Golongan Belia Bakal Terima Kredit RM150 Di Akaun E-Dompet Menerusi Program e-Pemula

Share

Lebih dua juta belia bakal menerima manfaat peruntukan program e-Pemula yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Program ini ialah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai khas bagi golongan belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Menurut Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul, program e-Pemula akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan terdapat banyak dana serta pembiayaan yang disediakan khas untuk golongan belia melalui Bajet 2022.

Foto: Malay Mail

Sebagai contoh, jika korang merupakan seorang usahawan muda, Pelan Pembiayaan Belia Usahawan sebanyak RM150 juta ditawarkan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank.

Kerajaan juga telah membayar elaun sebanyak RM900 kepada pelajar yang menjalani program latihan industri sejak 2019. Langkah ini bagi membantu mengurangkan kewangan golongan belia.

Foto: Deccan Chronicle

Golongan muda juga diingatkan mengenai kepentingan masa depan dan amalan konsep pengurusan kewangan yang positif. Bagi mencapai tahap kesejahteraan kewangan yang positif, mereka perlu membiasakan diri dengan konsep kawalan diri.

Kawalan diri akan membolehkan mereka mengagihkan simpanan dan berjinak-jinak dengan dunia pelaburan serta menerajui pelan takaful dan insurans yang sedikit sebanyak akan membantu memastikan tahap kesejahteraan kewangan.

Foto: 2CENTS

Nantikan update seterusnya tentang bagaimana cara untuk mendapatkan kredit RM150 ini untuk golongan belia. Semoga dengan inisiatif ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban anak muda dalam menjalani kehidupan harian.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman