Hiburan

“Gone Too Soon..” Ibu Nabil Zamanhuri Redha Pemergian Anak Berusia 37 Tahun

Share

Penyanyi dan bekas peserta program realiti Mentor musim pertama, Nabil Bin Zamanhuri telah telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad 26 Mei 2024.

Nabil yang mula dikenali setelah menamatkan saingan sebagai Naib Juara program tersebut meninggal dunia pada usia 37 tahun ketika berada di Hospital Ampang, Selangor. Buat masa ini, punca pemergian Allahyarham masih belum diketahui.

Menerusi satu hantaran di Facebook, ibu Allahyarham yang dikenali sebagai Fatimah Abdullah mengesahkan perkhabaran yang diterima itu.

“Anak lelaki saya, Nabil sudah kembali ke rahmatullah. Mohon ampuni dan halalkan makan minum dia dan doa agar dia ditempatkan bersama mereka yang beriman.

“Urusan jenazahnya akan diberitahu. Gone too soon… Semoga bertemu di syurga Allah, Amin,” catatnya.

Biarpun tidak lagi begitu aktif di pentas nyanyian, Allahyarham masih terlibat dalam bidang produksi kreatif di Unit Pembangunan Kandungan bagi Astro Malaysia dan pernah bertugas sebagai seorang Digital Strategist di syarikat sama.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Adelia Citra Hapsari dan dua orang cahaya mata.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ