Hari ini mengaibkan orang ramai di media sosial sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu. Lebih banyak like, lebih banyak share, lebih banyak komen sudah pasti akan menimbulkan rasa bangga di hati mereka yang menyebarkan aib individu tersebut.
Hari ini juga viral mengenai isu ‘bebird” Pencetus Ummah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail yang viral di media sosial. Biar bersumpah menafikan namun ada juga yang menulis komen di luar batasan. Isu PU Riz mungkin satu antaranya namun ramai juga yang terkena. Adakah boleh kita dibenarkan membuka aib orang lain? Kenapa di dalam Islam melarang perbuatan ini?
Jangan kita menjadi hakim di dunia kerana Allah masih menutup aib kita. Kalau pun individu itu bersalah termasuk dia pencuri, perogol atau penyamun, biar pihak berkuasa jalankan tugas menghukum orang bersalah ini.
Kita jangan jadi “juara” semata-mata nak menang “pertandingan”. Sebabnya, tanggung dunia, akhirat tak terjawab!.
Baca penerangan Naqib Masjid Al Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, Ustaz Shahril bin Abd Samad dalam isu buka aib orang selain fitnah di media sosial yang sudah jadi hal biasa bagi sesetengah individu.
Kata Ustaz Shahril, aib ini terbahagi kepada dua.
Satu, AIB FIZIKAL!. Apa itu aib fizikal? Sebagai contoh, kalau di tubuh badan kita ada tanda lahir, atau apa saja, jangan sesekali menunjukkannya kepada individu lain kecuali mahram dan adik beradik yang tak batal air sembahyang kalau tersentuh. Sebabnya, kalau kita tunjuk pada orang lain, dikhuatiri akan digelakkan dan kita akan dimalukan. Simpan hanya untuk pengetahuan kita sahaja.
Keduanya, AIB PERILAKU! Dalam aib perilaku, terbahagi kepada 3 iaitu:-
Sepatutnya kita doakan dia baik-baik, kalau dapat tegur depan-depan, baru mencegah. Ini, kita gunakan medium media sosial untuk menyebarkan aib orang. APA KITA DAPAT? Dan pelaku yang kita sebarkan juga tak dapat apa. DIA DAPAT MALU, KITA DAPAT DOSA. AKHIRNYA JADILAH TANGGUNG DUNIA, JAWAP AKHIRAT! Ini samalah kalau kita sebar-sebarkan gambar artis kemudian kutuk-kutuk dia.
Budak tu memang dah salah tetapi kita akan jadi salah kalau sebarkan berita aib tu. Kalau buntu pun, teruslah jumpa imam. Tanya boleh ke dinikahkan atau bagaimana. So, tahulah imam tu selesaikan hal ini kerana dengan pengetahuan agamanya, insya allah dia dapat bantu selesaikan masalah ini.
Dalam aib di atas, korang kena tahu, hukum menyebarkan aib orang ini berdosa besar. Selama ini kita bukan maksum, kita ada buat dosa tapi Allah sayang kita dan tutup lagi aib kita. Jadi samalah dengan aib orang. Jangan dedah atau sebarkan.
Pesan Ustaz Shahril lagi, KALAU KITA SEBARKAN AIB ORANG, KITA MESTI DATANG MEMINTA MAAF BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG KITA AIBKAN ITU. Kalau tak, merangkaklah di akhirat nanti.
Bagaimana kalau dendam sebab kita diaibkan dia, dia bawa sampai mati? Maksudnya orang yang kita aibkan itu bawa dendam perasaan dan emosi itu hingga ke padang Masyhar?
Kisah ini juga boleh dijadikan panduan. Tahu tak, orang yang kita aibkan dan orang yang dizalimi, AKAN BERTEMU SATU SAMA LAIN DI PADANG MASYHAR.
Kata Allah, orang yang menyebarkan aib ini sudah tiada apa lagi yang mahu diberikan kerana dia memang banyak berbuat dosa dan kebaikannya sangat sedikit.
Ini samalah dengan pepatah, 99 keburukan orang lain, fokuslah kepada satu kebaikan daripadanya. Sementara 99 kebaikan pada diri sendiri, fokuslah kepada satu keburukan kita!
Bagi orang yang biasa mengaibkan orang lain, mulakan istighfar, solat sunat taubat nasuha dan berjanji tak akan mengulangi perbuatan mengaibkan orang lain lagi.
Ingat, kalau Allah menyimpan berjuta aib manusia yang alpa dan penuh dosa, kenapa kita sebagai makhluk yang kerdil mahu menyebarkan aib manusia lain.