6 hari lalu, peminat K-Pop telah digemparkan dengan berita mengejutkan yang melibatkan bekas ahli kumpulan KARA iaitu Goo Hara.
Hara dilaporkan melakukan percubaan membunuh diri di dalam bilik kediamannya. Setelah pengurusnya mengesan pesanan ‘Annyeong’ di akaun Instagram Hara, dia ditemui tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital berhampiran. 2 hari kemudian, Hara membuat kenyataan rasmi melalui wakilnya dan berkata, “Saya minta maaf kerana telah mencetuskan kebimbangan baru-baru ini. Saya kini sedang dalam fasa pemulihan kesihatan saya.”
BACA: Ucap Selamat Tinggal Menerusi Insta Story, Peminat Kesan Cubaan Bunuh Diri Goo Hara
Untuk pengetahuan korang, Hara kini masih belum selesai dengan perbicaraan kes mahkamah melibatkan bekas kekasihnya, Choi Jong Bum yang dituduh mengasari Hara dan mengakibatkan kecederaan pada bahagian lengan dan kaki.
Selain itu, Jong Bum juga dituduh menceroboh kediaman Hara dan mengambik foto kaki dan belakang badannya tanpa kebenaran. Akibat kes cubaan bunuh diri ini, pihak pembelaan Jong Bum memohon untuk menangguh perbicaraan. NAMUN, ia telah ditolak oleh (i) mahkamah dan (ii) Goo Hara sendiri.
Semalam sewaktu perbicaraan diteruskan, Hara yang masih di dalam wad hospital diwakili oleh peguamnya. Menariknya, teman serumah dan CEO agensi Hara yang dipilih sebagai saksi utama dilaporkan missing-in-action.
Peguam Hara menjelaskan anak guamnya itu sedang dalam proses pemulihan dan menegaskan akan menghadiri perbicaraan seterusnya, seawal Julai.
“Goo Hara sendiri ingin membuat kenyataan. Katanya, dia akan melakukannya sendiri.” Sekaligus, perbicaraan semalam membuatkan ramai peminat Hara merasa syukur kerana idol mereka itu masih bertenaga untuk berjuang semula.