
Terbaru, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing membuatkan peminat badminton tempatan teruja apabila berjaya merangkul kejuaraan selepas menafikan keupayaan pilihan utama beregu wanita Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 yang berlangsung dari 15 hingga 20 Oktober lalu.
Beregu kebangsaan itu memerlukan tempoh 42 minit untuk menundukkan wakil Taiwan merangkap pilihan utama, Chan Nicole Gonzales-Wei Ye Hong, dengan ‘straight set’ di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.
Namun, lima mata yang dikutip Nicole-Yun Yang meletakkan penghujung set pertama dalam keadaan getir 20-20.
ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Cemerlang! Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Muncul Juara Terbuka Artik

Walau bagaimanapun, situasi yang mendebarkan itu tidak dibiarkan berterusan apabila dua mata akhir ditamatkan beregu negara yang berada di kedudukan ke-112 itu untuk menutup permainan 22-20.
Pei Kee-Mei Xing yang hanya satu mata dipisahkan dengan penyingkiran berikutan kecederaan lutut yang menimpa Ng Qi Xuan.
Mereka konsisten untuk menawan set kedua 21-11 bagi mengesahkan kejuaraan.
ARTIKEL BERKAITAN: Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia Kini Nombor Empat Dunia!
Sumber: Stadium Astro
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan Sekadar Terima Ijazah Bidang Pengajian TESL, Thinaah Juga Diiktiraf Sebagai Ikon Sukan OUM

Pemain beregu badminton negara, Thinaah Muralitharan baru-baru ini berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).
OUM menerusi satu perkongsian di aplikasi Facebook memaklumkan, Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, malah atlet negara itu juga turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Oktober, Sabtu lalu.
Anugerah ikon sukan khas universiti itu mengiktiraf pelajar yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang sukan di samping cemerlang dalam akademik.
Dalam pada itu, pada 28 Februari lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Januari 2023 hingga Mei 2024.
Sekadar info, Thinaah memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.
Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Comelnya Bungkusan Baharu McDonalds. Very Instagram Worthy!

Dari golongan kanak-kanak hingga dewasa, McDonalds sudah menjadi sebahagian dari kehidupan kita sebagai makanan segera kegemaran ramai. Pastinya kita semua sudah kenal dengan bungkusan setiap makanan yang ditawarkan.
Terbaharu, Pearlfisher, sebuah agensi penjenamaan telah mereka semula bungkusan untuk McDonalds bagi menyuntik ilustrasi menu-menu klasik jenama ini dengan lebih menarik. Bungkusan ini bakal diperkenalkan di semua rangkaian global restoran yang terkenal dengan maskot badut ini.

Bungkusan yang direka semula ini merupakan satu simbolik yang menjadi refleksi kepada keriangan yang dilalui ketika menjamu selera. Setiap makanan akan dihidangkan dan dibungkus di dalam bungkusan yang mewakili apa menu di dalamnya.

Menurut Hamish Campbell yang merupakan seorang pengarah kreatif di Pearfisher kepada Deezen, “Kami sangat teruja kerana diberi peluang untuk membawa keriangan McDonalds kepada setiap bungkusan. Cara ini menjadikan setiap menu mudah dikenali tanpa perlu diperkenalkan apa yang berada di dalam bungkusan.”
CORAK SEGAR & MODEN
Jika dilihat kepada setiap rekaan bungkusan, ia direka dengan cukup berseni dengan tampilan rekaan grafik yang moden dan warna-warna menarik. Sebagai contoh rekaan kotak bungkusan Fillet-O-Fish diberikan suntikan corak lautan dalam rona biru (Turqoise) dan bungkusan Egg McMuffin pula diberi corak telur di atas bungkusan. So cute!
Selain dari corak grafik yang menarik, bungkusan yang telah direka semula ini hanya akan menampilkan nama menu dan juga logo sahaja.
Sumber gambar: worldbrandesign.com
Ingin Jelajahi Singapura? ‘Grab’ Sekali Peluang Untuk Hadiri Pelbagai Konsert, Muzikal & Acara Menarik Kelolaan SISTIC 2024!

Another year, another concert!
Tahun 2024 kian rancak dengan pelbagai konsert yang menarik di Singapura dan sudah pasti rakyat Malaysia tidak mahu melepaskan peluang ini. Jadi korang tunggu apa lagi?
ARTIKEL BERKAITAN: Berpusu-Pusu Mohon Menjadi Pemandu Bas, Syarikat Singapura Tawar Gaji RM17k Sebulan!
Siap sedia dengan pasport dan beg pakaian anda kerana selain daripada konsert muzik pop, Singapura juga menawarkan persembahan kebudayaan yang menawan dan memberi inspirasi. Wow…
Tidak kira sama ada anda ingin menikmati malam penuh keseronokan bersama keluarga mahu pun bersiar-siar bersama yang tersayang, SISTIC merupakan kurator terbaik untuk anda berpeluang menjalani pelbagai pengalaman hebat ini!
Ayuh REMAJA kongsikan bersama anda senarai konsert, muzikal dan acara menarik yang bakal berlangsung di bandar singa ini!
KONSERT JELAJAH MAHER ZAIN 2024 (2 Mac 2024)
Temui Maher Zain, artis R&B kacukan Sweden-Lubnan yang terkenal ini secara langsung di Singapura pada Mac akan datang!
Popular dengan melodi Islamik penuh penjiwaan yang menghubungkan penonton dari seluruh dunia, konsert Zain menjanjikan sebuah malam kerohanian yang tidak dapat dilupakan.
Dengan album yang mendahului carta seperti ‘Thank You Allah’, ‘Forgive Me’ dan ‘One’, Zain telah mengumpulkan ramai pengikut global yang setia.
- Tempat: Singapore Expo Dewan 7
- Harga : SGD68 – SGD238
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Jelajah Dunia A-Link with Passengers (4 Mei 2024)
A-LIN, pemenang Anugerah Melodi Emas untuk Penyanyi Wanita Terbaik, bakal kembali semula ke Singapura. Kali ini, A-LIN akan persembahkan lagu-lagu baharu yang sangat menarik dan mempelawa semua penonton untuk bernyanyi bersama.
Beliau juga akan mempamerkan lagu-lagu hit yang tidak lapuk dek zaman dan wajib ada di KTV! Nantikan kandungan produksi, kreativiti pentas, pencahayaan, bunyi dan prop, kesan audio-visual, visual, dan set pentas yang bakal menggegarkan!
- Tempat: Resorts World Ballroom, Pusat Konvensyen Resorts World
- Harga : SGD98 – SGD278
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Jelajah Dunia 2024 TwoSet Violin (31 Januari – 1 Februari 2024)
TwoSet Violin, duo lucu ini telah mencuri hati para peminat di seluruh dunia. Mereka kini membuat kemunculan semula yang sangat dinanti-nantikan.
Sertai Brett, Eddy dan Sophie dalam menyaksikan konsert yang tidak akan dapat dilupakan, penuh dengan gabungan unik antara kehebatan muzik serta kelucuan mereka hanya untuk satu malam sahaja.
- Tempat: Dewan Konsert Esplanade
- Harga : SGD129 – SGD239
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Konsert Harry Potter and the Half-Blood Prince (19 April – 20 April 2024)
Bahagian keenam Siri Konsert Filem Harry Potter™ iaitu Harry Potter dan Half-Blood Price™ dalam KONSERT sudah tiba!
Orkestra Festival Metropolitan akan mempersembahkan skor luar biasa Nicholas Hooper secara langsung daripada Harry Potter dan Half-Blood Prince™ manakala keseluruhan filem dimainkan dalam definisi tinggi pada skrin 40 kaki.
Potterheads – ini adalah peluang anda untuk menghidupkan semula kenangan kegemaran anda daripada episod ini diiringi dengan muzik orkestra yang menakjubkan!
- Tempat: Teater Esplanade
- Harga : SGD79 – SGD249
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Madagascar The Musical (18 Januari – 28 Januari 2024)
Sertai Alex the Lion, Marty the Zebra, Melman the Giraffe, Gloria the hip hop Hippo dan penguin-penguin yang lucu serta nakal ketika mereka beraksi di atas pentas dalam pengembaraan muzikal sekali seumur hidup ini.
Berdasarkan filem animasi DreamWorks yang terkenal, Madagascar – The Musical mempersembahkan semua watak kegemaran ramai ketika mereka melarikan diri dari rumah mereka di Central Park Zoo di New York. Kemudian, mereka mendapati bahawa mereka dalam perjalanan yang tidak dijangka dalam dunia penuh kegilaan Madagascar King Julien.
Meriah dengan watak-watak yang luar biasa, penuh pengembaraan dan skor yang memberangsangkan, anda tidak ada pilihan selain daripada “Move It, Move It!”
- Tempat: Teater Esplanade
- Harga : SGD48 – SGD138
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Shreya Goshal – All Hearts Tour (9 Mac 2024)
Shreya Ghoshal yang dianggap sebagai penyanyi paling berpengaruh dan mempunyai suara lunak yang luar biasa pada zaman ini, membuat debutnya dalam tajuk lagu filem Sanjay Leela Bhansali yang berjudul “Devdas”.
Persembahan beliau yang unik telah membawa kemenangan Anugerah RD Burman untuk Bakat Muzik Baharu Terbaik, Anugerah Filem Kebangsaan yang diidamkan dan Anugerah Filmfare untuk Penyanyi Playback Terbaik.
Shreya terus merakam lagu dengan pemuzik terkenal termasuk Salim Sulaiman, Pritam, AR Rahman, Ismail Darbar, Vishal Shekhar, Sanjay Leela Bhansail, Shankar Ehsaan Loy dan ramai lagi.
- Tempat: Teater The Star, Pusat Seni Persembahan The Star
- Harga : SGD78 – SGD499
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Pertunjukan ‘The Very Hungry Caterpillar’ (29 Februari – 3 Mac 2024)
The New York Times menggambarkan produksi ini sebagai “mempesonakan”, menegaskan keupayaan mereka untuk memukau penonton.
The Very Hungry Caterpillar telah pun memukau penonton di seluruh dunia selama lebih tujuh tahun dengan setia sambil membawa karya klasik Eric Carle ke pentas.
Dicipta oleh Jonathan Rockefeller, produksi yang mendapat pengiktirafan kritis ini menampilkan lebih daripada 75 boneka ajaib termasuk bintang utama pertunjukan – The Very Hungry Caterpillar.
- Tempat: Teater Victoria
- Harga : SGD42 – SGD72
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
Kejohanan Dunia Wanita HSBC (29 Februari – 3 Mac 2024)
Kejohanan Dunia Wanita HSBC memiliki salah satu bidang terkuat dalam golf wanita selain lima Kejohanan Utama dan bakal menyaksikan pemain LGPA terbaik bersaing di The Tanjong di Sentosa Golf Club.
Tahun ini menandakan kejohanan edisi ke-16. Kejohanan ini bakal berlangsung dari 29 Februari hingga 3 Mac 2024, festival golf selama empat hari ini akan menjadi platform untuk meraikan sukan golf dan semua wanita hebat yang bertanding.
- Tempat: Sentosa Golf Club, Tanjong Course
- Harga : SGD28 – SGD113
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
S.E.A. Focus 2024 (20 Januari – 28 Januari 2024)
S.E.A. Focus yang ditaja oleh Bank of Singapore kini kembali untuk edisi keenamnya di Tanjong Pagar Distripark. Pameran ini mempersembahkan artis-artis Asia Tenggara yang ternama dan senang meningkat naik, meneroka pelbagai jenis kreativiti dan landskap artistik yang berkembang pada era digital kini.
Dengan penglibatan 22 buah galeri dan 40 orang artis, pameran ini menawarkan ciptaan berskala besar, mendalami identiti manusia di tengah-tengah kemajuan teknologi.
Acara ini menampilkan pengalaman yang menarik seperti tayangan filem terpilih (OFF Focus) dan perbincangan panel yang merangsang minda (SEAspotlight Talks).
- Tempat: Artspace@Helutrans, Tanjong Pagar Distripark, 39 Keppel Road #01-05, Singapura 089065
- Harga : SGD10
- Dapatkan tiket anda melalui SISTIC
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO/ ARTIKEL: KOSMO
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.