi positif atau negatif, any publicity is always a good publicity.
===========================
Namun, selain kostum ‘nasi lemak’, apa lagi yang korang tahu mengenai Samantha?
Jangan risau, REMAJA sediakan 10 fakta menarik mengenai Miss Universe Malaysia 2017 ini termasuklah apa pendapat jujur Samantha mengenai kostum ‘nasi lemak’ itu!
1. Pada ketinggian 170 sentimeter, Samantha memulakan kerjaya dalam bidang modelling pada usia 17 tahun di Bangkok, Thailand.
Sejak itu, dia telah banyak menghiasi kempen dan sesi photoshoot di Malaysia. Antaranya termasuklah kempen Stuart Weitzman, MELIUM PR, fashion show Triumph dan sebagainya.
2. Samantha pernah mengalami insiden kaki terseliuh sebelum pertandingan Miss Universe Malaysia 2017 berlangsung pada Februari lalu.
Menariknya, walaupun doktor memberitahu Samantha dia perlu berehat selama 6 bulan, hanya selepas 3 bulan Samantha perlu gigihkan diri untuk menyertai pertandingan.
“It is the power of the mind. What you think will happen, it is crazy how a person can evolve so much in such a short time. Whatis life without challenges. Grow, accept and adapt.“
Wise words, girl!
3. Samantha adalah seorang gadis berdarah Brazil-Cina. Patutlah muka nampak serba eksotik.
Akan tetapi, walaupun ramai yang merasa teruja dan ingin mendengar cerita dengan lebih lanjut mengenai pengalaman Samantha sebagai anak kepada pasangan multi-racial, zaman kanak-kanaknya bukanlah seindah yang diharapkan.
Samantha tidak pernah bertemu dengan ayahnya dan ibunya pula meninggalkan Samantha di bawah penjagaan sebuah rumah foster care sejak umur 2 tahun sehinggalah dia berumur 17 tahun.
4. Setelah meninggalkan rumah penjagaan tersebut, Samantha sebenarnya pernah menyertai pencarian Miss Universe Malaysia pada usia 18 tahun. Dia berjaya bergelar finalis pada edisi tersebut namun tidak memenanginya.
“Saya tahu saya belum bersedia pada waktu itu. Saya terlalu malu untuk berhadapan dengan kamera dan saya takut jika ada yang akan menilai diri saya. Berbeza dengan pencarian pada tahun ini. I knew this time around that I AM READY.”
5. Berbalik kepada zaman kanak-kanak, Samantha menyatakan dia pernah dibuli semasa di sekolah – “I was deemed ‘the loser’ “. Mesti korang sendiri tak pernah terfikir seorang ratu cantik pernah melalui zaman gelap seperti ini, bukan.
Samantha bukanlah seorang yang gemar keluar dengan rakannya. No movies, nothing. Dia berpendapat, mungkin itulah sebabnya dia tidak berasa yakin untuk berhadapan dengan orang.
6. Hanya selepas dia menjadi seorang model, dari usia 17 tahun sehingga kini pada usia 22 tahun, Samantha memenuhi masa lapangnya dengan pelbagai aktiviti untuk membantu rasa ketidak yakinannya. And by that, we mean – PELBAGAI.
“Saya akan mencuba kelas yoga, bersenam, membaca, meditation, mendengar rakaman podcast bercorak motivasi dan sebagainya.
“Saya juga akan menampal sticky notes dengan pesanan positif seperti ‘I am beautiful’ dan ‘I am fit’ di cermin bilik. Setiap pagi, saya akan membaca 1 pesanan itu sambil melihat diri sendiri.”
7. Selain modelling, ramai yang tidak tahu yang Samantha juga telah memulakan karier lakonan.
Cuba korang perhatikan betul-betul ketika menonton telemovie Astro First iaitu ‘Wanita Terindah’ yang juga dibintangi Fattah Amin dan Nur Fazura.
Dalam telemovie tersebut, Samantha melakonkan watak Melissa, seorang model yang sedang menjalin hubungan dengan Fahim (Fattah). Apabila Fahim enggan berkahwin dengannya, ‘pasangan’ itu terus memutuskan relationship.
Well, well, sekarang kita dah tahu mengapa Fattah memilih Fazura kan hehe.
Walaupun ramai yang menonton Samantha melalui ‘Wanita Terindah’, ia bukanlah kali pertama dia berlakon. Sebelum ini, Samantha pernah berlakon dalam filem seram berjudul ‘Kastil Tua’.
8. Ya korang, Samantha boleh berbahasa Malaysia, duh. Ramai yang menyatakan rasa terkejut mereka apabila mendengar dialog bahasa Malaysia Samantha dalam ‘Wanita Terindah’.
“Pada mulanya, asaya akui saya tidak begitu yakin untuk bertutur dalam bahasa Malaysia di hadapan kamera, terutamanya apabila perlu menghafal skrip. Saya suka mencuba banyak benda, I am curious like that.”
Kami tentunya tidak terkejut kerana Samantha juga pernah terlibat dalam filem berbahasa Mandarin ‘Huang’ terbitan produksi China!
9. Bagaimanakah Samantha mengurangkan tekanan beberapa hari sebelum acara finale Miss Universe 2017 ditayangkan? Katanya, dia selesa untuk melakukan meditation.
“Oh, and I watch Tony Robbins video every night before I go to bed. Ini untuk mengekalkan motivasi diri saya.”
10. Samantha tidak langsung terkesan dengan para kritik yang melontarkan pelbagai komen ke arahnya dan pereka fesyen, Brian Khoo yang mereka kostum nasional berkonsepkan nasi lemak itu.
“Siapa lagi yang pernah terfikir untuk menggunakan makanan sebagai ilham mereka sepasang kostum nasional?
“Percayalah, tidak ramai yang akan berani untuk berbuat demikian. Oleh sebab itulah, saya merasa bangga dengan kostum yang direka oleh Brian untuk saya. It is amazing and creative.”
Tambah Samantha lagi, “Saya rasakan kostum ‘nasi lemak’ ini is very me. Malah, saya dapat rasakan ia mampu menonjolkan kehadiran saya di pentas Miss Universe 2017 nanti.”
===========================
Siapa lagi yang meminati Samantha James sekarang, angkat tangan! She is an incredible girl, right?
Jom sama-sama kita menyokong Miss Universe Malaysia 2017 ini dengan mengundinya di vote.missuniverse.com.
Login dan ikuti arahan yang diberikan untuk mengundi. Untuk setiap hari, korang boleh mengundi maksimum sebanyak 10 klik bagi setiap akaun.
Bagi korang yang aktif di Twitter pula, muat naik tweet korang dengan tanda pagar #MissUniverse dan #Malaysia. Pastikan akaun Twitter masing-masing public okay.
Ayu Raudhah, Zaquan Adha Selamat Timang Cahaya Mata Ketujuh. Tahniah!
Pelakon yang juga isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha, Ayu Raudhah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh di sebuah pusat perubatan swasta di pada jam 12.57 tengah, Jumaat lalu.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh suami tercintanya sendiri menerusi hantaran di Instagram Story. Menurut Zaquan, mereka menimang bayi lelaki seberat 2.3 kilogram.
“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 12.57 tengahari pada 2 Ogos 2024. Selamat datang ke dunia anak lelaki saya,” katanya.
BACA: Isteri Selamat Lahirkan Bayi Perempuan! MK K-Clique Kini Bergelar Bapa!
Dalam pada itu, Zaquan memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat di hospital.
“Ayu sedang rehat, Alhamdulillah semuanya okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan saya akan tanam.
“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha, Muhammad Aisy Khaliq, Muhammad Aisy Al Jibreel dan anak keenam yang berusia setahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.