Goodbye Yahoo Group!Tumbangnya Ikon Internet Setelah 19 Tahun Operasi

Share

Siapa yang lahir tahun 80an dan 90an pasti tahu sangat mengenai Yahoo Messenger ni.

Inilah social media terawal sekali nak borak nak kenal dengan orang random sebelum ada Twitter, Facebook, Instagram semua tu.

Tapi nampaknya Yahoo Messenger hanya tinggal kenangan apabila ia bakal ditamatkan perkhidmatannya pada 15 Disember nanti ni.

Verizon, pemilik Yahoo sejak 2017, memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan tersebut setelah 19 tahun beroperasi.

Pemilik Yahoo itu telah mengumumkan keputusan untuk menutup Yahoo Groups melalui e-mel yang dihantar kepada pengguna dan mesej yang disiarkan di laman web rasminya.


.

Dengan pengumuman ini juga, pengguna Yahoo Groups kini tidak lagi boleh membuat kumpulan baru pada perkhidmatan berkenaan.

“Yahoo Groups telah mengalami penurunan penggunaan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Walaupun keputusan ini tidak mudah, kadang-kadang kita harus membuat keputusan yang sukar mengenai produk yang tidak lagi sesuai dengan strategi jangka panjang kita kerana kita fokus pada bidang perniagaan yang lain,” tulis Verizon dalam pengumuman.

Yahoo Groups telah diperkenalkan pada 2001 yang lepas, namun populariti untuknya merudum dari hari ke hari. Yahoo Groups merupakan salah satu laman berbentuk forum komuniti yang sangat popular ketika era permulaan internet. Selain ditawarkan melalui web, Yahoo Groups juga akan menghantar emel kepada pengguna dalam memaklumkan berkaitan sesuatu perbincangan – sekaligus membolehkan anda mengikuti pelbagai perkara dengan mudah.


.

Tapi korang jangan risau, buat yang masih menggunakan e-mel Yahoo menurut Verizon, belum ada keputusan untuk menghentikan perkhidmatan Yahoo Mail. Jadi, pengguna masih boleh menggunakan perkhidmatan e-mel Yahoo seperti biasa.

Sebelum ini, Verizon menutup perkhidmatan pesanan Yahoo Messenger pada 17 Jun 2018, iaitu aplikasi yang sering dipanggil YM, pernah menguasai dunia media sosial pada awal tahun 2000. Tiada syarikat gergasi mahu gagal seperti Yahoo. Yahoo, nama yang tidak asing lagi bagi kita semua, terutama bagi masyarakat sekarang yang kehidupan sehariannya tidak terlepas dari internet.

Kewujudan Yahoo membuatkan kita mengenali e-mel, chat room, dan search engine. Syarikat yang dibangunkan oleh Jerry Yang dan David Filo semakin lama semakin merosot selepas pengunduran Jerry Yang untuk mengejar minatnya yang lain.

Yelah tiada apa yang kekal akn didunia ini…huhu

Sumber: Kompas TV, ZD Net

Published by
Ruziana Zainal